Tuesday 24 September 2019

spicy shrimp mussel pasta

hi...

saja nak habaq arini aku masak makanan omputih tak putih sgt la... first time masak.. tatau la sedap ke tak.. tapi aku makan habislah.. ni memang resepi aku create sendiri.




so resepinya  (untuk 2 orang makan tau) tapi sebab akak tinggal sorang maka akak la makan kesemuanya hahaha


1. udang harimau -2 ekor
3. kupang - dalam 10-15 ekor
4. sedikit butter
5. olive oil
6. garlic 3 ulas
7. setengah labu bawang besar
8. 1/3 paket spegathi angel hair
9. baby spinach
10. button mushroom
11. susu UHT rendah lemak
12. thai chilli sauce
13.oregano
14. parsley
15. sedikit serbuk telur masin (optional)
16. chilli flake
17. sedikit garam


langkah pertama

rebus kupang sehingga kulit nya terbuka. tip untuk merebus kerang-kerangan ini tak perlu letak air.
setelah masak angkat dan toskan serta buangkan kulitnya. tinggalkan 2-3 ekor sahaja yang berkulit untuk jadi hiasan atas masakan

rebus spageti dalam 8-10 minit. untuk tips agar spegati tidak melekat setelah diangkat. boleh lah titiskan minyak zaitun di atasnya.

langkah kedua.

panaskan butter dan olive oil. setelah itu masukkan garlic, tunggu hingga naik bau masukkan udang dan kupang yang telah direbus. masak hingga udang bertukar warna kemerahan. pastikan api kecil, jika tidak garlic akan cepat hangus.
setelah masak.. angkat udang dan kupang bersama garlic untuk di asingkan.
biarkan kuali diatas api lagi dan masukkan  bawang besar.. goreng sehingga kekuningan dan masukkan cendawan. masak sehingga cendawan sedikit layu..
selepas itu masukkan susu uht.. biar sehingga mendidih.. setelah itu masukkan udang dan kupang.. masukkan juga oregano, parsley, sos cili thai chilli flake dan serbuk telur masin. setelah kuah menjadi pekat. masukkan baby spinach dan rpageti angle hair yang telah di rebus tadi. dan perasakan dengan sedikit garam. ok semua dah settle. tutup api dapur. dan sedia untuk di hidangkan. semoga resepi ini boleh menambahkan rasa nak memasak korang. selamat mencuba. kalau dah cuba jangan lupa share kat comment ok :)

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...