Sunday 30 April 2017

3hari 2 malam di jaipur


      alhamdulillah.. akhirnya kami tiba di jaipur tren station setelah 4jam 30 minit perjalanan dari new  delhi train station. di jaipur ni tren station ni xdela besar sgt.. p boleh la jugak untuk mengeluarkan peluh... sebenarnya kami pening ni nak g mana sbb accomodation x booking lagi.. tataula sbb apa chey chen x booking... bila nak booking online pulak internet takde... lupa nak bg tau, sini mmg tradisi kot kalau korang turun je kat stesen tren mmg korang di serbu oleh pemandu2 teksi... as usual kami mmg x tergesa2 nak amik teksi sbb takut scam kan... lg pun tatau nak g mana pun.. hahhaha. so far kami masuk dalam food court dia mcm kedai makan la.. kat situ kami jumpa awek india lawa yang duduk dlm tren sebelah chey chen sepanjang perjalanan. mintak bantuan dari dia, rupanya dia dia kata semua tren station ada wifi.. cuma wifi code akan hantar ke mobile number india.. alhamdulillah akhirnya dapat kami connect wifi.. dalam negara yang terkenal dengan scammer ni ramai lagi manusia baik yang tak ambil kesempatan.
                 dapat je connect wifi, saya pun bukak la apps booking.com, dari situ saya pilih LE PENSION hostel. tgk revie mmg bagus.. perpax dalam rm16 duit malaysia. ok sgt la.. kami booking utk satu malam dulu. kalau ok baru tambah lg satu malam.. settle booking kami request uber. korang kene tau kat india ni stail korang kene jalan cr uber bkn uber driver cari korang.
                 sampai2 kat hostel...not bad, hostel cantik dan bersih.. staff staff pun friendly.. akak agak hostel ni kat kejiranan orang kaya2 sbb hostel ni pun macam banglo 2 tingkat.. and sepanjang kejiranan pun semua rumah besar2.. rumah orang kaya la mcm tu. kamicek in terus diaorang bagi bilik.. so kami berempat 1 bilik.. dorm campur... dorm ni boleh memuatkan 6 orang.. ada sorang lagi orang thailand. hehehe boleh la cakap2 buat kawan tp lupa dah nama... kami betul2 rest tido mandi..
                petang tu kami keluar jugak.. kami tanya dengan staff hostel kat mana tempat shopping best. so manager hostel nama jaiyan advise us to bapu bazaar. bapu bazar ni layan weh.. aku tgk orang yang menjual abric, gelang, karpet, makanan semua elok2.. putih2 kau. kalau setakat SRK tu mmg celah gigi je. tips kat sini sila bargain half price.. contoh akak beli sari 1pasang anis beli satu. seller oepn price 1200Rs, akak tawar 600Rs.. kalau dia taknak ckp xpe korang blah,. tp tu acah2 je tau.. akhirnya dengan 1200Rs tu kami dapat 2 pasang sari.. yeayeayea... gelang akak beli pun meletop weh... gelang akak lepas tawar2 pun dlm 300Rs. kami ke airtel centre jugak kat plaza mana tah x ingat... naik rickshaw je dlm 50Rs. settle activatekan simcard baru rasa lega nok.. dapat tau perkembangan dunia luar. kami tanya orang di sekitar mana nak cari kedai makan halal. muslim food.. di jaipur ni ada 2 je kedai makan muslim yang glemer. M.M.khan restaurant dan jugak muhammadi restaurant.
             so malam ni kita layan makan kat M.M khan.. akak order roti mcm roti nan murah banget makan ngan korma kambeng.. korma kambing separuh tu boleh makan 3 orang tau.. alhamdulillah kenyang. keluar dr kedai makan nampak ramai sgt gelandangan yang tua2 depan kedai. akak rasa owner kedai ni bg sedekah semua orang makan roti dengan lauk mcm kari dah bungkus siap2 sorang satu semua makan di kaki lima antara kedai dan jalan. letak atas jalan je weh plastik kari tu. Allahu sedihnya lah.. bila fikir2 alhamdulillah dengan rezeki yang Allah limpahkan. masih mampu menikmati makanan tanpa meminta2.
            dari kedai kami berjalan kaki lalu shoplot2 yang ada, sambil beli buah2 tepi jalan yang penduduk india jual.. murah2.. jalan punya jalan sampai kami di depan hawa mahal.. pemandangan hawa mahal waktu malam memang memukau mata.. sangat colourful... seller situ siap bagi spot yang cantik tuk amik gambar.. hahaha hawa mahal cantik tp akak x cantik,. muka berminyak2... settle fotoshoot kami pun amik uber pulang ke hostel.




