Monday 23 March 2015

Shortrip kedah penang (5-7 februari 2015)

Entry ni dah lama nak buat, tapi disebabkan semua  bajet busy ...maka , malam ni baru aku nak throwback kan... Tapi takpe, better late than never .gitew!!

Trip ni memang betul-betul sekejap sangat ni. Tujuan asal, nak pergi hamda a.k.a midah bertunang dekat bandar baharu, kedah. Aku dari joho gerak ngan mak arab atau nama nick nya ialah fafa..kalau pelat,boleh sebut papa. Ok, kita pergi kepada tentatif program katakau. Khamis lepas sekolah, kitorang gerak dari Warehouse Sand(pasir gudang) ..singgah sebentar di merlimau melaka sebab ada member nak apply takaful plan investment link. Kemudian, singgah sekejap di senawang , juga ada kawan sekolah rendah nak apply medical card prudential BSN. Sejurus selepas itu, singgah jumpa member shah alam , juga nak ambek investment link prudential BSN. Tengah malam , baru sampai Klang dekat rumah kak  ton ..memang tak tidur sampai siang sebab isi form pasal nak submit hari jumaat tu jugak, sebelum gerak pergi kedah. Rabak plus penat la jugak mata.. Tapi demi membantu orang lain mendapatkan perlindungan , kesihatan dan juga simpanan yang bijak lagi bernas, aku n kak ton gagahkan juga bekerja pada hari tersebut. (Iklan:nak amek takaful, cari kak ton 0163334183 n nar best 0129094309 ejen terbaek pada abad ini. ) .  Ok..tak payah iklan sangat la , nanti bosan pula. Aci tak aku nak buat perenggan baru.zazzzz



Dong dang dong dang..semua keje takaful settle dalam pukul 3pm. Lepas tu , terus bergerak ke bandar baharu. Sampai maghrib kat rumah hamda..sampai-sampai , family hamda jamu nasik lauk macam-macam kat kitorang, pastu ambek kunci hotel dekat abah hamda.. Kitorang stay dekat hotel Melur Inn, bandar baharu yang ditaja penuh oleh pak cik zaki ,ayah hamdaq. Ingatkan malam tu nak menjengah rumah midah tolong apa yang patut,,,tapi wasalam sebab semua orang tertidur kepenatan gamaknya. 
Hari sabtu , kitorang jadi wakil Sadar(bakal tunang hamda) pasal apa..pasal sadar ni orang arab. Takdak family kat sini, tapi nak menukah ngan orang sini.. So, belanja sikit gambar tunang hamda n sadar buat tatapan pembaca sekalian..gitewwww!



Tak sabar nak tengok anak midah n sadar..mesti comey kan..sebab mix

selamat bertunang cik hamda n encik sadar..


Majlis tunang selesai dalam pukul 4petang macam tu. Masa ni , berfikir-fikir nak terus balik ke nak masuk Penang layan nasi kandaq dulu..tapi dalam hati ada juga mau masuk penang. Bincang punya bincang, kami sepakat sebulat suara masuk je la Penang cari nasi kandaq. Nah..lanje gambaq ja nooo...


nampak sedap kan..sape nampak benda ni x sedap maksudnya dia gila.


Tapi, alang-alang masuk penang..kitorang pergi Armenian Street buat berlagak-berlagak.kakakaka. Ini tempat memang 1 of attraction place in penang. Dekat sini, orang boleh cycling dn jalan kaki juga. Kalau korang tak jumpa cari, korang  cari signboard Lebuh Armenian. Kat sini banyak kedai jual benda pelik-pelik, ada mural budak atas basikal, ada wall caricatures dan macam-macam lagi , yang mana sangat sesuai untuk orang yang suka bergambar macam sayaaaaaa dan kawan-kawan sayaaaaa🙈🙈🙈. Nah, korang kalau tak menyampah tengok muka kami..boleh la menjeling menjeling kubertentang gambar-gambar seperti berikut..kikikiki



no caption

no caption 2


no caption 3


 dari kiri narbest,shafiza n papa



Basikal ni kami sewa RM5 satu 



 Orang makan eskrem pasu, korang pun nak..




