Thursday 7 August 2014

SOuth of NZ (day 3)

5 Jun 2014 Khamis ( day 3)

ni gambar nak checkout... sempat lg posing tu.
Hari ni, sejuk dia lebih kurang Cameron Highland je. Tapi, nak angkat air sembahyang ya allah memang bercinta la. Sejuk baq ang! Harini, berpagi-pagi buat roti telur untuk breakfast dan untuk bekalan di hari tua sekali. Lepas ni, nak mandi and nak buat sikit photoshoot sebab dekat campsite kitorang ade satu view. Dikenali dengan nama lonely tree sebab ada satu gunung saja dekat situ. Ha, pagi ni terserempak lagi sekali dengan family Abang Aziz. Sempatla kitorang tekan satu kali camera bergambar kenang-kenangan dengan keluarga ini.

gambar bgn pagi nak buat bfast.... ni da mandi ke belum????

ni la kot lonely tree

cantik x saya lepas mandi??



Masa nak bergerak, van plak tak leh start. Aduh,macam-macam la hai..selamba je la mintak tolong orang. Yang jadi mangsa aku pagi ni ialah Morgan nama dia. Cool! Nasib baik ada Morgan n bapak dia. So, van boleh start macam biasa. Silap letak gear je. Biasala, tak pernah bawak volkswagon la katakan..

Baik,  harini perancangannya begini. Dari wakanaka, kami akan ke Queenstown yang kalau ikut dalam peta jaraknya dari pekan Wakanaka adalah dalam 120km sahaja. Tetapi,  disebabkan banyak persinggahan yang memang wajib singgah, jadi seperti biasa akan sampai ke destinasi pada waktu malam. Di Wanaka, kami singgah di Puzzling World, Wanaka, New Zealand. Dengan tiket berharga NZD12, kami rasa sangat berbaloi sebab dapat , tengok benda pelik-pelik. Mula-mula, masuk dalam tu dah rasa macam minum todi, mabuk sampai huyung hayang. Ilusi apakah yang mereka guna ni? Permainan apakah ini? Jadi, nak cerita kat sini susah, korang kena rasai sendiri. Sebab best! Banyak giler kot benda pelik ada dalam ni , macam silap mata tapi benda tu real. Macam mana nak cakap eh.. Tak pe, korang tengok gambar. Tak reti aku nak cerita dengan tulisan. Kehkehkeh.


ni la nak masuk puzzling world..

korang nampak pasu ke muka???

syok ar main sandar2.... 

korang duduk la celah mana pun namak abraham lincoln tu pandang korang je weh.. serius aku x tipu ni

sampai ke sudah x settle pun puzzle ni

nampak tak kak ton kat mana???? 



ni la kota sesat.. kalau buat betul2 amik masa 3-5jam.. tp sbb kesuntukan masa... pintu emergency jadi pilihan hati.. hikhikhik


skarang da tau da mcm mana citer alice and wonderland tu dibuat.. kejap besar kejap kecik

Keluar dari Puzzling World, kami nampak lagi mat salleh yang kami tumpangkan semalam. Ada dekat tepi jalan main tahan je sape yang boleh tumpangkan diorang. Harini kami jahat sket, so malas nak ambik dah. Ok, perjalanan ke Queenstown akan melalu Cromwell. Di Cromwell ada satu tasik , Lake Dunstane. Kami singgah sekejap untuk photoshoot.

berbackgroundkan salah satu sungai yang ada di wanaka






lawakan tasik ni...




Kemudian,kami singgah di pekan Attowtown. Masa ni pun dah nak maghrib pun, tapi pekan ni ada banyak tempat untuk jadi model. Pekan yang unik, kedai dia cantik-cantik dan kemas. Sebelum meneruskan photoshoot, kami tengok-tengok jugak apa yang syoknya di pekan ini. Dan, benda paling syok ialah kami beli home made choclate. Satu ketul harga dia dalam NZD6.50. Kak Ton ambek 3, aku ambek 2 saja. Dan satu coklat yang bagi aku unik dan tak pernah rasa ialah Chilli Choc..rasa coklat yang pedas. Korang ada?kikikkki. Lepas merayau-rayau di pekan Arrowtown, kami snap 4-5 pic. Kat sini ada macam pokok cantik-cantik, ada perumahan ,dan ada rumah untuk photoshoot jugak. Diorang cakap, macam china town la kot. Nanti la , aku study balik apa benda semua ni.


Ha!!!!ada lagi satu benda yang bagi kitorang pelik kat sini, kan post box kan.. Kalau kita, mesti letak dekat rumah kita je kan. Kat sini tak, contoh..rumah awak kat dalam, dalam 500meter kan... Jadi, post box dia letak macam betul-betul ke luar sana, macam tepi jalan gitu. Nanti kalau ada gambar ahkak belanja gambar ye..

Lepas tu, kitorang pun ke Queenstown. Benda yang mula-mula kena buat ialah mencari campsite. Dengan harapan , malam ni dapat campersite yang murah la..tapi, queenstown ni bandar. Jadi takde apa la yang murah. Campersite paling mahal setakat ini iaitu NZD52 untuk satu malam. Huhu..hentam saja la labu..lepas check in n parking campervan, kitorang terus ke pekan , jalan kaki saja. Malam ni, nak cari terus souviner untuk kawan-kawan tersayang dan family. Tapi, ni nak cakap ni. Kat sini memang mahal nak mampus. Takde apa pun sangat yang boleh dibeli, sebab beli pun rasa tak berbaloi. Sangat mahal weh, so korang jangan kecik hati la tak dapat souv dari NZ. Untuk diri sendiri pun kami tak beli. Yang pesanan dengan kiriman wang je la pun kami beli. Al maklumla..kami pun orang yang ada-ada..lama lagi nak hidup kat NZni, kang lapar cane? Dahla terputus hubungan ni. Internet takde, line tepon pun takde. Risau jugak apa yang jadi kat orang Malaysia. Tapi, tak nak fikir kebarangkalian yang tak elok, jadi harap sangat takde benda yang tak elok sepanjang peninggalan kami.

Balik pekan, masak makaroni dan balik van tidur...

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...