Thursday 21 August 2014

Cameron Highland Membunuh Jiwaaaaa

Boleh kata,bila lama sangat tak pergi Cameron Highland jiwa akan jadi kacau. Padahal bukan ada buah mata kucing yang boleh makan sampai mual pun. Sebab sejuk ,tu yang rasa bila lama jadi rindu. Gitew!!

Ni gambar 2010. Masa ni pergi ngan geng calorie counter chayok. Masa ni muda lagi, budak-budak jantan tak guna ni semua dah kawen dah. Tinggal 2 orang perempuan yang berguna je belum kawen iaitu nar best ngan shafiza. Kikikikiki(kiki pun belum kawen masa ni). