Saturday 12 October 2019

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum...

rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob

nak cakap akak baru je balik bercuti 3 hari 2 malam dari banda aceh. kali ni akak tak pergi pun dengan cikgu Nar. yelah sebab sekolah kan tak cuti lagi. jadi akak ke banda aceh bawak mak akak je.
perjalanan kami bermula 8/10/19- 10/10/19

actually tiket ni beli sebulan sebelum, kebetulan bukak apps airasia nampak murah sangat tiket ni. rugi kalau tak beli. tiket return untuk seorang akak dapat dm RM90++ dua orang tak sampai RM200 pun. oh ini dah cukup bagus. rugi kalau tak beli. cuma kali ni akak ke aceh tetapi tak pergi ke pulau sabang, sebab bawak mak macam tak kene pulak kalau nak snorkling bagai. kalau dengan kawan2 tu lain cerita.



tengah tunggu nak boarding


untuk pemilihan otel pulak akak book thru agoda. nama hotel akak pilih tu Hotel Mulana. ok sangat hotel dia dengan harga yang murah. untuk 3 hari 2 malam tu rm76 je. tapi sebab akak ada agoda cash rm50 maka akak pun redeem dan hanya membuat bayaran sebanyak RM26 je. alhamdulillah tiket murah, bilik hotel pun murah. hotel ni memang terletak di pusat banda aceh tu, dalam 1.8km ke masjid raya Baiturrahman.

oleh kerana hanya berdua, jadi dari sini akak dah booking untuk sewa motor / speda je. tak ada lah membazir duit untuk ambil pak supir. kalau satu keluarga takpe ambil pak supir berbaloi.
akak google untuk sewa motor di sana. dan terjumpa ariff. ini link  https://rental-motor-aceh-fama.business.site/   untuk sewa motor tu. booking dulu payment bayar waktu ambil motor. setelah berbincang, akak meminta ariff menghantar dan mengambil motor di hotel je. so bayaran untuk 3hari 2 malam sewa motor termasuk bayaran hantar dan ambil di hotel ialah Rp 225k- bagi akak ini memang berbaloi. dan kos petrol untuk 3 hari tu akak hanya isi 2liter sahaja.

pernerbangan kami jam 10 pagi dari malaysia dan sampai di banda aceh dalam lebih kurang 10.30 pagi. penerbangan hanya satu jam setengah je. dan waktu di banda aceh adalah lewat sejam dari malaysia.

sampai je di airport, mmg ramai pemandu teksi serbu, tp akak buat bodoh je sbb nak ambil gambar mak  akak dulu kat airport. tapi diorang memang ikut je lah kita kemana, jenis tak putus asa nak ikut2 ni. kitorang duduk dulu lepak. akak cuba amik grab kat situ lama tunggu takde pulak grab. jadi akak ambil la jugak teksi kat situ, agro ke argo nama teksi lupa dah akak. teksi bermeter, sampai ke hotel kene lah  dalam Rp117k.



bandara sultan iskandar muda


ni skuter akak sewa  untuk 3hari 2 malam

sampai alhamdulillah boleh terus cek in. patutnya kene tunggu kul 2 petang. ariff da siap2 hantar motor ke hotel. so apa lagi lepas tu kitorang pun terus keluar tapi sebelum keluar pergi makan dulu, depan hotel ada warung nasi padang. makan 2 orang skali air Rp35k je.. jimat sangat.

ni kedai nasi padang depan hotel

setelah selesai makan. akak apa lg tunjukkan skill rider akak la :p
destinasi pertama setelah berjaya waze dan tanya orang aceh. kami menuju ke boat atas rumah.  tempat tempat tarikan kesan peninggalan tsunami ni tak jauh pun dalam lingkungan 2-3km je..
jadi setelah baca sejarah kat board ambil hambar kami pun cau.. lupa nak habq ni, sini masuk tgk bot atas rumah ni free tapi diorang ada sediakan tabung untuk menderma. cuma parking kene bayar rp2k.


mak berlatarbelakangkan bot atas rumah


seterusnya kami menuju ke muzium tsunami aceh. seperti biasa motorsikal parking kene bayar, dan masuk kedalam muzium pun kene bayar tiket. sempat juga la kami menonton video dalam 10 minit. video berkisar tentang tsunami. seramai 230 000 orang meninggal pada kejadian tsunami pada 2004, dan ramai yang hilang.  selepas keluar dari muzium kami pun lepak depan gerai bakso bakar, makan minum sambil berborak dengan warga tempatan. pakcik tu bagi tau sebenarnya ramai lg mayat tak di jumpai dan hilang didalam laut.

rempit jangan tak rempit

tiket muzium tsunami

tempat lepak depan muzium

nak masuk muzium ni


sebelah muzium ni ada perkuburan belanda zaman dahulu. kubur jeneral belanda yang dibunuh pahlawan aceh juga ada dini. cantik kawasan kuburan dia tapi kami tak pergi sbb boleh dilihat dari kawasan muzium je.

