Tuesday 24 September 2019

DAGING MASAK KICAP KEBAHAGIAAN

hi...

korang akak memang rajin nak update blog sehari dua ni.. so hari ni kita nak post pasal resepi akak masak ni. resepi simple, cepat dan mudah di sediakan. DAGING MASAK KICAP KEBAHAGIAAN. kenapa nama dia macam tu? kerana... selepas makan perut kenyang.. hati bahagia. hahaha. usah kan wanita dan lelaki yang ada family boleh masak ni.. anak dara dan anak teruna pun boleh masak masakan semudah ini.

actually bangun pagi tadi terfikir apa nak masak. mula mula ingatkan nak makan kat luar tapi kedai KUKUS tu tutup pulak sebab hari ni hari rabu. bukak peti ais belek- belek barang yang ada.. jadi ambil lah daging yang beli weekend hari tu di village grocer. maka masak kicap adalah yang paling simple.. jap lg kat bawah kita bagi resepi ok.


ni lah daging kicap kebahagiaan tu

resepi untuk 2 orang makan

bahan A 

1. daging lembu (ini boleh tukar ayam)
2. serbuk kunyit
3. sedikit garam
4. minyak masak pastikan buy muslim first :)

bahan B (dikisar)

1. cili kering 10 tangkai. kalau nak pedas letak banyak lagi
2. halia 1 inci
3. bawang putih 3 ulas
4. bawang merah 4 ulas
5. bawang besar 1 biji- setengah biji untuk dikisar, setengah biji untuk dihiris.


bahan C
1. rempah tumis 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
2.. cili besar (merah atau hijau)
3. kicap manis
4. setengah cawan air


ini lah bahan bahan nak masak


langkah pertama korang kene defrost kan daging ni. gambar ni bila daging akak dah siap defrost dah lembut sedia untuk di tung tang tung tang kat dalam kuali :p


langkah penyediaan.

Bahan A tu gaul sekata.. daging + serbuk kunyit + sedikit garam gaulkan sebati. panaskan minyak didalam kuali dan goreng daging sehingga garing. 

bila dah selesai. angkat daging dan ketepikan.

selepas itu keluarkan sedikit minyak kerana utk menumis hanya sedikit minyak di perlukan

setelah minyak panas. masukkan rempah tumis 4 beradik, dan masukkan bahan2 yang telah dikisar. masak sehingga pecah minyak. setelah pecah minyak.. letakkan sedikit kicap manis.. kat sini akak guna kicap mahsuri untuk rasa pedas yang extra. dan masukkan air. biar sehingga kuah ini menjadi sedikit pekat. seterusnya bolehlah masukkan daging yang telah digoreng tadi dan taburkan bawang besar yang telah dihiris serta lada merah atau hijau. biarkan selama satu hingga 2 minit. padamkan api dan sedia untuk di ngapppppppppp.


selamat mencobaaaaa.... kalau dah coba jangan lupa share ok. daaaaaaaa.




No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...