Thursday 21 August 2014

ALS Ice Bucket Challenge

Arini aku buat mende ni..Memang nak buat sangat bila tau ada awareness program macam ni pasal penyakit ALS..Penyakit ni macam lebih kurang neuron desease macam tu.. Dulu, arwah Mokhtar Dahari pun meninggal sebab ni kalau tak salah..Sebab aku tengok kat video KJ da dedicate ALC ice bucket die utk arwah..So, aku memang gila kentang la nak buat ni pakai baju kerja. Tak tau nak ajak sape join, so yang dekat sini fafa n geng jahat yang lain. Tapi, fafa je jenis in mende macam ni aku rasa.. Apa lagi, cakap terus jadi la..Pastu ramai plak kawan2 FB n IG yang tak tau pasal ape benda la main simbah2 air ni kan.. So aku tolong google untuk korang eh...

Ni sumber wikepidia:

The Ice Bucket Challenge, sometimes called the ALS Ice Bucket Challenge, is an activity involving dumping a bucket of ice water on one's head or donating to the ALS Association in the United States. It went viral throughout social media during the Northern Hemisphere summer of 2014.[1][2]
The challenge dares nominated participants to be filmed having a bucket of ice water poured on their heads. A common stipulation is that nominated people have 24 hours to comply or forfeit by way of a charitable financial donation.[3]


ni sumber dari The Star:
Oprah Winfrey, who was challenged by Tyler Perry, agreed to perform the ice bucket challenge by uploading a video of her preparing for it with the note “Challenge accepted @TylerPerry. Ice bucket challenge coming soon”.
A short while later she uploaded another video on instagram challenging Spielberg and actors Hellen Mirren and Manish Dayal “in the name of ALS”.
Footballers like Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Mario Balloteli, Neymar and Vincent Kompany have also got in on the action.
Balotelli accepted the challenge, nominating colleagues Sulley Muntari and Micah Richard.
The challenge is quickly gaining popularity on social media in Malaysia with many celebrities here expected to take part.
The Star columnist Niki Cheong has posted a video of him being drenched on his blog.
“Yesterday, my sister’s childhood friend Dr Farina tagged me on Facebook, nominating me for the challenge. I’ve got a bit of a cold at the moment so the timing wasn’t perfect but I thought, what the heck,” he wrote.
Cheong added that he’s planning to donate to ALS research and urged readers of his blog to do the same.
The writer went on to pose the challenge to five other people (because Dr Farina had named five as well), including Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin and The Star Online columnist Davina Goh.
ALS is defined by the ALS Association as a progressive neurodegenerative disease that affects nerve cells in the brain and spinal cord. The progressive degeneration of motor neurons, which reach from the brain to the spinal cord, and from the spinal cord to the muscles, eventually leads to their death.
With muscle action affected, patients could become totally paralysed as a result of the disease.

Aku dan fafa pun buat..Ni video die :

 Mungkin ada orang rasa benda ni takde mana pun buat...tapi aku rasa aku suka buat something yang menunjukkan kita concern dengan penyakit yang tak ramai orang tau..Penyakit ni yang aku baca belum ada ubat tau..once dah diagnosed kena penyakit ni..biasanya akan tinggal 14 bulan je lagi bleh survive.. 5% je yang bleh sampai 10tahun...Ok, sekian info hari ini..kikikkki #ALSicebucketchallenge2014#


From Narbest with love..

Cameron Highland Membunuh Jiwaaaaa

Boleh kata,bila lama sangat tak pergi Cameron Highland jiwa akan jadi kacau. Padahal bukan ada buah mata kucing yang boleh makan sampai mual pun. Sebab sejuk ,tu yang rasa bila lama jadi rindu. Gitew!!

Ni gambar 2010. Masa ni pergi ngan geng calorie counter chayok. Masa ni muda lagi, budak-budak jantan tak guna ni semua dah kawen dah. Tinggal 2 orang perempuan yang berguna je belum kawen iaitu nar best ngan shafiza. Kikikikiki(kiki pun belum kawen masa ni). Tapi, geng ni memang best di dunia.

adik..kiblat mane eh....



