Wednesday 20 May 2015

kerja sebagai pemetik buah

ya Allah sejak kebelakangan ni kak ton ngan cikgu nar best mmg teringin sangat nak bekerja di luar negara, terutamanya dia aussie.. 2 hari2malam kami pikir. sampai kak ton pun xbole tido. rasa membuak2 nak pergi kerja kat sana.. tp kak ton takut kene tipu dengan agent. kat sini kak ton mengharapkan sesiapa yang pernah ada pengalaman kerja disana bole la roger kak ton di shafiza.jaafar@yahoo.com
 kak ton nak tau sangat apa yang patut kak ton buat sebelum semasa di sana. kalau boleh kak ton nak pergi kesana dalam bln 8 selepas raya.. perlu ke kak ton pergi gamble sahaja???? kak ton pening..... mohon bantuan rakan2..

Tuesday 19 May 2015

Hello sabah!

Sabah trip

sebenarnya percuti singkat 3 hari 2 malam ni unplanned.. tetiba nampakpulak si shydee didot pos status kat fb kata ada promo air asia.. hahaha gigih la terus cari sbb lama x pi cuti kan.. cari punya cari akhirnya kami dapat la tiket tersangat la murah rm 60+ perpax (tiket return+ hostel aircond tuk 3h2m) terus la kami grab.. campur ngan credit card fees kira sorang baru rm80. kalau duk kl 3 hari lebih gak rm 80 habis. kak ton ngan nar best bertolak pergi khamis petang dan ulang sabtu malam. duduk hostel nama north borneo hostel.. recommanded.. bersih!!!!!! dekat ngan bandar jalan kaki saja.. berhampiran oldtown coffee.

 23.4.2015
Sampai Kota Kinabalu Airport dalam jam 9pm. Masa tu, hazmir atau nama samaran fahrin perasan dah tunggu kitorang. Pastu, dengan berbaju kurung sebab balik kerja terus bercuti katanya.. Kami mengikut jejak orang yang ke Sabah bertujuan makan seafood. Ok, Malam tu makan simple-simple je..nak kena senaraikan menu x? Tapi typical sangat..macam biasa..ikan hijau yang besar(ikan ni xde kat semenanjung kot, sebab tak pernah nampak..tapi kalau ada..mungkin tak banyak la)+sotong ikan masin+udang butter dan yang ni special sikit , latok (benda alah ni macam flora la..xde aku rasa kat semenanjung seperti terengganu, johor waima kelantan)..total makan malam tu sampai kenyang tersadai ialah rm80.Murah la kan untuk makan ala-ala pontianak banyaknya. Balik hostel, lepak-lepak kejap pastu tidur.

inilah hazmir yang kak ton panggil fahrin... ensem tak?? single and available lg ni

ikan hijau tatau nama da siap dimasak stim nyonya

sotong salted egg

ikan kaler hijau kiri skali jd pilihan kak ton!!! yaessaaa!!!!!!!

udang dried butter


latok fresh cicah sambal



24.4.2015

Hari ni, kitorang guna kereta Hazmir.. Tenkiu mir, sayang kat hang! Hari kedua ni, kitorang pergi rumah terbalik, rumah terbalik ni yang pertama dalam Malaysia, dan ke 5 kot tak silap dalam dunia... rm10 ye entry fees.. ada orang kata tak berbaloi berbaloi masuk sekadar nak tgk umah terbalik.. tp kami masuk je sbb alang2 dah sampai kan.. apa lagi mau? so far diorang ni gigihla.. mesih jahit seberat alam tu pun dirang bole letak terbalik melawan graviti. kau rasa??? kak ton ngan nar best rasa kalau jatuh kene orang mau meninggal.. hahahahahah tp jgn risau sbb korang hanya dibenarkan jalan diatas karpet merah je... bumbung kat atas karpet merah tu takde benda pun diorang letak.. yela kalau ada pisau kat bumbung time korang jalan. buatnya jatuh atas kepala korang x pasal mati free.. kat sini ada jugak jual cenderahati.. tp xde apa sangat pun nak beli.. kak ton beli sekeping poskad gambar ruah ni je satu buat kenang2an

ni lah rumah terbalik..



 dalam 2jam sampai ke Cattle Dairy Farm tengok view ala2 New Zealand.. ha ni malas la nak ckp apa.. sbbnya view cantik abaq ang.. angpa layan jela gambar model x cukup inci dan x berapa nak slim ni.... hahahah..
susu made in cattle farm. nyumnyum!!!



breastfeeding dari ibu lembu yang cunn woooooooo

lawa tak??? rasa nak golek2 mcm pilem nustan kan?

serius mcm newzealand... dengan cuaca sejuk mmg heaven la kulit tak berminyak

bff forever..

apa dua sengal ni buat atas batu tu?? sian kan xde gopro nak amik gambar pemandangan

lembu2 makan sambil baring.. pemalas mcm lembu!!!

fuhh ini power!!! model selipar jepun flippers slim

ni motip apa pandang tepi???


lepas settle semua kitorang  lajak ke hot spring. rugi woo x bawak bikini.. kalau x bole berendam air panas.. dengan dress ala2 bj kelawar ni.. kakton ngan cikgu nar hanya dapat rendam kaki dan tangan je kat hot spring.. usha jantan elok xde la pulak, bapak orang je semua picnic ngan bini and anak2.. huhuhuhuhu... sampai kesabah cari jodoh x jumpa2 jugak.

ni la kolam air panas.. korang jgn ingat mcm kat jepun plak mandi bogel... ni kecik je, korang bole muat max 3 orang je kot dlm 1 kolam

saja papan tanda belakang tu nak amik gambar ngan kami yang cantik ni

dah kenapa ko kak ton????? nar best interframe sgt!!!!!!