Selepas bergambar lebih kurang, kitorang pergi cari nasi kandaq yang kitorang suka dekat kapitan tu tapi masalahnya,jackpot sebab tutup. Sob sob. Dan, tanpa membuang masa kami gerak ke kedai Kayu Nasi Kandar. Habis makan, hajat di hati nak balik terus klang n johor. Tapi papa request nak singgah umah kawan maktab dia si Shima. Sembang punya sembang ..nak dekat pukul 12 malam jugak bergerak ke kl. Dan di saat entry ini ditulis..ayah shima dah pergi berjumpa tuhannya 3minggu yang lepas..al fatihah untuk arwah. 

Shortrip ini memang betul-betul short..sebab singgah klang umah kak ton mandi kejap pastu kami terus balik johor ..sampai terus mengajar . Kau rasa ? Penat, tapi seronok. Bye.

Viper challenge 2015

Viper challenge 2015

14 Mac 2015 tu kitorang join benda alah ni. Lepas settle buat ni rasa agak power la jugak weh. Pasal apa, pasal kitorang bukan buat training pun. Benda ni kena trail run 21km plus ada 20 obstacles yang gila punya mencabar lagi marbahaya. Aku bukan apa, cuak jugak bila sampai-sampai je dekat Sepang tengok yang join semua kurus2. Ini memang adil la untuk orang makan banyak seperti saya dan shafiza itu. Kahkahkah. Tapi betul, masa mula-mula memang nampak power..sempat juga aku berdoa diorang ni power gaya je tu kot, kikikikiki..

Sebelum aku cerita apa benda obstacle dari yang pertama sampai ke 20, izinkan aku menceritakan dulu apa perasaan sebelum event. Korang tau, sebenarnya set-set viper challenge ni keep on hantar emel je kat semua participants yang mana selalu remind kitorang what you should do for this asia's biggest obstacle event?? Tapi emel tinggal emel je la..haram tak buat pun ape diorang suruh.. Aku tengok instagram orang lain , bukan main bersungguh lagi diorang training. Sedangkan aku n shep nampak lebih menjurus kepada jalan-jalan cari makan serta menggemukkan badan saja. 

Maka, tibaLah pada hari yang ditunggu-tunggu, kitorang punya team XQ start pukul 9am. Tak tau macam mana nak cerita dia punya penat, tapi cukup lah tengok gambar-gambar kalau sudi..aku kata, kalau sudi...
ni macam titian sirotulmustakim tp aku tipu je la...kayu goyang tak stabil terus jatuh ke dalam air

monkey bar: pon sama jatuh jugak di dalam air

 pasangan bercinta sesuai sangat la dengan obstacle ni sebab lautan api sanggup kuredahi , katanya.


 ni obstacle yang kacang je ni, tapi sakit badan juga 


kalau upper body tak kuat, memang masak la


ni pon macam harey...kahkah


ni kalau jatuh memang injured dan seterusnya akan ke hospitaldan mungkin makan MC lama akibat patah

ni macam cipan gak susah..bukan susah tapi cuak time nak terjun

ni pun macam menyampah nak buat..tapi kena buat la kan...





 




Kaedahnya, semua gambar orang lain punya tau..sebab obstacles kebanyakannya berkait ngan air .Berselut pula..so no gadget at all! Padahal ada je orang lain bawak, tapi kitorang jenis sayang harta..motip nak bawak? Tapi ada satu station tu budak XQ yang jaga, so dia bleh ambek gambar kitorang yang power lagi mantap ni. Gitew!! Tq Azhar Brown ..

semangat berkobar masa pagi, boleh la muka ceria sebab x start lagi kan..

Ed baju merah aku tengok dah down dah ..kakkaka

 ni muka penat semua orang..yang cerah jadi hitam..yang gelap bertambah gelap

tahniah geng!