Tahun berikutnya, 2010 kitorang bawak family datang cameron. Masa ni syok jugak sebab dapat menyatukan dua keluarga kawan yang baik. Gitew!walaupun ayat agak poyo, tapi memang betul la niat kami membawa keluarga tercenta menikmati keindahan alaaaaaam di Cameron tercinta ni. Masa ni semua orang muka budak..kehkehkeh . Ini gebang !


family narbest n sheffyanggun bergabung

Kemudian, tahun 2013 pergi lagi. Kali ni pergi dengan family Kak Ton saja sebab aku dari Johor payah nak balik terengganu ambik mak. Tapi ok jugak, tak de hal sebab cameron tempat yang best bagi kami.

cameron di hati



Yang latest pergi, tahun ni iaitu tahun 2014. Yang ni memang kerja gila sikit la. Pasal gerak tengah malam dari Klang,sampai Cameron pukul 4pagi tidur kejap kat hotel pastu seharian tour Cameron pastu malm baru balik Klang ,tidur kejap dekat Klang pagi subuh sepiie gerak balik johor. Ni menulis pun dah penat,apa lagi membuat kerja gila ini.
terjumpa plak acu dekat camern kannn

Apa yang best sangat cameron? Sebab cantik, sejuk, ada pasar malam yang jual banyak buah best banyak strawberi ,ada jugak strawberi cekelat. Semua tu membuat kami rasa cute(sila muntah sampai sumbing bibir sekarang). Pastu dalam sejuk-sejuk tu dapat plak kena teh ngan kek coklat. Fuhhh ni memang heaven ni!! Feel lain macam bila lepak minum teh kat atas ladang teh. Korang apa tau?

Monday 18 August 2014

Apabenda semua ni


Mamat sentap dengan Daud. Daud lama-lama perasan Mamat sentap dengan dia. Lepas tu, Daud tak puas hati pasal kenapa nak sentap padahal Mamat pun jenis suka sentapkan hati orang. Last-last, Daud mintak maaf dengan Bedah. Boleh??

Moralnya,bermaaf-maafan dengan ikhlas. Selagi tak sedia untuk mintak maaf,tak payah la. Sebab mana ada maaf yang  dalam maaf ada menganjing. Kalakakalalalakakakakakaka

Dilema seorang ejen takaful

Entry ni aku tulis masa dalam flight tau..Masa ni nak pergi Melbourne. Tapi aku baru jumpa balik diari yang aku tilis ni dalam i pad. Kira ni throwback la kononnya... Aku paste je ni..


Apabenda semua ni...

Apa yang dapat belajar hari ini ialah, benda kecik je sebenarnya tapi impak dia akan jadi besar untuk orang yang ada ada belajar pendidikan moral dekat sekolah dulu-dulu.

Ini kali, aku memang bagi sms/whatsapp/PM Fb dekat semua client yang aku mungkin tak dapat dihubungi. Diulang, mungkin! Jadi mungkin jugak boleh dihubungi lah kan.. Tinggal sikit babai dan tinggalkan contact number untuk dirujuk jika berlaku apa-apa. Priority client yang ada medical card sebab takut panic kalau apa-apa jadi. Sebab aku memang concern kot dekat semua client. Risau tak dapat nak tolong time diorang memerlukan. Thanks buat sahabat Pakio dan Muhsin sebab willing untuk jadi operator n willing untuk tolong client aku.

Dari pukul 5am sampai la naik flight kot aku curi-curi masa untuk bagi contact number..ada yang reply and wish have a safe journey..enjoy your holiday n so on... Ada yang tak reply langsung pun..Tapi bagi aku yang tak berapa bijak ni, at least respond la "ok noted". At least!!!! Tak yah thanks pun takpe.. Janji respond. Sebab bila tak respond , aku rasa aku ada client yang terdiri dari kayu dan batu sebab takde perasaan. Hello, orang concern and risau dekat kau kot...appreciate la sikit sebab kadang-kadang awek,balak,laki,bini korang takde la concern sangat dekat korang. Kadang-kadang la...

P/s: sebenarnya, ada yang anggap ejen insurans sampah dan rasa semua ejen buat insurans sebab duit semata. We talk about humanisme..ok thanks for reading. TBC...

