Thursday 7 August 2014

Melbourne day 1

31 Mei 2014/ 3Syaaban (Sabtu) 
11 darjahcelcius
Melbourne City

Perjalanan hari ini bermula dari aiport ke Southern Cross Station(SCS).  Kitorang beli tiket sky bus untuk return terus.  If 1 way AUD18 and return AUD 30. So , this ticket valid until 1Sept2014.
Dari SCS, jalan kaki menuju ke All Nation Backpackers, just untuk simpan barang sebab check in pukul 2pm. Lepas tu, kami sangat haus dan mencari secawan kopi untuk bekalan. Dengan titik peluh bekerja selama ini, dapatlah Kak Ton minum secawan hot choclate (aud5) dan aku melayan capucino jugak AUD5. Dimana? Di Gloria Jean's Coffees.
nampak sedap tak hotchoc ni??


Lepas kopi-kopi, kami menapak ke Queen Victoria Market. Di sini adalah pasar yang di dalamnya meniaga berbagai-bagai jenis barangan yang terdiri daripada kain baju, barangan cenderahati, sayur-sayuran, buah-buahan, hasil tangkapan laut dan sebagainya. Wah skema gitewwww! Kahkahkah..

Weh, tapi sini best la. Pasal sayur dan buah memang extra murah dan extra segar serta terlajak larisnya. Betul, bukan nak mengagungkan negara orang, tapi memang betul murah. Kitorang beli sweet seedless grape dan plum baru AUD2.40. Memang la tak boleh compare dengan Malaysia oh tanah airku pasal sini memang tempat dia kot. Tapi nak cakap berbaloi-baloi la beli. 
victoria market


murahkan???? nyum2 segar2 ni

Di sini juga terdapat binatang-binatang yang terdiri dari babi, lembu, dan seafood yang dijual untuk lauk pauk di hari raya yang mulia ini. Tapi, yang menarik minat kami tak lain tak bukan oyster yang di Malaysia bapak la mahal gilos. Kat sini , 6pcs baru AUD6. Makan oyster ni umpama makan mutiara lerr kot sebab kat tempat kita, dekat hotel-hotel besar je ada ni kan..kikiki..Mula-mula takut siyut nak makan mentah-mentah  camtu. Tapi membayangkan apa guna nampak benda baru kalau tidak menerai. Dah makan rasa sedap dan tak menyesal langsung. 
bg hangpa pening sket tgk gambar kami makan ni . oyster fresh sedap rasa geli2 dalam mulut
hohohoh tgk kakak nar best shopping buah2... 


Di sini, kami habiskan masa membeli segala jadah souvirnior dan t shirt untuk diri sendiri dan untuk yang berpesan dengan duit. Alllllmaklumlah, RM3 sama AUD 1..lama lagi nak duduk oz ni.kekekekekekekeke.. Kak Ton beli wallet, 7 t shirt, 7 fridge magnet (total AUD52). Aku beli 3 t shirt, wallet, fridge magnet(total AUD 46). 

Ok, di sini menurut sumber Pak Cik Jaafar ayah Kak Ton, adalah bandar tua. Dan betul, bangunan-bangunan di sini, semuanya tua-tua dan unik. Saya suka saya suka!!mengada tak? Ahhaha.. Dari Queen Victoria Market, kami menapak semula ke hostel untuk check in. Woi, tak mandi lagi tau kami dah 2hari ni.. Tapi, confident sajok gambar yang dah ambik masa tak mandi tu santek. Giteww! 

Dan semasa menapak pulang ke ganggang, kami terlalu taman yang sangat cantik, bersih dan tenang. Walaupun masa tu dah pukul 1.30pm, tapi ramai je orang beraktiviti. Ada yg bbq, bermain dengan anak-anak serta tidak kurang hebatnya sedang bercinta. Kami membuat sesi photoshoot di sini, nama taman dia macam ni : FlagStaff Garden.

cantik tak muka kak ton n nar best x mandi.. ni br pandai guna monopod.. acah2 terer

feeling2 nustan golek2 atas rumput. ahaks...




Lepas baring-baring atas rumput, kami pun balik hotel mandi semayang semua dan keluar balik lepas tu. Tak makan pun, sebab kami memang mengejar masa sebab bandar Melbourne macam cepat gelap dan kedai banyak dah tutup pada  pukul 6pm. Tanpa buang masa, kami menapak lagi ke DFO untuk siasat apa yang murah dan berbaloi untuk di beli. Hasil kajian, levis AUd 49 sajok eh satu. Kasut nike, puma semua murah. Kak Ton beli jeans geordano baru AUD 10 je. Sebab takut dan risau terlebih muatan untuk luggage jet star plak. Mau kena tambah duit karang kalau lebih sebab kami ambik luggage 25kg. :(.. Tapi, memang macam kena repeat la Melbourne ni. Penat giler hari ni, sorang sakit pinggang yang  ketara dan seorang lagi sakit kaki yang ketara jugak. 

Lagipun 2hari dah tak tidur. Oh ya, sebelum balik kami singgah 7e nak beli telur untuk masak maggie dekat hostel nanti dan beli 3pin adaptor. Korang, aku nak pesan..di sini, addaptor dia lain sikit tau. So tak sama dengan international adaptor yang biasa kami bawa. Habis AUD 10.20 di 7e..adaptor tu harga dia AUD 7.50. Selebihnya harga untuk 6 biji telur.

haaaaa... ni peti ais kat hostel ko mampoooo???
Sampai hostel, tak sabar nak makan! Maka, proses masak memasak maggie je pun berjalan lancar. Suasana macam pusat pindahan banjir. Meriah di dapur. Nanti korang tengok gambar macam mana dia punya feel. Untuk 2 orang, kami telan 3bungkus maggie dan 3 biji telur. Alhamdulillah rezeki untuk hari ini. Seronok jugak tengok mat saleh2 yang 1group ni berhibur . Walaupun makan cereal dan air milo, dah seronok macam minum todi dah diorang ni aku tengok. Dan, selepas itu kami pun balik bilik tidur.
ni la dapur kat hostel.. syok ni layan mata orang elok ramai

Pancit dah..ok, TBC..

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...