Aku tak tau la lepas korang akan baca entry ni sampai habis ke tak, tapi aku nak sambung jugak membebel. Aku rasa 10km pertama tu maintain lagi ..kilometer yang ke 11-15 dah jadi malas berbual..penat campur lapar semua ada. Masuk je kilometer 15-21 memang mintak nyawa weh. Masa tu memanglah kadang-kadang terbayang jugak nasi kandar sekali sekala..tapi bayangan nasi kandar bersilih ganti dengan bayangan kuku tercabut terlerai dalam kasut. Memang sakit giler yang teramat sangat kaki dengan kuku. Mujur mulut tak sakit, kalau tak memang penyakit kuku dan mulut dah aku ni. Alhamdulillah, habis jugak la viper challenge kitorang..dan alhamdulillah jugak bila bukak kasut, kuku masih melekat di kaki kanan dan kiri. Congrats nar best, congrats kak ton dan XQ team!!!
Nota kaki:kesan viper challenge ni aku n kak ton jalan style tentera yang jalan masa istiadat kawen kawen tu..punya tak boleh belok kaki nak jalan. Sakit gila baq ang
yezzzaaa!!medal pertam untuk tahun ini



Wednesday 11 March 2015

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM PERGI BERCUTI

assalammualaikum...
kita ni asik bg tau syoknya bercuti.. apa yang kita buat time cuti.. ejoy weather, enjoy food, enjoy activity, enjoy massage, enjoy shopping barang2 murah.. sebenarnya ada beberapa tips la yang kak ton ngan cikgu nar nak kongsikan kat korang sblum pergi bercuti.
biasanya apa kami buat sebelum pergi bercuti??
jom travel.. rasa beku otak lama x travel.. kikikikiki


1. TARIKH CUTI
cek jadual bila kita bole pergi bercuti.. contoh mcm cikgu nar best.. oleh kerana beliau ni seorang guru cemerlang maka biasanya cikgu2 da dapat jadual cuti skolah untuk setahun. begitu jugak orang yang keje opis selain guru membakar diri. dah tau AL ada berapa hari dalam setahun. bole tau nak amik cuti biler. ada event company bila yang tak bole cuti. so korang dah ada tarikh kan. pilih tarikh tu penting.

2. FLIGHT TICKET, TRAIN TICKET
     biler dah tau bila tarikh boleh pergi berjimba.. step kedua korang kene cari tiket... ha kalau kitorang yang vouge ni( sbnarnya kurang duit) slalu akan beli tiket awal (6bulan keatas). ini sbb biasanya tiket awal ni murah byk dr urgent on on the spot nak beli. biasanya kebanyakkan airlines jugak akan buat promo tuk dapat kan tiket murah. contoh air asia. tambang murah kan?? everyone can fly so why u must PAY MORE. cepat2 beli tiket grab the lowest price. ada pro n cont kat situ. sbb tiket promo biasanya xleh dapat refund kalau x jadi pergi.. tp kalau tiket harga rm19. sape nak kisah kan kalau xleh refund? kalau da beli tiket korang mesti rasa excited x sabar. jom jalan!!!!!!!! aku bg tips.. kalau nak beli tiket.. beli yang gerak dr malaysia malam. then korang akan sampai tempat tujuan pagi. then beli tiket dr sana petang so korang ada masak full day kat sana.. x bazir masa.

3. RESEARCH
Siapa kene buat research????? hahahahahahahhaa ni siapa yang suka travel backpack mcm kami.. xde duit nak ikut travel agensi. trust us!! u can save alot of money and enjoy ur holiday tanpa perlu ikut arahan sesiapa. ok kalau korang g travel ikut travel agency dah takyah dah nak buat reseach. xyah nak buang masa. semua dah ditentukan nak g mana nak makan apa, tido kat mana, semua tersedia.. yang penting ongkosnya banyak. jd yang tak banyak ongkos lepas beli tiket korang dah kene buat research. contoh katalah si A ni nak g MELBOURNE. contoh tau!! aku kata contoh!!! dia da start kene buat reseach..
1)pasal currency ( mahal ke tak. so bole simpan duit sket2 tetiap bulan)
2) peta melbourne. nak stay kat mana? hostel ke hotel ke? nak stay ngan local ke? nak stay area mana? near to city? berdekatan ngan train station? dekat ngan pengangkutan awam? or nak duduk kampung? semua tu kene study. sbb kalau korang x study pakai booking je nanti aku takut jauh dr semua tempat.. pastu masak nak menapak. buang masa semua tu. jd jgn MALAS
3. attracttion place. korang ke bajet let say pergi 5 hari.. korang ke listkan 5 hari tu nak pergi mana.. da dapat attction place so korang da bole buat itenary. jgn tatau nak g mana pulak. masa terbazir begitu sahaja.. kalau stakat cuti nak duk hotel je baik korang cek in kat kl je.. hahahahhahaa
4. transportation. ni pun kene study awal. nak naik apa... bajet duit berapa. kalau nak sewa kenderaan makesure dia worth it. bagi aku kalau korang g trip ber4 or ber5 korang worthit la sewa kereta.. tp kalau sorang dua.. better naik tren... ikut day trip ke.. lagi jimat.. so duit lebih bole buat beli sourvenir.
5. study jugak mana nak cr makan halal. makan sedap.. weh kalau korang jalan kene rasa food negara orang baru berbaloi. atleast sekali mesti rasa.. kalau hari2 makan luar pergh kaya la korang.. aku slalu masak bekal je.. sekali dua je makan kat kedai.