Venue: air asia flight kl-melbourn (D7 212)
Time   :07.15pm ( Malaysia time)
Feeling: meh

Nukilan:narbest,2014

Sunday 17 August 2014

Sydney Episod 3

Last Day Sydney(13 Jun)


Pagi ni, kitorang masak sisa-sida bahan makanan yang tertinggal. Lepas tu kemas semua barang, sebab dah nak check out kan...Hari ni pakai baju baru, yang beli semalam kat Paddy Market. Yeyyy!!Kitorang tiggal je barang dalam bilik bawah dekat hostel tu pastu pergi merayap kat sekitar Sydney. Hari ini, yng kami kena cari ialah Hard Rock Cafe Sydney. Sebenarnya, petang semalam pun cari jugak tapi tak jumpa. Harini, meneruskan misi mencari . At last jumpa jugak la. Dah siap beli semua pesanan beserta duit, kami pun jalan lagi dan lagi. Pergi patah balik dekat Paddy Market sebab baru perasan sebenarnya kami tak naik atas lagi semalam. Jadi, saja la tengok apa yang ada. Pastu, merayap lagi sampai petang. Kami kena pergi hostel balik dalam pukul 5 macam tu sebab van akan pickup time tu. Sementara tunggu van, kami beli 3 bijik  kebab untuk buat stok nak picnic dekat garden yang cantik .Kikikiki.Banyak gak kitorang makan. Tapi ok je,sedap kebab dia. Pastu, van pun sampai...Sydney memang cool. So, kami akan repeat lagi Sydney!!Yes!!Untuk entry ni, malas nak tulis banyak2 sebab biar gambar berbicara..Gitewwww!


we're so cool - icecubes are jealous!







My best friend: 
i have to keep her around, she knows too much! 


Sydney episod 2...

Day 2 Sydney (12 Jun 2014)


Aku rasa tak boleh buat satu entry la, sebab panjang plak aku merapu kan. Ok, day 2 kitorang akan photoshoot dengan baju kebangsaan Malaysia tercinta. Kitorang akan jalan kaki je sekitar Sydney sebab dari pemerhatian semalam, ok je jalan kaki. Kami mula merayap dari awal pagi. Tapi, sebelum keluar hostel kitorang makan dulu masak sendiri. Sepanjang perjalanan, ada satu group pakai baju kuning. Aku ingat DIGI punya orang , tapi tak.Kat belakang dia tulis say cheese kea pa ntah. Aku lupa. Tapi diorang bagi jajan kat kitorang. Sedap giler aku rasa jajan tu. Sampai siap berdoa akan jumpa lagi orang kuning sebab nak jajan free.

Sebenarnya, kami sambil jalan kaki, sambil singgah je mana-mana tempat untuk photoshoot. Antara yang kami bergambar ialah dekat Hospital of Sydney. State Library,Garden yang cantik-cantik dan macam-macam la.

Apa eh nama tempat ni, tapi masa ni ada ramai orang photoshoot kat sini termasuk orang kawen dan iklan coca cola

Gadis dan bunga sangat kan..puii!

Yang ni pun antara monuen yang ada kat Sydney

Ni depan State Library, sebab kami cendiakawan..

halewwwww

Queen Victoria

 Jalan punya jalan, jumpa plak ada pak cik ni dari india..Tiba-tiba cakap kat aku muka lucky. Jadahnya, kan? Pastu nak mintak tangan aku nak cek. Memang tak la, sebab aku yakin mesti kena bayar ni. Ni muslihat banyak ni. Aku tanya siap, ada cas ke tak ada..Dia kata, depends. Amboi, Nampak sangat. Pastu, dia berbual dengan Kak Ton, pastu nak cakap pasal Kak Ton la macam mana future semua. Pastu tanya dekat Kak Ton kisah ke tak kisah aku dengar. Aku ok je kalau tak nak bagi dengar, so aku pergi dekat satu mat saleh nak berbual. Orang tua ni nama dia Brian, kerja macam rela macam tu la. Syok gak sembang ngan orang tua ni. Sambil-sambil tunggu Kak Ton..Dah siap semua orang berbual..kami pun meneruskan perjalanan ke Sydney Opera House.

