Thursday 7 August 2014

Christchurch, New Zealand Day 1

3 Jun 2014 Selasa New Zealand day 1

Dari naik flight dari Melbourne, sampailah ke Christcurch Airport memang tido mati. Apa pun tak sedar. Sampai je dekat airport, pukul 5.30am. perghhhhh ini memang rare sampai kat airport bunyi kambing sambut kitorang.. mmg negara kambing ni.. lain dari lain..Lagi sekali jackpot sebab imegresen sini sangat details and tambah aku memang blur giler pagi tadi. Semua soalan aku takleh jawab. Jadi blur sangat, sampaikan soalan apa aku buat dekat Melbourne selama tiga hari pun takleh nak jawab. Ini memang masak. Itineray dekat New Zealand lagi la haram apa pun aku tak ingat, mungkin imegresen sini jenis tanya soalan macam exam kot. Jenis kena hapal mana nak pergi dan apa nak buat. Bagi aku, aku datang bukan untuk jawab exam, dah ada itenary follow je la nanti. Puihhh! Disebabkan kebuluran aku, aku n Kak Ton kena soal nak dekat 3jam dekat imegresen. Ye, ini mungkin prosedur, tapi ini jugak bullshit. kene tahan scan bag berkali2.. bongkar semua isi beg... scan telepon.. tetiba kata enpon kak ton ada kokain.. ko mampoooooo??? ini bkn mampoo ini mampus.. kakton ni kokain pun xpenah tengok rupa jadah cam mana...siap asingkan kak ton ngan cikgu nar best bilik lain.. ini semua pasal x ingat itenary je.. phuiiihhh kak ton mmg xleh terima layanan.. da 30 tahun ni hidup.. mengembara kaat negar orang ni pertama kali dapat layanan mcm ni.. apa lah nasib badan.. tanya pulak apa bukti kak ton ni ejen insurans terhorhor kat malaysia..nasib baik mmg ada kad lesen kan.. phuuhhhhh.... 3 jam br lepas ko dr bilik immigration.

ni tiket flight g nz dr melbourne


Pukul 8.30 , pihak Champa Van datang airport pickup kitorang. keluar je dr epot... pergh.. ini memamng sejuk giler... kak ton x tipu... jari kak ton rasa nak beku.. angin kuat pulak... arggghhhh sejuk giler....
 dah siap belajar pasal campervan semua, aku pun bawak. Dan lagi sekali jackpot! Terlanggar plak campervan sebelah. hahahhaa time ni br nak kuar parking... kuar parking da langgar kete sebelah... apalah malang nasib hari ni. lupa bwk campervan.. panjang mcm bas mini.. bajet bawak kancil je kan x amik lajak . Masak la... Sebab tak reti nak bajet lagi, campervan panjang dia macam bas mini kan.. So, habis lagi NZD75 untuk administration fees untuk claim insurans ke apa ntah. Tapi, takdelah rasa apa pun sebenarnya, redha dan pasrah saja. Benda dah tertulis, dah nak jadi. Dan, berlapang dada dengan ujian Allah. Takde hal, ini pengalaman mahal ni. Kehkehkeh..duit boleh cari,tapi pengalaman tak boleh dibeli, so untuk nor azlina n shafiza...have fun!!

minah omputih ni ajar pakai snow chain

i love this campervan.. mcm nak beli je kat sini.. kalau ngantuk bole tido dalam van

Kami teruskan perjalanan ke Tekapo...tapi disebabkan takde camper site berdekatan dengan Tekapo Lake, so kami singgah di Fairlie iaitu antara top 10 campersite kat sini. Nama campsite ni top10 holiday park. Semuanya kira per head.Satu hari sewa NZD45 untuk 2 orang.  kalau korang bawak campervan aku nasihatkan sewa yang takde toilet sbb tak guna pun. kat sini aku bole kata toilet awam dia marbeles. kat setiap highway dia ada view lawa memang ada toilet. lg pun malam memang kene park kat campsite. sebab nak kene charge bateri untuk pasang heater time tido. Kalau x pasang heater mmg korang beku jd ais pg esok.
 Memang mantap pun facilities dia, toilet pun macam hotel. Dapur pun power, yang tak power nya, ada lagi satu jackpot petang tadi. Arghhhhh!!!! Jackpot abadi! Jeng jeng jeng........jackpot yang seterusnya ialah......




Polis tiba-tiba follow ikut belakang, walaupun NZ takkan nak follow ikut depan ye dak? Masak!!!Kena saman beb! Buat muka kesian langsung tak jalan, sape nak layan kalau banyak sangat salah. Macam-macam hal betul la..kena saman NZD150.. Huah huah huah.........tapi ok lah, pengalaman...nanti ada bahan nak citer ke anak cucu. nak tau apa kesalahan kami???? kesalahan kami failed to keep left.. polis ni kata ada orang mengadu van kami terlebih dr garisan putus putih tengah jalan raya tu... ooooo biler ingat balik time nak kona tu nar best amik lajak sket tu termasuk kat jalan sebelah.. aiyooooo mmg mcm2 hal la arini....  

ni la samannya.. bayar jelah ye....

Ingatkan jackpot berakhir biler polis datang follow kami. Rupa nya heater kami xleh guna. Huahuahuahua... Ni mmg jeckpot abadi tahap dewa.nasib baik kakton time sewa campervan ada include skali xtra heater..mujur ada nasib baik..mujur x tido beku kaku.....

1 comment:

  1. Kelakar gilos....baca macm nada kak ton kat tv tu. Bab blur tu memang pernah rasa. Lagi2 tak cukup tido.

    ReplyDelete

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...