4. PASSPORT & VISA
    lepas da settle reseach time ni aku nak korang cek balik buku merah... kalau da nak expired g renew siap2.. sape yang xde pasport tu bole buat pasport.. skarang kan da murah buat passport.. rasa mcm dulu kenapa la mahal sgt. tp terpaksa buatkan!!! kalau tak duk jela cuti2 dalam malaysia ni.   make sure buat awal.. jgn last minit buat.. kang tinggal babai flight je kat airport. pssport skarang rm150/5 years
second sape g negara yang perlukan visa.. sila la buat visa awal.. korang ingat senang ke nak dapat visa???
contoh kalau nak g USA. pergh soal jawab banyak bai nak g sana... hahahahahhahaa
kalau korang g Aussie senang je bole wat visa online.. bayar rm20 je kot x silap aku . valid setahun.. visa china korang leh g mana2 travel agency mintak diorang buatkan. yang penting settle awal weh.
settlekan semua and have fun!!!!!

5. PENGINAPAN.
 untuk aku senang je.. td da buat research so skarang masa korang nak booking accomodation... apa yang penting nak tgk???? harga no 1. 2 facilites 3. location 4. environment. hahahhaa ni semua penting.. jgn jadi mcm kitorang kat sydney.. pergh hostel agak scary. tp nasib baik diorang kata kitorang org venezuela (kikikiikiki perasan cantik sket). so sejukla hati. kalau korang booking dorm. or bilik. korang bole pilih nak yang brape orang satu bilik. nak roomate semua perempuan je ke. nak roomate lelaki je ke or nak mixed room. (ngehngehngehngeh gelak jahat). kat sini mungkin korang bole usha
1.agoda
2.airbnb
3booking.com
4.trivago
5asiaroom
                                                                           6. dan byk lg la.. pepandai korang.. ada yang time booking korang kene bayar sesiap.. ada yang korang bole bayar time check in.. ada yang seminggu sebelum checkin korang da kene bayar. and kalau nak cancel pun korang kene buat sblum tarikh dia bg yang bole tuk cancel tanpa bayar apa2.

6. TRANSPORT
 ni nak bg tau sesape yang kene naik tren intercity.. contoh korang g europe kan.. kene naik train dr satu tempat ke satu tempat tu. baik beli tiket awal.. kalau beli lambat differ dia mau beribu bai.. sbb 1euro da brape ringgit duit kita.. kalau korang beli awal korang bole dapat tiket serendah 1euro weh.
jgn jd mcm kawan aku sorang semua buat last minit. skalu duit train saja dekat rm5k.. nangis tak sudah.
nak jimat tak?????? settle awal

7. ITENARY

Itenary ni pentng weh.. serius ni penting. ni la akan jadi guide korang apa nak buat hari demi hari di perantauan.. dan ianya penting jugak sbb jgn jadi mcm aku ngan cikgu nar.. ni pengalaman ni.. hahahahahhaha bodohla.. kene tahan kat immigration kat christchurch 3 jam sbb xde itenary in hand. itenary kat dlm lugguage kot!!!!!! huahuahuhauahuahauha. buat itenary selengkap boleh.. masa.. place.. price semua kene ada la... kalau bole.. aku x paksa letak semua.. sbb itenary korang korang je paham.