jaiyen and me background le pension hostel

bapu bazaar di jaipur... bargain half price please

kita try indian ice cream faluda.. orang jual ice cream pun elok



attraction place in jaipur on wall in le pension




           
depan train station jaipur akak, fahmi dan anis



anis makan nasi briyani.. tu half plate je tau! kau rasa?
yeayeayea dapat saree...


naik tuktuk



naik tuktuk.. gambar bikin controversi
               

Friday 28 April 2017

seoul day 4 - hanbok, bukchon hanok village, muree restaurant, dongdaemun market

hi, berjumpa kita sekali lagi dalam entry kali ni.. rindu kak ton dan cikgu nar best tak? hahha verangan sgt ada org rindu. entry day 4 in seoul ni kitorng nak cerita sket pasal kitorang g kemana...
satu malam kami usha mana tempat nak pakai hanbok , ala baju trdisi korea yang lawa tu... usha punya usha kitorang pun dapat la satu tempat ni... kat area insadong. jd pagi tu lepas mandi makan semua, xdela pagi sgt.. kami keluar bilik dalam kul 11pagi rasanya.. sebab lambat bangun. mlm td bukan main layan drama korea. tu yang kesiangan.
tujuan pagi ni ialah kita nak try hanbok.. sebenarnya ada banyak tempat korang bole cuba pakai hanbok ni ada yang free ada yang kene bayar, tp kitorang pilih ni tempat kene bayar. acah2 kaya kan. hahhaha.. sbenarnya tempat yang kitorang pilih ni berdekatan dengan tempat beli cenderamata dan jugak tempat photoshoot.
ok dr tempat kami stay kami naik tren dari jogno 3ga station menuju ke anguk station. tp sumpah kak ton x ingat korang kene kuar exit brape. maybe korang bole tanya orang lalu lalang kat mana tourist info centre. sbb tu key point dia. kalau korang exit je exit yang betul korang toleh kanan blakang nampak balai polis, sederet ngan korang ada gerai jual bj murah2. kalau ye betul la tu, jalan kedepan sikit korang da boleh jumpa tourist info, sampai kat tourist info centre tu korang ckp korang nak pakai hanbok, nanti oppa ensem dalam tu bagi map, suh korang pergi kat Insadong PR centre dekat je dlam 5 minit jalan kaki. sampai je kat situ korang bole masuk bayar 3000won dan korang ada 20 minit tuk bergaya ala2 princess prince jugak. hahhaha korang siap bole bergambar kat luar tau dia ada mcm taman kecik so bole berangan2.  korang tgk kak ton berangan kat bawah.

nampak tak cikgu nar best ni mcm puteri lindungan bulan




dah lepas2 amik gambar tu terlebih 20 minit weh sampai kene sound dengan petugas kat situ, kata your time is up.. gigihkan punya excited nak amik gambar.
sekitar insadong tourist information centre tu ada byk kedai2 yang menjual sourvenir yang agak murah berbanding tempat lain. insadong street kot namanya, so korang bole shopping kat situ atau setakat window shopping je mcm kami. kalau korang bernasib baik bole tengok persembahan kebudayaan lg. dan pada hari ini kami mmg bernasib baik.