Ni Indian yg dari India yang gebang tu

Ni pakcik Brian

state library


Ha, dekat Sydney Opera ni ramai giler orang. Semua kot nak pergi sini kalau jejak ke Sydney, attraction katanya...Dekat –dekat sini ada jugak Sydney Harbour Bridge dan Darling Harbour. Kami memang lepak sini je la arini. Nak pergi beli pinggan mangkuk  corelle  dah tak mampu. Tak muat. Tapi sepanjang hari jalan-jalan tanpa henti. Last sekali kami penat kami lepak dekat ada satu taman dekat dengan Sydney Opera tu. Kami buka i pad, karaoke lagu-lagu yang ada dalam The Voice. Macam orang gila, orang putih tengok je orang melayu nyanyi sambil baring-baring atas rumput. Tapi enjoy je walapun tak de sorang pun bagi kami duit sepanjang show. Gitew!












Dah puas melalak, kami pun pergi market nak beli apa yang patut nak masak malam ni. Kat sini, susah plak nak cari buah ke bawang. Ada, tapi mahal sikit la dari NZ and Melbourne. Balik tu, dah malam. Kami ni dah habis stok makanan. Malam ni ngan esok pagi je pun masak. Lepas tu dah nak balik dah. Tapi, masa masak petang tu kan, ada mat saleh terambil kitorang punya prego. TER tau...jadi dia tak sengaja la. Serba salah jugak kami, nak cakap ke tak eh sebenarnya dia ambik kitorang punya. Tapi kalau tak cakap, kami yang lapar, sebab tu je pun yang tinggal. Last-last kami cakap je la. Dia muka bersalah gila, siap nak berlaki keluar nak beli prego baru. Tapi, yang dia punya ada yang separuh botol...Kami kata ok je bagi separuh pun tak apa. Jadi, jenis yang ikhtiar hidup macam kami, tak akan lapar la kan. Makan la kami spageti malam tu.



Sydney yeah!! (11Jun-13Jun)

Sydney ni aku nak buat satu entry saja la sebab entry dibuat di Malaysia . Recall balik je apa yang dah kami buat kat sana. Malam sebelum tu kan kami tidur dekat Christchurch Airport, bangun-bangun dah pukul 4am waktu NZ la. Pastu flight jetstar kitorang pukul 6am, dan seperti biasa, Jetstar memang gerak ontime dan aku rasa lagi awal dari sepatutnya. Tapi, masa check in tu macam nak jackpot lagi sekali je. Dia kata aku belum buat visa nak masuk Oz. Helo, dah buat ehhhhh!!Jetstar punye staff ni  memang macam-macam betul. Aku pang baru tau.

Sydney di pagi yang hening..indah bukan?

Dalam pukul 6 lebih am dah sampai Sydney. Mesti korang pelik kan, sebab tadi gerak pukul 6 dampai pun kul 6. Sebenarnya, Sudney awal 2 jam gak kot dari NZ. So, anda paham tak ni? Kalau tak paham, datang sini jumpa depan-depan la. Sampai je, kami terus pergi dekat information center sebab nak tau macam mana nak pergi hostel kami (Elephant Backpackers Hostel) .Ada banyak cara nak pergi sana sebenarnya, tapi  kami  dua orang seperti biasa akan pilih yang paling ekonomi dan senang . Jadi kami ambik van saja la AUD 32/head (airport-hotel-airport). Bagi aku, harga dah ok sebab  jauh gak Sydney Airport ke hostel kitorang. Jalan pun berliku-liku, kalau drive sendiri  naga tasik Melaka akan keluar sebab jenis baran. Nak fikir jalan lagi, nak fikir jem lagi, nak fikir takut kena saman lagi. Jadi, elok benar lah naik van.