8. BARANG YANG PERLU DIBAWA
hahahahhaa part packing ni aku suka.
1. pakaian. korang jgn packing membabi buta.. tgk dulu kat sana musim apa.. jgn tersalah musim pulak. mau korang mcm fashion disaster. kot ye nak bawak bj tu jgn lebih2 tgk kat sana(tiket) tu korang allowed tuk brape kg lugguage??? kang lebih padan muka kene bayar. kalau x nak bayar letak jela dalam tong sampah kat airport.
2. bg aku benda ni penting, first aid kit, ubat2an. ni penting bg aku.. bawak la panadol sebiji 2... ubat selsema tiger balm.ubat cirit birit, tu jela slalu aku biasa bawak.
3. duit. bawak duit yang mencukupi... jgn bawak semua byk2 cash pulak. lg selamat korang bawak cc and debit card. makesure sblum pegi memana luar negara korang update ngan bank korang.. kang meroyan pulak kat sana tak boleh guna cc or debit card.. takkan nak mintak simpati... hahahahahahahaha
4. makanan... korang kene bawak sket2 makanan segera, makanan dlm tin.. sbb negara orang tatau susah ke senang nak cr halal food. bawak la megi sket.. utk jimat ruang.. korang bawak 1 je mee segera dlm cup. yang lain bawak dlam packet je.. try cr brahim food jugak. tp kan korang kene tgk negara tu ada undang2 xleh bawak makanan ke.. contoh aku g NZ satu habuk daging pun xleh bawak... hahahahhaha brahim food aku yang lepas cuma sambal ikan bilis. ko rasa???? aku rasa diorang kejam.. mesti diorang makan semua makanan aku. huhuhuhuhu
benda2 penting ni

kene bawak sket, esp g jepun.. mau nangis korang kebulur x makan. kat sana salad pun rm50 tau


9 APA2 LaGI YANG PENTING

Apa lg yang penting make sure korang amik no tepon kedutaan malaysia kat sana. mana la tau kalau jd apa2.. huhuhuhuhu benda ni nampak remeh tp berguna bai.
pastu sbelum berangkat korang kene bg tau orang yang korang rapat korang nak g mana. family members ke kawan baik ke.. mana la nak tau kot2 ada hal x diingini berlaku susah nanti. pastu da sampai kat negara orang inform diorang korang da sampai.. stay connected.. gittewwwww..... hahahaa kalau taknak roaming pun kalau xnak beli simcard sana pun. make sure sehari sekali korang connected by wifi... kat hotel n hostel pun ada wifi. so update la sket citer kat diorang. xdela diorang risau sgt.. ala korang kan kaki fb insta bagai mesti kene online jugakkan!!!!!!! ops dalam nset korang makesure ada apps yang penting ok
ni contoh apps.. contoh!!!! tp x lengkap la... candy crush tu paling penting.. kikikikiki


last but not least... hahahahhahahaha 
korang dah bole bergaya pi travel dengan vouge.. jap aku bg gambar mcm mana yang vouge tu...
bye bye.... have a safe journey

Monday 9 March 2015

jogja day 4



seperti biasa la bangun pun x berapa nak pagi... hahahahha bangun2 tgk si AJ xde dah.. dia g belajar canting batik.... kitorang mmg malas la nak belajar canting batik.. sbb baik kak ton blk kampung nar best kat terengganu belajar canting batik kat sana.. lg pun second day kat jogja kan kak ton da beli batik nak frame. nar best kurang sket art2 ni.. sbb budak teknikal katanya... hahahahhaha..
bgn pgi hati gembira ada bfast kau..... ni mmg layanan 5 bintang.. nora bg 5 bintang k.... korang nak tau kami bfast apa???