 Dan tak lupa singgah di Kinabalu Park menggamit kenangan sangat 9 tahun lepas. dulu 2006 da sampai jugak kat sini tp zaman tu mana tau blog2 ni.. enset pun 3310, gambar semua kene cuci kodak 36. hhahahahah, tp kali ni kitorang xde la trekking. giler kau pinggan pun rasa nak tercabut dah. tak mampu dah mak nok... tgk gambar jela ye.
wow!!! bundarnya mata cikgu nar best!!!!






 Balik, singgah ke pasar philipines beli barang serba sedikit. Kalau tengok harga , jangan percaya sangat. Sebab kalau tengok harga, satu haprak pun aku tak beli. Mahal bedil. Contoh sotong kering harga kat plastik rm48..tawar2 dapat 12. Harga ikan masin apa ntah..dekat plastik 28..tawar-tawar dapat rm10. Tak tau la macam mana kiraan dia..tapi, pandai-pandai la mau hidup dalam tawar menawar.. Kita Malaysian kan? So , benda tawar menawar ni dah jadi benda basic sangat dah,, gitew!! Siap segala mala urusan membeli dan membelah... Kitorang lapar dan dengan niat sahaja nak makan seafood. Ting!!!kami sampai ke pasar todak..ushar tengok apa yang ada..dan menu malam itu ialah sotong ikan masin+prawn butter+ikan kerapu 3rasa=rm60.. Pergh, murah la tu, sebab makan 2 orang kuantiti macam nak makan 5orang. Aku tak tipu ni, sebab tipu berdosa. Kalau tipu, aku akan jujur aku cakap tipu. Ini, siriyes.

sekali lagi makan malam kami berdua

jgn makan byk sgt nanti kene gout!!!!



25.4.2015

Mengikut perancangan asal, kitorang nak pergi tengok2 lauk mentah dekat pasar pukul 3pagi. Ini, kata Hazmir memang murah gila .Sotong contohnya, rm5 untuk 2kg..ikan kembung yang besar giler tu rm5/kg, kerapu 2longgok= rm5. Tapi, idokler gigih sangat bangun pukul 3pagi kan..tapi, pukul 5 pagi kami dah sampai pasar tercari-cari apa yang mau dibeli. Giler rambang mata rasa semua nak beli tapi apakan daya kang tak muat beg pastu kena tambah luggage bagai semua nanti. Sampai tak cukup nafas aku menaip sebab nak cakap betapa murah nak mati harga ikan sotong udang kat sini. Last last aku beli sekilo sotong rm3 dan seekor ikan tongkol rm4..ok la, kalau tak lepas..tak la menyesal sangat sebab buang rm7 konon-konon kan..tak pe lah, malas cerita pasal pasar,.sebab sakit hati tak dapat beli banyak-banyak. Rasa, nak pergi weekend untuk beli ikan saja. Semata. Gila tak?

rm5 sekilo sotong besar tu! kak ton nak pengsan!!!


Kitorang mintak ihsan Wawi, sepupu Fafa mak arab, untuk frozen kan ikan n sotong yang dibeli. Kasi keras sikit untuk dibawa pulang ke kampung halaman nanti. Pastu hari ni, nak pergi snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kami pergi Jaselton Checkpoint untuk beli tiket. Ricky punya ricky paling murah dapat rm50 siap sewa snorker ,mask n life jacket. Including GST katanya..ok la kan..nanti tunggu gambar, kalau ada la..malas nak bawak henfon ke i pad ni...


otw nak g snorkling

pakai la qu puteh kalau xnak sun burn.. kikikikikiki

penyelam negara amik napas dulu katanya....
ok sampai sini je... kalau rasa x puas ati baca entry ni atatu tgk pic ni atau nak info lebih meh roger kitorang

hati gembira...

hi kawan2 kak ton dan cikgu nar best. korang apa khabar???

rindu lama kak ton x menulis entry kan? korang x rintu ke hasil tulisan kak ton?
sebenarnya kak ton tengah berbunga2 ni.. hati gembira sbb tak sabar next week nak ada trip ke hongkong-macau-guangzhou.. x sabar nak bercuti.. yela hari2 kerja stress kan... so korang unggu update dari kak ton k..... sebenarnya ni nak tulis entry ke sabah beberapa minggu lepas.. tapi kak ton nak solat maghrib dulu.. nanti kita sambung. stay tuned ok.. love uollssssssss..

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...