tadaaaa......,
























Thursday 27 April 2017

Perjalan kl -delhi -jaipur dan jaipur 3hari 2 malam


               Alhamdulillah masa di nanti telah tiba 14/4/2017 lepas booth di epf kl jam 1 saya terus ke airport klia2 untuk cek in dan drop lugguage untuk flight ke delhi.. kalau ikutkan flight kami dalam jam 7.00 malam.. tp atas sebab2 ada mangkuk hayun mana dah cek in n drop lugguage tp nak naik flight, maka perjalanan kami terpaksa delay selama 2 jam lebih.. korang bayang kan duduk dlm aeroplane tak bergerak 2 jam... dah mcm apa je.. sbb pihak air asia terpaksa keluarkan balik lugguage yang dah di cek in tu.. hati mula risau dah.. ishhhh dah lah mg x sedap hati.. ni ada je benda sangkut.
                Bila dah settle semua alhamdulillah dlm jam 9 malam kami berangkat.. dan tiba di india dlm jam 12.00 malam.. so far new delhi tu masa dia lambat 2jam30 minit dari malaysia.. turun2 airport terkejut wow!!! Cantiknya airport di new delhi ni dan besar jugak! Akak chey chen dan fahmi cepat je cek immigration sbb kami buat visa manual tu.. tp anis dekat sejam lebih beratur kau di immigration sbb dia buat e-ta visa tu.. ada lane lain mmg tuk visa online. Jenuh jugak la mengunggu anis nak lepas immi. Dah settle ke toilet amik lugguage. Duduk atas lantai tgk orang elok hensem lalu lalang anis masih tak settle2 lagi.
                So far bila anis dah settle, baru la kitorang pergi kawasan arrival tu. Duduk melepak sbb nak tunggu pergi ke tren stesen. New delhi train station untuk ke jaipur.. jap x ingat train kul brape ek.. ok dah tgk tiket.. tren ke jaipur kul 6.05am.. tren ni kami amik tren express. Yang susahnya kat airport india ni xde wifi free.. dia ada wifi free kalau korang ada no tepon india.. mana nak cekau.. beli mineral water ngan simkad adalah benda pertama kami buat. Tapinya simkad kalau vodafone active lepas 24jam. Simkad kami beli airtel activate lepas 12 jam. Airtel kami beli ni dlam 1150Rs bahagi 4 orang xdela rasa mahal sgt ada 5gb internet.Mmg melahu jela kat airport. Pishang 3 jam x tau nak buat apa.. dah settle mandi tukar baju lawa2 kami beli prepaid taxi. 500Rs dari airport ke new delhi station. Kalau x boleh je amik uber. Tp nak booking celah mana dik oi.. pisang xde line internet ni. Akak ckp kat ko dik. Nak gugur jantung akak tgk driving skill driver taxi.. xleh nak tido. Takut. Hahhaha...
                Sampai je kat NDtren station. Korang hati2 sbb ramai nau serbu tanya dah ada tiket ke nak beli tiket ke.. pengalaman aku baca blog2 orang lain sebelum ni kata mmg byk scam. Sampai ada scam pakai baju polis. Tp akak nak ringkaskan kat tepi belah kanan sblum pintu masuk ke platform 1 ada kaunter inquiry. Korang pergi kaunter tu tuk tanya apa2. Tingkat atas ada international tourists bureau... boleh beli tiket dkt situ jgn beli tiket kat bawah.. kat bilik international tourists bureau tu ada aircond hahahaha lepak situ.  So far train station ni besar ada 16 platform.. platform 16 tu di ajmer gate. Tu akak bg tau siap2 platform brape.. train kami kat platform 2.. punya la ramai manusia tidur kat train station dari gelandangan sampailah orang mcm akak tunggu train. Mungkin diorang datang dari jauh. Yelah sbb indiakan besar negaranya.. dengan tak tido semalamam angkat beg depan belakang mmg nak slip disk rasanya. Turun naik tangga.. tp semua tu x mematahkan semangat.. hahahaha x sabar lg ada.. so far tren sampai mmg ontime tau. Byk negara dah aku pergi tren mmg ontime. Tren kat malaysia bagaimana ek 🤔..
                Sementara tunggu tren tu hahahaha akak nak ckp akak lepak dengan kawan akak fahmi.. teman dia isap okok sblah pakcik yang duduk.. korang tau apa akak nampak? Akak nampak 💩💩 sebelah pakcik tu.. terus spoil mood hahahaha.
                Oooohhh akak nak bg tau sape nak beli tiket tren ni boleh beli online je kat website dia http://www.irctc.com/internetTicketing_En.jsp... so far perjalanan dr delhi ke jaipur ni mengambil masa 4jam 30 minit.. tempat duduk selesa..  kat bawah ni ada gambar2 beserta gambar makanan dlm tren.

taxi dia.. nampak je kecik.. laju mcm takde brake


baru sampai airport delhi

nak beli prepaid taxi







powerkan signage toilet kat airport? hehehehe 



immigration check visa manual dengan evisa lain2.. tu anis lambat settle




pemandangan kat new delhi train station waktu pagi. ramai gelandangan dan jugak orang yang tunggu train





Wednesday 26 April 2017

incredible india (new delhi-jaipur-kashmir- agra)- persediaan

assalammualaikum...