ni la breakfast kami.. pulut kuning. stail jawa... ada 6 hidangan sampingan. ada cerita di simbol itu.
kenapa breakfast ada 4.. sbb mlm smalam ada satu couple dr jerman sampai.. ayeshaaaa nama gf dia. nama bf lupa la pulak.. tp serious diorang ni mmg cantik n handsome weh.....
nak tau apa simbolik pulut kuning tu dihidang mcm tu??? ni hanez citer ok.. kalau dia kencing aku maka aku pun kencing korang la.... hahahahaha ( tp ni versi x berapa nak hengat citer sbnar). untuk menuju berjumpa pencipta.... yang ada di atas makan pulut tu pun melambangkan manusia ingin mendaki puncak berjumpa ngan sang pencipta..hanya tuhan berada di atas.. sbnarnya sepatutnya hidangan sampingan ada 7.. 7 hidangan sampingan tu melambangkan 7 hari yang ada dalam seminggu untuk manusia sentiasa berbuat baik utk bertemu tuhan. itulah sket2 yang aku masih ingat.
apa lg lepas sarapan tatau nak buat apa.. aku ngan nar best pun mandi siap2 naik basikal keluar umah g malioboro cuci mata lg.. hahhaha sbb si jerman 2 orang tu pun x bgn lagi... si hannez pun da tido blk.

jalan kat malioboro.. cuci mata.. pastu kitorang g massage.. korang tau kan kalau g indon n thailand mmg xsah kalau x g massage. hahahahhaa murah2 ibuk2 bapak2,... 60000rupiah massage satu badan satu jam + scrub satu badan.. ko rasa????? hahahahaha lepas massage apa lg makan la.. tp kali ni kitorang makan bakso..
bakso harga rm3.50 korang rasa?????? siap ngan teh botol lg...
layan weh...... da siap semua kitorang pun blk mndi x larat nok exersice sehari naik basikal.. brape kcal la yang terbakar arini.. hahahahahahahhaha... lepak kat umah tgk sawah lg syok.. rehat amik angin kau.... menikmati keindahan kampung.. sbnarnya aku x sabar nak cerita keterujaan mlm ni apa yang berlaku.. ini semua giler!!!!!! lg giler kalau korang nak tau,, aku dalam umah pun ckp omputih sbb semuanya omputih.. yang jawa pun speaking london.. yang cleaner pun mmg speaking. bertambah vocab aku duk sini

korang nak tau apa kitorang buat malam ni.. kami berempat ala2 adik beradik lain mak lain bapak ni dah janji nak kuar. tp bukan naik basikal. amik teksi ko datang umah.. maka keluarlah kami mlm tu... tujuan pertama kami nak minum kopi jos... nak tau apa tu kopi jos??? bkn kopi biasa bukan kopi luwak... kopi jos ni dihidang panas2.. letak bara arang yang masih merah menyala dalam kopi tu.. fuhhhhh hebat tak bunyinya.. tp kalau minum skali skala takpe kot jangan minum hari2 takut kene kanker pulak nanti.. kopi jos ni jual tepi jalan je... tempat lepak nama angkringan... tp mmg superb.. makan ngan nasi bungkus kecik2 yang sma ada korang leh pilih lauk sambal ikan bilis or sambal tempe.
ni tempat lepak, makcik meniaga kopi jos.

nasi bungkus bawah tu goreng2an kira mcm tempe goreng,, cekodok la

nar best n AJ makan telur puyuh ngan minum air tapai.. kakakakakakakaka muka AJ xleh blah
ni mmg pengalaman paling best la kat jogja.... aku terpegun la sbb aku minum kopi bara. korang ingat hape?? kat malaysia x dapat tau!!!!! si AJ lg muka xleh blah tgk ada bara dalam air.... ruginya kitorang amik video tp tatau mcm mana nak upload kat sini.. huhuhuh... ok ni video kopi jos.. bukan yang kirotang amik tau.. ni aku amik dr youtube... yang kitorang amik ada dlm fb tp tatau dah nak letak kat sini mcm mana.




si AJ ni kata nak cr barang pulak kat malioboro... so sebangai orang malaysia aku rasa aku lg pandai dr AJ bab tawar menawar.. mestilah kene tolong kawan kan.. diorang pulak peniaga mesti ingat matsaleh byk duit.. hahahahahhaa.
lepas tu mcm mana lah bole tersesat lg kami pergi ke art gallery x pasal2 kene dengar ceramah batik dekat sejam.. muka masing2 dah macam cencurut nak blah dr situ.. si hanez plak da tunggu kat pub.. kopi house yang ala2 pub.. patutnya kalau ikut jadual mlm tu muzik raggae.. br berangan nak jd bob marley rupanya haampeh. kebetulan mlm tu kat pub tu ada pameran lukisan art exhibition.. ramai la pelukis terkenal indonesia siap ngan lukisan yang tergantung kat dinding ngan sajak puitis bagai.. aku rasa ni mmg sampai ke jiwa. ni mmg sesuai ngan aku.. ada satu pelukis tu hensem giler sape tah namanya aku lupa.. sajak dia pun giler terbaik..