Ni tiket van kitorang(abaikan tangan yang maam orang tua, sebab sejuk ni kot)hihi

Kitorang sampai hostel dalam pukul 10am macam tu kot, tapi check in pukul 2pm. Seperti biasa, letak dulu barang, dengan tak mandi tapi tukar baju jugak la pasal busuk masam sangat dah baju NZ tu. Siap basuh muka sikit, letak bedak sikit , kitorang keluar jalan-jalan terus shoot ke Paddy Market, Sydney. Jalan kaki je sebab nak ushar-ushar port yang best nak photoshoot . Biasa la kan....Tapi, kami tak makan lagi ni. Dengar citer kebab sini boleh tahan syok. Jadi, beli kebab je la satu share dua orang sebab  masa ni kami dua orang kurus weh..kikikkiki(Saja ja, sebenarnya tak kurus pun..korang jangan mengamuk macam Kiki  plak baca statement ni).
Ni adalah gambar tak mandi tau, tapi nak cakap kebab ini sangat sedap tak tau sebab lapar atau sebab memang sedap


Pergi Paddy Market pun tinggal nak beli souvenir yang belum beli kat Melbourne. Kesimpulannya, dekat sini lagi murah dari Melbourne tapi t shirt dia mahal sikit la. Kalau fridge magnet ke key chain ke wallet ke purse ke, lagi murah kat Sydney. Sampai ke tengah hari jugak la kami jalan-jalan dalam Paddy Market. Aku beli sweater 2 helai sebab murah, AUD5 je selai. Boleh je nak beli banyak sikit, tapi aku tak mau la nanti kena buang plak dekat airport sebab luggage terlebih. Kak Ton pun borong banyak gak kat sini, dia pun beli sweater untuk adik dia, Aki. Harga sama je.

Ni baju yang baru beli tapi test je ni

Ni lagi satu baju yang baru beli, tapi terus pakai balik hostel sebab syok 


Balik hostel, baru check in. Pastu pergi mandi rehat , sembahyang kejap, pastu turun dapur nak masak. Sebenarnya, kitorang 2 orang pancit jugak sebab penat . Jadi, petang tu lepas makan kitorang lepak bilik je sampai la malam. Lagipun Kak Ton datang sakit kepala pula. Tapi nak cakap kat korang, hostel ni macam horror sikit la sebab macam bangunan lama. Pastu bathtub pun macam lama, shower pun tak ada. Nasib baik kami jenis rajin nak tengok toilet dekat floor lain. Jadi, jumpa la tempat mandi yang best sikit. Pastu, kat Sydney kitorang saja-saja buat nakal nak duduk dengan roomate campur laki perempuan. Harapan dapat tengok yang elok, tapi sebenarnya tak pun. Semua jenis buat hal sendiri. Dan, roomate yang kami dapat pun perempuan jugekkk..Jangan risau ok. Pastu kan, aku rasa orang sini kerja kat sini sewa hostel je la....tak sewa rumah. Sebab roommate kitorang tu dah macam bilik sendiri dah dia buat. Siap ada rak baju lagi, korang tak tau kan. 

Thursday 7 August 2014

South of NZ (day 8)

10 Jun 2014 Selasa (NZ day 8)

Pagi ni, bangun awal sket sebab aku nak basuh van dulu. Lepas mandi dan rasa berjenis sikit aku basuh van dalam sejuk ketar tu.  Gila sejuk!!sampai merah tangan la orang kata..Kak Ton settle bahagian dalam van, aku bahagian luar. Pagi ni, kami bergerak ke Christchurch semula yang kilometer dari sini ialah 160km. Minyak tinggal 4bar je, tapi aku  yakin sangat cukup la naksampai Christcurch tu, so tak yah isi dah la. Tak yah nak menyumbang kepada ekonomi NZ sangat la..

Lepas gerak semua, sampai la dekat Christcurch dalam pukul 2pm macam tu. Soalan 1st mak cik tu tanya, accident lagi tak? Haha celaka je kan...lepas pulang van, diorang hantar kitorang dekat airport.. 

Kami berkampung dekat airport sehari semalam tau. Nasib baik dapat online. Kalau tak, haram tak tau apa nak buat. Tapi, aku nak share sikit la tips ngan korang kalau nak datang South NZ:

1.) kalau korang nak sewa campervan time winter, tak yah amek yang ada toilet, tak yah amek gas pun xpe kot. Sebab nak tak nak, kita kena duduk dekat campersite jugak. Sebab nak guna heater. Kalau nak guna heater, kena sambung dengan power supply yang memang ada disediakan dekat campersite sahaja. Bila tak amek toilet, sure lagi murah la kan. Sebab, dekat campersite memang complete ada toilet and dapur semua.