dah settle makan- makan kami rempit skali lg unuk ke PLTD apung. ni kapal seberat 780 tan yang di telak di gerakkan oleh air sewaktu tsunami sejauh 4km dari tempat asal ke atas darat. betul2 kuat kan ombak tsunami tu. tak dapat dibayangkan mcm mana kuatnya air dan ombak.

naik kapal bergambar siap settle dah. maka kami pun balik mandi dan keluar makan malam. ramai orang rekemen makan mie razali. review kata sedap bukan main. tapi akak serius bagi 2 bintang je. tak kene kat tekak. tp jenis makan mmg takkan membazir maka letak apa pun mmg habis.


di pintu gerbang PLTD Apung

bagi can la nak posing sekali sekala



mie cumi -cumi basah di  kedai mie razali
settle makan kami pun balik tido

pada hari ke dua kami pergi ke muzium aceh. muzium aceh ni tau di kenali sebagai rumoh aceh ni adalah bentuk asal rumah tradisional aceh. alhamdulillah pekerja di sini meneangkan sejarah dengan semangat sekali. so boleh la tau sedikit sebanyak sejarah aceh. apa beza teuku dan tengku, apa itu cut, chak nyuk semua la.... mcm mana mereka membesarkan anak2 dan keluarga dalam budaya aceh. kalau ikut rumah aceh takde bilik untuk anak lelaki, kerana anak lelaki yang telah akil baligh kene duduk di musolla, belajar agama dan plang ke rumah hanya untuk makan, boleh tau jugak mcm mana majlis perkahwinan anak perempuan. dan memantu lelaki akan tinggal di rumah mertua perempuan selama mana dia tidak mampu membeli rumah sendiri. dan keluarga perempuan amat menyanjungi menantu lelaki, sehingga dalam tempoh sebulan selepas berkahwin, makan menantu lelaki haruslah di bilik pengantin bersama isteri, tidak bercampur dengan ahli keluarga yang lain :).
begitu juga ketika berbuka puasa, walaupun dah duduk dirumah mertua tu lebih dari sebulan atau setahun, makan waktu berbuka juga meja haruslah di asingkan.
betul - betul dia buat menantu seperti raja. tapi tu adat dan budaya aceh tak sama dengan kita orang melayu di malaysia, makan ramai2 itu lebih seronok dan meriah serta mesra.

hujan lebat pulak di hari kedua ini, teraksa kami berteduh di cafe muzium aceh ni. sempat makan tgh hari nasi ayam penyet. hahahahaha

setelah hujan reda kami meneruskan perjalan ke pasar aceh. disini byk jugak souvenir dijual, tapi biasalah dah tua- tua ni takde makna nak beli fridge magnet. kami beli pisang salai, kerepek tempe dan sedikit kerepek tradisional buat ole2. murah setu bungkus Rp10k saja. setelah itu kami pun pulang ke hotel berehat sambil tgk tv dan asar kami ke masjid baiturrahman untuk solat jemaah.di area masjid tu byk kedai- kedai kain pasag. ya Allah kalau tgk kain lace tu mmg tergugat iman, tapi fikir kitorang tak beli lugguage terus tak jadi beli.:(

malam nya kami tido awal sebab mak akak sakit kaki dan rasa tak sihat.






tak tercapai lah nak makan seafood aceh yang orang kata sedap tu....


hari ketiga, kami settle kemas awal, dan terus keluar cari sarapan. kali ni akak bawak motor tanpa arah tujuan, tak on waze pun sbb tatau nak makan apa kat mana. jalan je. kebetulan ternampak satu kedai makan di betul2 simpang 4 yang besar.kedai warna merah. tengok ramai orang sarapan. macam menarik, akak parking motor, masuk dalam kedai duduk order dan makan. byk kuih- kuih traditional. kami order 2 piring kuih, nasih gurih + rendang daging, lontong dan lontong tahu, kenyang air kopi dan nscafe untuk mak akak. semuanya baru RP60K.  berbaloi dan sedap. tengah makan ada satu bas berhenti dan yang turun tu semua orang malaysia. tatau la rombongan dari mana tapi semua veteran2 je yang turun.lepas makan akak start motor pusing satu aceh tu tatau sampai mana, dah agak lama pusing, baru akak on waze nak balik hotel untuk checkout.

ariff pun datang ambil motor, dan akak booking grab terus untuk ke airport. Rp72k saja, murah banyak dari teksi.

lontong tahu

nasi gurih

lontong
kesimpulannya aceh ni 3h 2 malam dah cukup kalau korang datang 4 hari elok la kau orang pergi ke pulau sabang. kalau datang 5-6 hari boleh pergi ke gayo highland, gayo ni 7 jam dari banda aceh. tp tempat sejuk mcm cameron highland la... mungkin berbaloi..


itu je. kalau ada pertanyaan nanti tanya la insyallah akak reply.

sekian

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...