kat pub hidang tempe goreng complete ngan sambal kicap!!!!!
rupa2nya si AJ ngan hanez x enjoy lepak sini..... so kitorang pindah la kat ministry of coffe weh.. tmpat ni nora bagi 5 bintang.. berangan biler la aku nak ada coffee shop mcm ni.. kat sini la ada suara dari hati2.. conversation in english.. hahahaha parah mcm mana nak luahan perasaan mcm ni.. perkataan pun byk tatau. tp sbb kak ton n nar best compiden. maka kitorang layan kan je.

air kat sini siap ada lemongrass sebatang.
da siap luahan perasaan apa lagi mau buat.. kitorang ajak karaoke.. hahahahaha diorang on weh!!!!!! naik teksi g karok ko.. kat sana karaoke bukak smpai kul 4 pg katanya. hahahahahahahahaha..
tp kitorangnyanyi sampai kul 2 kot. si AJ kata ni first time dia karaoke.. kat holland x de pusat karaoke.. aku bg idea suh dia bukak biz kat sana.. hahahhaa dia kata kompem rugi.. sbb orang europe pemalu. paling ada pun karok kat umah sensorang. x cool betul diorang kat sana...mcm mana  mau enjoy. hahahaha mlm ni si AJ layan semua lagu rihanna abaq hang. hahaha cikgu nar best layan lagu indon jela.... dangdut kan!!!!!!
settle semua kami blik berborak lg sampai ke pagi n tido. hahahahahaha giler ini orang enjoy saja keje.

Sunday 8 March 2015

Jogja day 3

Ya allah.. Lamanya masa nak amik nak buat entry jogja ni... Jap..jap.. Sementara tu nak bg tau... Since arini 8/3/15 da setahun mh370 hilang. Jd kita amikla seminit tuk bertafakur and sedekahkan alfatihah buat semua yang terlibat.
Mcm mana nak citer pasal hari ke 3 ni ek..sbb ada benda x ingat dah.. Yangpenting pg2 pak supir da sampai hotel nak amik kitorang sbb nak g borubudur.. Pastu arini jugak kami nak checkout hotel. Alang2 jalan sekali la.. Perjalanan mengambil masalebih kurang 1jam. Sampai ke sana saja tgk2 punyalah panjang barisan beratur nak beli tiket..ramai local la...
Peta borobudur

Sampai kat pintu masuk ada stem diorang buat bentuk chandi borobudur

 Kami pusing2 tanpa arah tujuan n balik la..tp suruh pak supir anta g tempat tinggal kami yang baru..kami kan da booking dlm airbnb. Infat tak dlm entry lepas kak ton da cerita.. Ha kami menginap kat house of nasi bungkus. Host rumah ni nama anez n hannah..tp mula2 sampai mmg tak sangka ni ke rumah yang kami booking...
Kami disambut oleh pembantu anez.... Omg..... Tukang cuci dia enggak ngomong bahasa indonesia k.. We all kene speaking english ok ngan cleaner... Nak tgk tak mcm mana house of nasi bungkus dr luar??? Korang mesti terkejut tgk gambar..

Ni la pemandangan rumah dr luar.. Scary tak??? Dont judge a book by its cover tau!

Dah siap letak barang rasa lega.. Sbb umah dalam ni mmg superb. Korang tgk la sendiri.
Ooooowh kami dah jumpa anez.. Giler cool mamat ni.. He is jawa indonesia.. Christian.. Tp kami x jumpa hannah sbb hannah blk aussie time tu.  kami berkenalan lg ngan sorang permpuan holland yang stay kat house of nasi bungkus... Ooppssss lupa nak bg tau rumah ni ada 5 bilik kot.. Sbb 2 tingkat.. Kami booked 1 bilik iaitu kamar bungkus...


