Monday 23 March 2015

Shortrip kedah penang (5-7 februari 2015)

Entry ni dah lama nak buat, tapi disebabkan semua  bajet busy ...maka , malam ni baru aku nak throwback kan... Tapi takpe, better late than never .gitew!!

Trip ni memang betul-betul sekejap sangat ni. Tujuan asal, nak pergi hamda a.k.a midah bertunang dekat bandar baharu, kedah. Aku dari joho gerak ngan mak arab atau nama nick nya ialah fafa..kalau pelat,boleh sebut papa. Ok, kita pergi kepada tentatif program katakau. Khamis lepas sekolah, kitorang gerak dari Warehouse Sand(pasir gudang) ..singgah sebentar di merlimau melaka sebab ada member nak apply takaful plan investment link. Kemudian, singgah sekejap di senawang , juga ada kawan sekolah rendah nak apply medical card prudential BSN. Sejurus selepas itu, singgah jumpa member shah alam , juga nak ambek investment link prudential BSN. Tengah malam , baru sampai Klang dekat rumah kak  ton ..memang tak tidur sampai siang sebab isi form pasal nak submit hari jumaat tu jugak, sebelum gerak pergi kedah. Rabak plus penat la jugak mata.. Tapi demi membantu orang lain mendapatkan perlindungan , kesihatan dan juga simpanan yang bijak lagi bernas, aku n kak ton gagahkan juga bekerja pada hari tersebut. (Iklan:nak amek takaful, cari kak ton 0163334183 n nar best 0129094309 ejen terbaek pada abad ini. ) .  Ok..tak payah iklan sangat la , nanti bosan pula. Aci tak aku nak buat perenggan baru.zazzzz



Dong dang dong dang..semua keje takaful settle dalam pukul 3pm. Lepas tu , terus bergerak ke bandar baharu. Sampai maghrib kat rumah hamda..sampai-sampai , family hamda jamu nasik lauk macam-macam kat kitorang, pastu ambek kunci hotel dekat abah hamda.. Kitorang stay dekat hotel Melur Inn, bandar baharu yang ditaja penuh oleh pak cik zaki ,ayah hamdaq. Ingatkan malam tu nak menjengah rumah midah tolong apa yang patut,,,tapi wasalam sebab semua orang tertidur kepenatan gamaknya. 
Hari sabtu , kitorang jadi wakil Sadar(bakal tunang hamda) pasal apa..pasal sadar ni orang arab. Takdak family kat sini, tapi nak menukah ngan orang sini.. So, belanja sikit gambar tunang hamda n sadar buat tatapan pembaca sekalian..gitewwww!



Tak sabar nak tengok anak midah n sadar..mesti comey kan..sebab mix

selamat bertunang cik hamda n encik sadar..


Majlis tunang selesai dalam pukul 4petang macam tu. Masa ni , berfikir-fikir nak terus balik ke nak masuk Penang layan nasi kandaq dulu..tapi dalam hati ada juga mau masuk penang. Bincang punya bincang, kami sepakat sebulat suara masuk je la Penang cari nasi kandaq. Nah..lanje gambaq ja nooo...


nampak sedap kan..sape nampak benda ni x sedap maksudnya dia gila.


Tapi, alang-alang masuk penang..kitorang pergi Armenian Street buat berlagak-berlagak.kakakaka. Ini tempat memang 1 of attraction place in penang. Dekat sini, orang boleh cycling dn jalan kaki juga. Kalau korang tak jumpa cari, korang  cari signboard Lebuh Armenian. Kat sini banyak kedai jual benda pelik-pelik, ada mural budak atas basikal, ada wall caricatures dan macam-macam lagi , yang mana sangat sesuai untuk orang yang suka bergambar macam sayaaaaaa dan kawan-kawan sayaaaaa🙈🙈🙈. Nah, korang kalau tak menyampah tengok muka kami..boleh la menjeling menjeling kubertentang gambar-gambar seperti berikut..kikikiki



no caption

no caption 2


no caption 3


 dari kiri narbest,shafiza n papa



Basikal ni kami sewa RM5 satu 



 Orang makan eskrem pasu, korang pun nak..




Selepas bergambar lebih kurang, kitorang pergi cari nasi kandaq yang kitorang suka dekat kapitan tu tapi masalahnya,jackpot sebab tutup. Sob sob. Dan, tanpa membuang masa kami gerak ke kedai Kayu Nasi Kandar. Habis makan, hajat di hati nak balik terus klang n johor. Tapi papa request nak singgah umah kawan maktab dia si Shima. Sembang punya sembang ..nak dekat pukul 12 malam jugak bergerak ke kl. Dan di saat entry ini ditulis..ayah shima dah pergi berjumpa tuhannya 3minggu yang lepas..al fatihah untuk arwah. 

Shortrip ini memang betul-betul short..sebab singgah klang umah kak ton mandi kejap pastu kami terus balik johor ..sampai terus mengajar . Kau rasa ? Penat, tapi seronok. Bye.

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...