Tuesday 1 December 2015

seoul day 3 -NAMI ISLAND, PETITE FRANCE, MORNING CALM ABORETUM

hallu.. hallu... hallu....
arini bangun pagi2 mandi gosok gigi, sarapan, kami nak melangkah ke nami island. tp sblum bole ke nami island kami nak bg tau step2 nya dulu la kan....
ok dari hostel kami naik subway dari station jogno 3-ga, arah tuju kita nak ke gapyeong station. tp korang kene study sket sbb kene tukar tren, yang mana kak ton x ingat tukar kat station apa.
perjalanan agak jauh semngambil masa satu jam lebih nak sampai ke gapyeong station. 
so pepandai korang la nak arrange masa nak keluar berjalan kul brape k.
sampai gapyeong station, korang keluar dari building, ada tourist info centre, tanya kat situ mcm mana nak g nami island. dia ada pakej tau. kak ton ngan cikgu nar best amik pakej yang 6000kw tuk ke nami island, petite france, dan morning calm aboretum. diorang ada bagi flyers tuk time table bas jugak. so tunggu bas tepi tu bayar kat driver dan first top ke jeti nak g nami island. sampai kat jeti ni korang kene bayar lg 8000kw utk feri dan jugak entrance fees nami island. kat sini korang lelama pun ok sbb tempat cantik tuk photoshoot kan. 
kitorang pun berangan model kat sini. hahahahaha model gemuk. tp ada AKU KESAH KE?







tgk pic ni mcm winter sonata tak?? hahahaha kang jun sang je takde. huhuhuhu mana nak cari. kitorang sewa basikal sbb nak photoshoot byk area kan, kalau jalan kaki takut x sempat. basikal ni kami amik 1jam 10000kw. jd dapat la pusing semua pulau ni.

dah siap photoshoot bagai kami naik balik feri utk ke jeti sbb tunggu bas nak ke petite france.
petite france ni aku bole gambarkan ala2 tempat lawatan kat cameron la. hahahahaha.. tempat budak2, masuk pun kene jugak 8000kw ke 9000kw x sure, huhuhuhuhu tp sbb dah pegi masuk jelah kan...
ada lah gambar2 menarik jugak la tuk photoshoot




bole bajet ala2 princess la. dekejap je kami kat sini sbb nak kejar pergi ke morning calm aboretum pulak,. kat sini lg hampeh sbb kami x masuk pun taman sbb kami pikir winter pokok bkn ada bunga rugi je masuk. hahahahaha so lepak2 kedai yang ada kat situ jelah then naik bas tuk ke station subway and amik subway nak balik hostel. hahahaha dalam subway kami jumpa 3 gadis dari malaysia, yati ain, sape tah nama lg sorang x ingat. dengan diorang ni kami berborak lancar. kahkahkahkah. sehati sejiwa kot sbb umur pun sama. share experience diorang ni bykdah travel europe la dubai la mana saja diorang tak pergi. tp mlm tu diorang nak lepak gangnam nak enjoy katanya mcm kat bukit bintang. kami pun dah tukar2 no tepon terus blah. blk bilik.. layan drama korea kat kbs. hahahahahah tu la activiti seharian ni.

seoul 2nd day- HRC - LOTTE WORLD TOWER - MAGIC ISLAND - SEOKCHON LAKEPARK

kali ni mmg kak ton rajin tulis entry semua sekali gus.. giler ko dah dekat 4 bulan aku x menaip x sentuh laptop, pc. hahahahah dah memang rasa betul2 mcm petani moden ni. heheheh
ari ke2 di seoul, kemanakah kami???
kami x follow pun itenary yang kami buat sbb rasanya malas nak ikut itenary, sbb x study. hari ni kami mengikut gerak hati bersama langkah kaki yang membawa. tp sblum tu nak cerita, breakfast pagi ni disediakan oleh hostel, roti kopi , bijirin susu mcm2 la. tp kami makan mamee chef tomyam yang dibawa dari malaysia. kami sarapan kat roof top kau. hhaa heaven, sbb tgh2 makan korang tau apa jd??? snow turun walaupun sikit2 tp mmg bole tahan sejuk la.. arini tahap kesejukan 11 darjah bawah paras beku. tangan sejuk tatau nak ckp apa. kopi buat air panas menggelegak jadi sejuk dalam 2 minit. huuhuhu tp kak ton dengan nar best ni mmg hepi sgt sbb ni la first time bg kitorang nampak snow turun depan mata. sblum ni kat nz nampak yang ada atas tanah je. uhuhuh jakun tak? sedih kan dengan kitorang ni.