2.) Walaupun kitorang punye campervan ada toilet, ada dapur dan ada gas..kitorang tak pernah guna pun..sebab malas nak kotorkan. Lagipun, sepanjang perjalanan memang ada tempat rehat yang ada toilet sekali. Yang paling best, semua toilet bersih giler. Cayala cakap aku. Kat sini walaupun basuh kencing berak tak de guna air, toilet bersih. Apasal dekat Malaysia ,air melimpah ruah tak leh nak jadi bersih. Sila jawab tidak lebih 120patah perkataan. 

3.)Sebenarnya, melawat south NZ ni tak cukup pun setakat 10 hari, sebab luas beribu batu. Tapi, untuk melihat keindahan alam, sangat berbaloi. Apa yang aku boleh cakap..orang yang jiwanya shoping dan nak melawa saja, tak sesuai untuk trip ni. Sebab, motif trip adalah tengok betapa lawanya ciptaan tuhan. Unik, dan besarnya kuasa tuhan. Perjalanan yang setiap tempat ada keunikan sendiri. Tak boleh cerita dengan tulisan, kena alami sendiri, baru syok.

Tips seterusnya, nanti kalau teringat aku citer lagi. Ok , kehidupan di airport Christchurch sepanjang sehari semalam ok je. Kitorang bayar NZD5 untuk lepak dan tidur dalam lounge room..nak duk luar pun boleh, tapi sejuk la. Malas aku, mati sejuk nanti. Pukul 4 kitorang bangun, pergi check in untuk flight ke Sydney. Jetstar punye flight ni, dia awal dari jadual la aku rasa. Kalau tiket cakap pukul 6.30am boarding, pukul 6.15 tu macam dah nak jalan je. So, kalau naik jetstar sila jangan tergegeh-hegeh dan jangan lembap sangat, nanti kena tinggal. Krew dia tak la macam cun mana pun, jadi sape2 rasa nak sangat jadi steward atau stewardes, tapi self confidence tak tinggi mana sebab rasa tak cun sangat, boleh la apply kerja dengan jetstar airlines. Aku bukan cakap korang tak cun, diulang..self confidence tak tinggi mana dan korang rasa korang tak cantik padahal aku rasa korang cantik je dari jetstar punyer sterwadess ni...

Ok, jumpa lagi di entry Sydney sebab dah nak babai N Z da ni....



South of NZ (Day 7)

9 Jun 2014 Isnin (day 7)

Harini, hari last tido dalam campervan ni. Perjalanan hari ni agak lama dalam 300km nak sampai satu tempat lagi. Jalan kampung, jalan bukit bukau, jalan tasik lawa semua kami redah. Ikut je GPS...kompem selamat, dan jangan lupa keep left. Kalau x, kena saman.kahkahkah.

Sampai dekat sini, dah pukul 4lebih. Macam biasa, sampai photoshoot sebab takde sape nak hire jadi model, terpaksa koya sendiri. Sedihnya, malam ni last tido dalam campervan...huhu. Pekan yang kami singgah ni pekan kecik je, tapi complete la ada kedai, ada market, ada farmasi, ada gereja dan ada balai polis juga. 











Ha!!!!sebelum terlupa, tapi on the way ke pekan nni ada satu signboard dia tulis gini..

NO DOCTOR, NO HOSPITAL,1 CEMETRY

Nampak tak , sebenarnya takut gak duduk sini, memang kawasan dia jauh pun dari serba serbi. Kalau kau sakit, seumpama ko tunggu je mati sbab macam takde jalan lain. Atau mungkin signboard tu nak tekankan jaga diri masihg-masing sebaik baiknya, sebab kat sini tak de apa-apa. Mungkinlaaaa..

Sempena malam last adalah malam ni, kami dua orang kemas semua apa yang patut. Esok dah nak pulang van da..kang kalau tak kemas kena saman plak. Risau betul la aku dengan saman ni. Jadi fobia macam mana entah. Lepas settle kemas, terfikir plak mana nak basuh  van. Car wash semua macam tak bukak je..ke sebab kami yang tai nampak? Macam terpaksa basuh sendiri je..huah huah huah. Malas nak pikir, tido lagi bagus. Zzzzzzzzzzzzzzz

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...