Wednesday 11 March 2015

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM PERGI BERCUTI

assalammualaikum...
kita ni asik bg tau syoknya bercuti.. apa yang kita buat time cuti.. ejoy weather, enjoy food, enjoy activity, enjoy massage, enjoy shopping barang2 murah.. sebenarnya ada beberapa tips la yang kak ton ngan cikgu nar nak kongsikan kat korang sblum pergi bercuti.
biasanya apa kami buat sebelum pergi bercuti??
jom travel.. rasa beku otak lama x travel.. kikikikiki


1. TARIKH CUTI
cek jadual bila kita bole pergi bercuti.. contoh mcm cikgu nar best.. oleh kerana beliau ni seorang guru cemerlang maka biasanya cikgu2 da dapat jadual cuti skolah untuk setahun. begitu jugak orang yang keje opis selain guru membakar diri. dah tau AL ada berapa hari dalam setahun. bole tau nak amik cuti biler. ada event company bila yang tak bole cuti. so korang dah ada tarikh kan. pilih tarikh tu penting.

2. FLIGHT TICKET, TRAIN TICKET
     biler dah tau bila tarikh boleh pergi berjimba.. step kedua korang kene cari tiket... ha kalau kitorang yang vouge ni( sbnarnya kurang duit) slalu akan beli tiket awal (6bulan keatas). ini sbb biasanya tiket awal ni murah byk dr urgent on on the spot nak beli. biasanya kebanyakkan airlines jugak akan buat promo tuk dapat kan tiket murah. contoh air asia. tambang murah kan?? everyone can fly so why u must PAY MORE. cepat2 beli tiket grab the lowest price. ada pro n cont kat situ. sbb tiket promo biasanya xleh dapat refund kalau x jadi pergi.. tp kalau tiket harga rm19. sape nak kisah kan kalau xleh refund? kalau da beli tiket korang mesti rasa excited x sabar. jom jalan!!!!!!!! aku bg tips.. kalau nak beli tiket.. beli yang gerak dr malaysia malam. then korang akan sampai tempat tujuan pagi. then beli tiket dr sana petang so korang ada masak full day kat sana.. x bazir masa.

3. RESEARCH
Siapa kene buat research????? hahahahahahahhaa ni siapa yang suka travel backpack mcm kami.. xde duit nak ikut travel agensi. trust us!! u can save alot of money and enjoy ur holiday tanpa perlu ikut arahan sesiapa. ok kalau korang g travel ikut travel agency dah takyah dah nak buat reseach. xyah nak buang masa. semua dah ditentukan nak g mana nak makan apa, tido kat mana, semua tersedia.. yang penting ongkosnya banyak. jd yang tak banyak ongkos lepas beli tiket korang dah kene buat research. contoh katalah si A ni nak g MELBOURNE. contoh tau!! aku kata contoh!!! dia da start kene buat reseach..
1)pasal currency ( mahal ke tak. so bole simpan duit sket2 tetiap bulan)
2) peta melbourne. nak stay kat mana? hostel ke hotel ke? nak stay ngan local ke? nak stay area mana? near to city? berdekatan ngan train station? dekat ngan pengangkutan awam? or nak duduk kampung? semua tu kene study. sbb kalau korang x study pakai booking je nanti aku takut jauh dr semua tempat.. pastu masak nak menapak. buang masa semua tu. jd jgn MALAS
3. attracttion place. korang ke bajet let say pergi 5 hari.. korang ke listkan 5 hari tu nak pergi mana.. da dapat attction place so korang da bole buat itenary. jgn tatau nak g mana pulak. masa terbazir begitu sahaja.. kalau stakat cuti nak duk hotel je baik korang cek in kat kl je.. hahahahhahaa
4. transportation. ni pun kene study awal. nak naik apa... bajet duit berapa. kalau nak sewa kenderaan makesure dia worth it. bagi aku kalau korang g trip ber4 or ber5 korang worthit la sewa kereta.. tp kalau sorang dua.. better naik tren... ikut day trip ke.. lagi jimat.. so duit lebih bole buat beli sourvenir.
5. study jugak mana nak cr makan halal. makan sedap.. weh kalau korang jalan kene rasa food negara orang baru berbaloi. atleast sekali mesti rasa.. kalau hari2 makan luar pergh kaya la korang.. aku slalu masak bekal je.. sekali dua je makan kat kedai.

4. PASSPORT & VISA
    lepas da settle reseach time ni aku nak korang cek balik buku merah... kalau da nak expired g renew siap2.. sape yang xde pasport tu bole buat pasport.. skarang kan da murah buat passport.. rasa mcm dulu kenapa la mahal sgt. tp terpaksa buatkan!!! kalau tak duk jela cuti2 dalam malaysia ni.   make sure buat awal.. jgn last minit buat.. kang tinggal babai flight je kat airport. pssport skarang rm150/5 years
second sape g negara yang perlukan visa.. sila la buat visa awal.. korang ingat senang ke nak dapat visa???
contoh kalau nak g USA. pergh soal jawab banyak bai nak g sana... hahahahahhahaa
kalau korang g Aussie senang je bole wat visa online.. bayar rm20 je kot x silap aku . valid setahun.. visa china korang leh g mana2 travel agency mintak diorang buatkan. yang penting settle awal weh.
settlekan semua and have fun!!!!!

