Thursday 7 August 2014

Melbourne (Day 3)

2June 2014 (4 Syaaban)-->Isnin

Sob sob..sedih, sebab hari ni last day kami dekat kota tua, Melbourne. Menu breakfast kami pagi ni ialah maggie kari taruk telur. Harini , ada sesi photoshoot bersama Kak Ton dan Nar Best, ada masa lebih kita buat salam dari perantauan. Tema hari ini ialah budaya kita, tanggungjawab kita. Hari ni, kami pakai baju kurung lagi eh. Dengan harapan ada mat salleh elok nak buat bini. Giteww!!


Aktiviti hari ini hanya jalan-jalan sekitar bandar untuk cari angel yang menarik, tertarik dan kami memang de bom! Banyak sangat port cantik untuk jadi cover album ni. Ni antara gambar pilihan minggu ini untuk tatapan pembaca..

Tapi sebelum jalan2 kami nak naik skydeck dulu. Menatang ni tinggi 88tingkat.l tiket masuk aud20. Di sini, dapat tengok view dari atas satu bandar melbourne. Santek !! And, ada satu ni dari tingkat 88jugak, nama dia the Edge. the Edge ni, lantai dia dibuat dari glass semua glasses, dinding pun glass... kak ton cukup takut kaca ni pecah.. sbb.... sbb kak ton kan cute.. berat badan pun cute. lagi pun time kitarang naik ada 3 orang mat saleh pun masuk sama.. dia bole pulak melompat2 dalam tu.. mau x cuak.. jantung rasa dah jatuh bawah bangunan dah. So untuk orang yang gayat , agak cuak la tengok ke bawah ..untuk masuk edge ni tiket dia AUD12.. Semua menarik!.. so bila dah abis kitorang turun kat bawah ada jual souvenir.. agak mahal n nar best pun dah beli kat vic market..
nasib baik cuaca x clear sgt.. kalau x lagi gayat tgk bawah

getah ni kak ton pakai sampai blk msia tau

ni gambar time nak naik bangunan


ni nama club bola ke apa?

Melihat pada peta yang kak ton bawak kitorang nak g photoshoot salam lebaran di taman sambil posing golek2 mcm hindustan. So dr flinder street kami menapak ke st kilda road. Jalan sekejap dalam 10minit kami jumpa di sebelah kiri kami victoria garden.. View dia aku nak cakap pergh!!!! Cantik giler. Da siap golek-golek Kak Ton pun da amik gambar ngan daun maple berguguran aku nampak 3 student ni main bola sepak kat taman. Sambil pakai kot. Smart ni. Student adik2 kan. So dengan selamba ni cikgu nar best ckp jom amik gambar.. Sudah2 la tu main bola.. Serta merta cikgu nar best taknak ajar LINUS dah. Isi borang transfer ke Melbourne.

Kami sambung lg menapak ke shrine of rememberance.. Benda alah ni mcm tugu negara lah. Utk memperingati pejuang2.  Kat sini kak ton mmg posing maut.. Aku pun x kurang hebat berselfie monopod. Kami duduk kat satu bench kat situ sambil makan nasi impit bekalan lunch. Da siap makan kami ternampak plak bangunan seberang jalan. Cantik wa cakap lu.. Siap ada meriam2. Rupa2nya tu adalah bangunan government apa tah... Daun maple dia merah lg. pokok maple menjalar kat dinding.. Kami decide photoshoot kat sini untuk jadi cover album terbaru. Nantikan album kami!!
depan bangunan kerajaan

acah2 heroin korea tak??

bff forever n ever....

ni la tram city circle.. korang bole naik ni percuma je pusing bandar melbourne.. klasik kan??

comel tak kami??

Selepas jalan-jalan, kami nak naik tram yang free untuk visitor, namanya City Circle. Tram ni akan bawa visitors pusing-pusing Melbourne secara percuma selama sejam.
ni tatau depan bangunan apa.. city circle berenti kat sini
 Lepas selfie dan wefie kami pun balik hostel, habiskan bekalan dan ambik barang dan terus ambek sky bus ke airpot. Masa naik sky bus baru pukul 6pm, flight kitorang ke christcurch malam ni pukul 11.30pm. Tak sabar nak sampai airport sebab nak tido sekejap. Banyak tenaga nak guna dekat NZ nanti. Kat Melbourne memang jalan kaki saja kerjanya dan bajet artis sangat kan photoshoot di sana sini.

Maka, tamatlah sudah percutian bajet kami di Melbourne. Apa yang dapat disimpulkan ialah seperti di bawah:

1.) apasal orang putih kat sini muka elok?benci..sebab ramai-ramai jumpa, baru 3orang yang ada jerawat..kite,kite,kite jelessss..

2.)public transport sini memang mabeles

3.)bangunan sini semua unik, cantik, dan bersih. Dekat atas jalan mana ada sampah pun, ludah pun takde

4.)tak nampak pun kereta kat sini make up lebih-lebih macam dekat tempat kita

5.)hari tu,kitorang ada terbaca sesape yang g kerja guna public transport bleh reduce insurance kereta up to 25%

6.)orang sini jenis kaki kecik sampai paha. Mau tak kecik , setiap masa setiap detik ada je diorang joging. 

7.)makan jenis nak yang fresh saja. Jarang aku tengok yang masak kat hostel makan yang procced food. Mesti ayam, sayur pun  tak basuh. Yang penting nasi pun tak makan.

Ops, sebelum berakhirnya entry ini, nak cerita satu benda jackpot. Luggage kitorang terlebih 6kg. Mampus! Harga untuk 1kg aud50. Lepas adjust sampai terpaksa buang makanan dan baju, alhamdulillah akhirnya dapat kurangkan berat jadi 25kg. So, jackpot melanda lagi sekali bila dapat tahu kereta yang parking dekat rumah Kak Ton di Klang sana kena clamp. Aku salah parking masuk parking rumah orang lain la kot tu.  So, hati jadi tak sedap, sebab kena clamp satu hal, sebab risau owner parking tu calar kete satu hal . Sebab marah, orang boleh buat apa saja kan... Tetapi, bersangka baik...in sha allah takde apa kot.

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...