            kali ni akak nak cerita tentang pengalaman travel ke india dan sedikit info yang ingat la..
actually kali ni trip akak tak bersama cikgu nar sbb bukan cuti sekolah.. maka tiket flight beliau burn begitu sahaja.so far utk trip kali ni date yang dipilih pada 14/4/2017 - 24/4/2017.
trip ni tak rancang pun pada mulanya... kebetulan tahun lepas 2016 sewaktu air asia ada open flight murah, akak usha BBM group kat FB nampakla ada sorang budak perempuan nama anis ni cari travel partner lagi beberapa orang utk trip ni. so kami dengan yakinnya terus beli tiket ke delhi return... harga dalam rm700+ /pax untuk seorang termasuk lugguage 20kg. dalam hampir setahun ni hingga betul2 sebulan sebelum berangkat mmg xbuat apa2 pun. sebab yakin kita travel dengan budak2 BBM yng power2.
           setelah ditimbang tapis dari beberapa orang tu ada 6 orang je yang boleh pergi termasuk hakak yang comel, anis, chey chen, fahmi, ayie dan wife beliau. sebulan dua sebelum berangkat kami usha air asia tiket dari new delhi ke srinagar. alhamdulillah ada promo.. harga dalam rm400 all in return ticket include lugguage 20kg and meal. so rasa lega bila dah settle semua tiket. sbb tiket tu yang paling penting.. kalau setakat nak tido kat stesen ketapi pun boleh tido takde hal la..
            bila bahagi kerja sama rata anis kene usha tiket utk (delhi-jaipur return) dan (delhi agra return), jugak ushakan driver kat kashmir nanti, chey chen kene usha hotel or hostel utk kami stay.. yang lain2??? xde kerja termasuklah aku.. kami just cari sikit2 maklumat je tempat mana nak pergi.. seronokkan travel in group semua orang ada tugas masing2 jd x bykla kerja kita..
           korang yang nak travel ke INDIA ni kene buat visa tau... hari tu akak buat visa dalam bulan march 2017.. harga visa tu  RM189.56..tak ramai orang tulis pasal visa india ni.. ni aku nak cerita mcm mana nak buat visa india..

apa yang korang kene buat
1. korang kene isi borang online.. jap aku cari link https://indianvisaonline.gov.in/visa/index.html
ha korang kene isi borang kat sini, dah siap isi print dan kene submit kat india visa centre.
2. kalau kat KL india visa centre ni ada kat lebuh pasar, penang n jb pun ada.. aku bg link address nanti korang bukak link dpt tgk address http://www.indianhighcommission.com.my/fake-visa-malay.html
3. payment rm 189.56 tu kene buat time submit document.
4. visa akan siap dalam tempoh 3hari bekerja.. dan waktu amik visa hanya dr jam 4.00petang ke atas.
5. Lupa akak nak bg tau korang kene bawak ptocopy ic, pasport, tiket pergi n balik..

aku nak bg tau apa yang perlu kene 2 keping gambar poskad background putih, pastu aku nak bg tau jugak.. borang tu korang kene isi hati2.. kalau nama mcm aku shafiza binti jaafar
SURNAME: JAAFAR
GIVEN NAME: SHAFIZA BINTI
amaran keras kat korang jgn pandai2 nak buang binti tu jd bte, bt or takde binti terus... korang buat mcm tu mmg buang masa buang duit je nanti. lagi satu akak nak pesan, dalam form visa tu jgn gatal2 ckp nak g kashmir k.. korang sebut la nama tempat apa pun kecuali kashmir sbb restricted/ protected area... so far kalau visa korang lepas dah boleh travel dah ke india. visa ni bg aku mahal la sbb tuk 6 bulan je.dia ada jugak online visa evisa kot.. tp akak kan dah tua.. mmg kampung. manual lebih senang.. dlm group kali ni anis je buat e-visa tu. nanti akak cerita apa buruk baik visa/ evisa.
Lagi satu akak nak pesan korang jangan lupa amik insurans or takaful perjalanan... sbb korang tau jela keadaan kat india dengan panas, haze, kebersihan makanan dan minumam. Jadi lebih baik kita berhati2. Sediakan payung sebelum hujan

NI ATTACHEMENT KORANG KENE BAWAK SEKALI

CONTOH MCM MANA NAK ISI BORANG

CONTOH NAK ISI BORANG



Comelkan gambar passport akak mcm nak makan orang je mata tu









Wednesday 12 April 2017

Lamanya tak bersiaran!!! huhuhu

assalammualaikum korang2...

lamanya tak menulis blog ni... blog sampai  dah bersawang.. ni kalau real life mau tebal sawang boleh sesat ungka kat dalam. mintak maaf semua peminat peminat (hikhikhik ada ke peminat). kami berdua single tau.. kalau minat sila anta borang EA atau CP58 kat kami.
banyak nak update travel ke perth kita tak update, travel ke lombok pun kita tak update, boracay krabi kali yang entah keberapa pun tak update tapi takpelah lusa akak nak ke india, kashmir nanti akak update ye...
      so sekarang ni akak memang mood nak janam2 la...byk benda boleh update dr mcm mana nak amik visa, segala2nya termasuk insurans perjalanan.. see u soon nanti i update ok

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...