5. PENGINAPAN.
 untuk aku senang je.. td da buat research so skarang masa korang nak booking accomodation... apa yang penting nak tgk???? harga no 1. 2 facilites 3. location 4. environment. hahahhaa ni semua penting.. jgn jadi mcm kitorang kat sydney.. pergh hostel agak scary. tp nasib baik diorang kata kitorang org venezuela (kikikiikiki perasan cantik sket). so sejukla hati. kalau korang booking dorm. or bilik. korang bole pilih nak yang brape orang satu bilik. nak roomate semua perempuan je ke. nak roomate lelaki je ke or nak mixed room. (ngehngehngehngeh gelak jahat). kat sini mungkin korang bole usha
1.agoda
2.airbnb
3booking.com
4.trivago
5asiaroom
                                                                           6. dan byk lg la.. pepandai korang.. ada yang time booking korang kene bayar sesiap.. ada yang korang bole bayar time check in.. ada yang seminggu sebelum checkin korang da kene bayar. and kalau nak cancel pun korang kene buat sblum tarikh dia bg yang bole tuk cancel tanpa bayar apa2.

6. TRANSPORT
 ni nak bg tau sesape yang kene naik tren intercity.. contoh korang g europe kan.. kene naik train dr satu tempat ke satu tempat tu. baik beli tiket awal.. kalau beli lambat differ dia mau beribu bai.. sbb 1euro da brape ringgit duit kita.. kalau korang beli awal korang bole dapat tiket serendah 1euro weh.
jgn jd mcm kawan aku sorang semua buat last minit. skalu duit train saja dekat rm5k.. nangis tak sudah.
nak jimat tak?????? settle awal

7. ITENARY

Itenary ni pentng weh.. serius ni penting. ni la akan jadi guide korang apa nak buat hari demi hari di perantauan.. dan ianya penting jugak sbb jgn jadi mcm aku ngan cikgu nar.. ni pengalaman ni.. hahahahahhaha bodohla.. kene tahan kat immigration kat christchurch 3 jam sbb xde itenary in hand. itenary kat dlm lugguage kot!!!!!! huahuahuhauahuahauha. buat itenary selengkap boleh.. masa.. place.. price semua kene ada la... kalau bole.. aku x paksa letak semua.. sbb itenary korang korang je paham.

8. BARANG YANG PERLU DIBAWA
hahahahhaa part packing ni aku suka.
1. pakaian. korang jgn packing membabi buta.. tgk dulu kat sana musim apa.. jgn tersalah musim pulak. mau korang mcm fashion disaster. kot ye nak bawak bj tu jgn lebih2 tgk kat sana(tiket) tu korang allowed tuk brape kg lugguage??? kang lebih padan muka kene bayar. kalau x nak bayar letak jela dalam tong sampah kat airport.
2. bg aku benda ni penting, first aid kit, ubat2an. ni penting bg aku.. bawak la panadol sebiji 2... ubat selsema tiger balm.ubat cirit birit, tu jela slalu aku biasa bawak.
3. duit. bawak duit yang mencukupi... jgn bawak semua byk2 cash pulak. lg selamat korang bawak cc and debit card. makesure sblum pegi memana luar negara korang update ngan bank korang.. kang meroyan pulak kat sana tak boleh guna cc or debit card.. takkan nak mintak simpati... hahahahahahahaha
4. makanan... korang kene bawak sket2 makanan segera, makanan dlm tin.. sbb negara orang tatau susah ke senang nak cr halal food. bawak la megi sket.. utk jimat ruang.. korang bawak 1 je mee segera dlm cup. yang lain bawak dlam packet je.. try cr brahim food jugak. tp kan korang kene tgk negara tu ada undang2 xleh bawak makanan ke.. contoh aku g NZ satu habuk daging pun xleh bawak... hahahahhaha brahim food aku yang lepas cuma sambal ikan bilis. ko rasa???? aku rasa diorang kejam.. mesti diorang makan semua makanan aku. huhuhuhuhu
benda2 penting ni

kene bawak sket, esp g jepun.. mau nangis korang kebulur x makan. kat sana salad pun rm50 tau


9 APA2 LaGI YANG PENTING

Apa lg yang penting make sure korang amik no tepon kedutaan malaysia kat sana. mana la tau kalau jd apa2.. huhuhuhuhu benda ni nampak remeh tp berguna bai.
pastu sbelum berangkat korang kene bg tau orang yang korang rapat korang nak g mana. family members ke kawan baik ke.. mana la nak tau kot2 ada hal x diingini berlaku susah nanti. pastu da sampai kat negara orang inform diorang korang da sampai.. stay connected.. gittewwwww..... hahahaa kalau taknak roaming pun kalau xnak beli simcard sana pun. make sure sehari sekali korang connected by wifi... kat hotel n hostel pun ada wifi. so update la sket citer kat diorang. xdela diorang risau sgt.. ala korang kan kaki fb insta bagai mesti kene online jugakkan!!!!!!! ops dalam nset korang makesure ada apps yang penting ok
ni contoh apps.. contoh!!!! tp x lengkap la... candy crush tu paling penting.. kikikikiki


last but not least... hahahahhahahaha 
korang dah bole bergaya pi travel dengan vouge.. jap aku bg gambar mcm mana yang vouge tu...
bye bye.... have a safe journey

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...