brekfast at rooftop
ok... arini kami nak beli pesanan kawan si eric ngan ptd utk bj hard rock. so bukak buku panduan hard rock cafe kat seoul ni terletak dalam lotte wold tower. so kalau naik subway kene berenti kat station jamsil. tanya adik hensem kat reception hostel dia suh naik dari station eujiro 3(sam)ga. actually hostel kami ni berdekatan denagn station eujiro3-ga ni dan juga station jogno 3 ga.

ni line subway kat seoul
turun kat station jamsil korang bole lalu direct bawah tanah tu ke lotte tower.. hard rock kat level 5F.
sblum ke hard rock kami cuci2 mata la dulu dalam mall tu.. pergh, semuanya mahal x mampu mak nak beli walau sehelai. mungkin sbb currency kita turun atau apa bangsat pun kak ton tatau.
tp lepas beli barang kat hard rock peryt rasa lapar. terus masuk dlm HRC tu makan. sbb tgk dia ada set lunch ( meal+ soup of the day+ salad+ soft drink) with 16900kw. mahal jugakkan. tp ni la trip pertama kami makan kat HRC slalu makan megi ataupun nasi impit masak sendiri ataupun spegeti masak sendiri jugak. hahahaha'

ni je yang seafood, shrimp spegatti

lepas makan kami keluar dari mall sbb nampak satu park depan mall tuk photo shoot. tp apa kami dapat? snow turun skali lg. kali ni snow flake agak besar dan banyak di tambah pulak angin kuat mmg menggila kesejukan la kitorang. tp yang pelik kan kat sini perempuan2 korea mmg bergaya pakai mini skirt time winter.x pakai glove. ko mampu???? hhahahaha kami mampu tgk je.
ni pic snow flake kat glove kak ton
pastu kami jalan kemana tah lagi buat photo shoot rasanya ke magic world, seokchon lake park. ni area2 mall je kat station jamsil tu. kali ni xleh lama, sumpah sejuk. gambar pun x banyak amik sbb kami menggigil kesejukkan disamping air hidung sentiasa meleleh dari pagi. perut kak ton pun krem. hahahaa. balik awal kami petang tu dalam kul 6ptang tp da malam la jugak sbb winter ni kul 5.30 pm da maghrib dah.

berlatarbelakangkan magic island

ni dlm lotte world. kalau bawak anak2 bole masuk. kitorang x masuk sbb kat aquaria klcc pun x penah masuk.

otw ke seokchon lake park

otw balik biasala singgah 7E cari makanan. makan terus kat dlam tu.. 

ni dinner kami malam ni. korang kene cari yang based tuna atau shrimp, yang lain based daging takut x halal
naik2 bilik.. kak ton dapat satu email dr traveller blogger nama dia nota perempuan backpacker. dalam email beliau menyatakan sangat suka travel pada musim sejuk. dan ada pesanan 15 barang penting utk travel musim sejuk. kak ton pun bacalah email dan entry beliau. huhuhuhuhu rupanya hot pack ni sangat penting. padan la kak ton tgk orang korea ni x pakai glove sbb dalam poket diorang ada hot pack yang buatkan jari tangan korang sentiasa warm. dalam kasut pun boleh letak tuk kaki. kitorang x sabar nak keluar esok tuk cr hot pack dan pergi ke nami island.