Ni kamar bungkus yg kami sewa





ni tempat owner buat kelas bahasa inggeris utk anak orang kampung

ni part dapur dalam rumah ni.. cantik ada ikan n kura2 lagi

tempat santai di bahagian blakang rumah.. favourite spot ni

seriously our first experience with airbnb are awesome!!!!!!!!
inilah hanez host for house of nasi bungkus

ni lah minah holland yang stay sini jugak.
sbb tengah hari ni kitorang takde idea dah nak pergi mana. so kami duduk2 lepak borak dengan 2 orang asing ni lah.. kata housemate kan???? minah holland ni nama dia annejet van elderen. tp bukan adik beradik van persie tau!!!!1 kitorang sbb da kenal panggil dia AJ je.. si AJ time ni beru lepas habis kelas ukiran silver.. dia buat loket rama2.. murah jugak kelas belajar ni.. kalau korang g jogja bole g belajar.. sbb kat sana ni salah satu tarikan pelancongan yang korang kene pergi.
da dekat sejam borak2.. rupanya AJ ngan hanez ni da ada perancangan nak pergi bawak budak2 kampung tu pergi museum sbb ada pameran science.... so kak ton ngan nar best pun ikut la diorang dr duk umah ternganga taktau nak buat apa.. yang syoknya cuba teka kitorang bertiga pergi naik apa?????
ni la gambar kami pergi museum study mikrobiologi katanya..... kikikikikiki

kami naik basikal la sorang satu..
seronok naik basikal sorang satu.. abis semua kami merayau... hahahahahaha tp nasib baik geng ngan omputeh so rasa la pelancong sgt.. cuba kalau kat malaysia naik basikal mcm ni compem orang ingat awek indon.. hehehehehe.
petang tu kak ton ngan nar best sempat ke saloon cuci rambut.. sbb si AJ nak g lunch western.. malasla kak ton n nar best nak ikut..buat aktiviti masing2 jela.. dalam kul 4 kitorang sampai umah.. tgk semua orang ada.. sambung lagi borak2.. sampai ke lusa kalau borak2 ni x abis... hahahahah kitorang kuar lg naik basikal beramai2. hanez bawak pusing keliling kampung tengok tempat orang buat labu sayung.. tgk tempat orang main wayang kulit.. and last port tatau mana dia bawak kitorang ke satu rumah rupanya rumah orang yang volunteer jaga anjing n kucing.. punyalah takut ko anjing besar dr nar best. giler x berdebar.. aku peratikan diorang ni walaupun semua bertatoo semua mcm nampak xde masa depan gayanya.. tp dr segi moral sifat kemanusiaan mereka mungkin lebih baik dr aku dan penduduk malaysia ni la... bukan nak puji tp ni mmg reality.
da abis merayau tgk kucing n anjing kitorang singgah satu warung tepi jalan dia jual kuih mcm lempeng... tp kuih ni makan dengan ngan air teh kot teho letak halia.. rasa mani2 pedas.. apa tah nama kuih ni.. jap aku bg gambar.

ni lah kuih mcm lempeng tu


habis makan kuih kami lepak kat 7e.. hahahahahaha 7e indonesia kan ada meja tempat lepak... tak sangka sehari je br kenal diorang ni tp mcm dah lama kenal.
semua sama otak gila.
on the way balik... kak ton ngan nar best melencong cr nasi.. hahahahahha mcm biasa pecel lele ngan ayam penyet jd pilihan.. hahahahahahahah siap belanja budak 2 orang tu lagi.... sbb hepi dapat layanan terbaik... diorang sampai terkejut tgk kami makan byk.. mungkin kat holland makan sket sbb tu saiz badan pun kecik..
tau tak lepak malam kat belakang umah sambil nyanyi lagu isabella.. ini mmg lain feel dia lain macam.. hanez main gitar... aku nar best n AJ menyanyi.. sian AJ terpaksa ikut lyric. nasib baik leh online umah ada wifi. siap rekod weh dengan unggas2 lg...
mlam ni berakhir dengan hati gembira walaupun pada mulanya da bosan ngan jogja


3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...