Thursday 7 August 2014

South of NZ (day 8)

10 Jun 2014 Selasa (NZ day 8)

Pagi ni, bangun awal sket sebab aku nak basuh van dulu. Lepas mandi dan rasa berjenis sikit aku basuh van dalam sejuk ketar tu.  Gila sejuk!!sampai merah tangan la orang kata..Kak Ton settle bahagian dalam van, aku bahagian luar. Pagi ni, kami bergerak ke Christchurch semula yang kilometer dari sini ialah 160km. Minyak tinggal 4bar je, tapi aku  yakin sangat cukup la naksampai Christcurch tu, so tak yah isi dah la. Tak yah nak menyumbang kepada ekonomi NZ sangat la..

Lepas gerak semua, sampai la dekat Christcurch dalam pukul 2pm macam tu. Soalan 1st mak cik tu tanya, accident lagi tak? Haha celaka je kan...lepas pulang van, diorang hantar kitorang dekat airport.. 

Kami berkampung dekat airport sehari semalam tau. Nasib baik dapat online. Kalau tak, haram tak tau apa nak buat. Tapi, aku nak share sikit la tips ngan korang kalau nak datang South NZ:

1.) kalau korang nak sewa campervan time winter, tak yah amek yang ada toilet, tak yah amek gas pun xpe kot. Sebab nak tak nak, kita kena duduk dekat campersite jugak. Sebab nak guna heater. Kalau nak guna heater, kena sambung dengan power supply yang memang ada disediakan dekat campersite sahaja. Bila tak amek toilet, sure lagi murah la kan. Sebab, dekat campersite memang complete ada toilet and dapur semua.

2.) Walaupun kitorang punye campervan ada toilet, ada dapur dan ada gas..kitorang tak pernah guna pun..sebab malas nak kotorkan. Lagipun, sepanjang perjalanan memang ada tempat rehat yang ada toilet sekali. Yang paling best, semua toilet bersih giler. Cayala cakap aku. Kat sini walaupun basuh kencing berak tak de guna air, toilet bersih. Apasal dekat Malaysia ,air melimpah ruah tak leh nak jadi bersih. Sila jawab tidak lebih 120patah perkataan. 

3.)Sebenarnya, melawat south NZ ni tak cukup pun setakat 10 hari, sebab luas beribu batu. Tapi, untuk melihat keindahan alam, sangat berbaloi. Apa yang aku boleh cakap..orang yang jiwanya shoping dan nak melawa saja, tak sesuai untuk trip ni. Sebab, motif trip adalah tengok betapa lawanya ciptaan tuhan. Unik, dan besarnya kuasa tuhan. Perjalanan yang setiap tempat ada keunikan sendiri. Tak boleh cerita dengan tulisan, kena alami sendiri, baru syok.

Tips seterusnya, nanti kalau teringat aku citer lagi. Ok , kehidupan di airport Christchurch sepanjang sehari semalam ok je. Kitorang bayar NZD5 untuk lepak dan tidur dalam lounge room..nak duk luar pun boleh, tapi sejuk la. Malas aku, mati sejuk nanti. Pukul 4 kitorang bangun, pergi check in untuk flight ke Sydney. Jetstar punye flight ni, dia awal dari jadual la aku rasa. Kalau tiket cakap pukul 6.30am boarding, pukul 6.15 tu macam dah nak jalan je. So, kalau naik jetstar sila jangan tergegeh-hegeh dan jangan lembap sangat, nanti kena tinggal. Krew dia tak la macam cun mana pun, jadi sape2 rasa nak sangat jadi steward atau stewardes, tapi self confidence tak tinggi mana sebab rasa tak cun sangat, boleh la apply kerja dengan jetstar airlines. Aku bukan cakap korang tak cun, diulang..self confidence tak tinggi mana dan korang rasa korang tak cantik padahal aku rasa korang cantik je dari jetstar punyer sterwadess ni...

Ok, jumpa lagi di entry Sydney sebab dah nak babai N Z da ni....



No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...