ke korea kah kita??? plastic surgery? cosmetic?- seoul day 1

assalammualaikum kawan2, korang sihat tak? hehehee introduction macam tulis surat zaman kanak2 kan. harini tepat jam 12.16 pm kak ton dan nar best di jeju island, specificnya di SUM guest house. hari ni malas nak jalan2, nak relax je kat hostel, petang sikit br nak kuar photoshoot kat ladang oren.
nak citer kat korang pengalaman kitorang di seoul,
flight kak ton bersama bff pada 25/11/2015 boarding pada 12.40am and fly pada 1.00am, dalam flight biasa la dah tengah malam kan. naik je aeroplane, belum sempat nak terbang pun lagi kami berdua dah tertido nasib baik tak berdengkur, mlm ni ramai jugak kak ton tgk orang melayu dengan family and anak2 kecik nak g bercuti mungkin di hujung tahun juga cuti skolah ni. tp anak2 diorang baik xde pun baby menangis dalam flight. nak citernya sampai di incheon airport jam 8.30am. waktu di seoul ni awal sejam dr malaysia.
oleh kerana kami dah booking guest house dari malaysia using booking.com, maka skarang kami perlu tanya orang mcm mana nak g guesthouse tu.
jadi kami pergi kaunter airport bus, tunjuk nama guesthouse dan alamat. dia pun bg tau nak berenti kat mana. so far kami booking CHLOE GUESTHOUSE. bayaran airport bas 10000kw/pax.. gadis tu bg tau kene berenti kat jogno 3(sam)-ga station.. orang kat sini mmg penuh budaya kot.. korang bayangkan naik bas, driver bas tunduk kat kita, sblum jalan tunduk lg. siap bukak topi pastu baru drive. kak ton rasa segan sendiri bila teringat budaya kita kat malaysia yang ganas2. huhuhuh
alhamdulillah dah sampai kat station , tp mana nak hala tuju ni? erk... apa lagi misi tanya
orang yang lalu lalang... kami pilih orang yang ensem je nak tanya. hahahaha gedik tak. mungkin seoul ni terlalu besar, kak ton pun takde idea sebenarnya seoul ni besar mana sbb x sempat study peta korea peta seoul. trip kali ni trip rileks utk org separa usia mcm kak ton dan cikgu nar best. ini bukan lg trip kejar masa semua tempat nak pergi mcm kami zaman muda dolu2. penat dah terkejar2. ok nak bg tau setiap orang yang kami tanya tu jugak tatau kat mana hostel kami nak hinggap. tp diorang gigih tolong siap bukak gps. hhahaha sampai la kat satu mamat ni, dia siap suruh follow dia, memandangkan ini korea negara selamat kami pun follow dia, dia siap hantar kami sampai depan pintu hostel. mmg gigih la dia. salute kat brother ni,. check in pukul 3ptg tp kami check in tinggal barang pastu guna wifi cek tempat mana sekitar yang ada. so bila cek2 namdaemun market kalau jalan kaki dalam lebih kurang 20 minit kami turun balik tanya orang mcm mana nak g namdaemun market kalau jalan kaki. hahahaha ada sorang gadis korea yang sangat cantik tu ckp jauh kalau nak jalan kaki tp kami ckp balik "tak!!!!! dekat je 21minit" hahaha compiden tak? sape korea pun kak ton tatau ni.
akhirnya sampai kat namdaemun market, ramai jugak muka melayu, tp biasalah senyum angkat kening je. hahahaha'.. pergh orang kata murah barang2. kak ton kata sini sangat mahal. round habis dah satu benda pun x beli. tp sumpah cuaca arini sejuk giler. realfeel -5 degree. nasib baik sekitar market tu ada shopping complex. jadi masuk dalam tu panaskan badan 5-10 minit then kuar balik. opppssss nak bg tau info namdaemun market ni close every SUNDAY. kat sini susah jugak semuanya tulisan korea, sepatah haram aku tatau. yang kak ton tau orang seoul ni semua lawa2, handsome2. dah siap window shopping yang x beli apa2 tu kak ton dan nar best pun jalan la kaki balik ke hostel, singgah kat 7E beli nasi onigiri yang patut. kat sini benda alah tu je yang murah.
sampai kat hostel apa lg masak megi pulak. then tgk tv tah citer apa2 n kami pun tido menunggu hari esok.



ni pic otw nak g namdaemun market. amik pic sbb jakun pokok lawa kat blakang tu



3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...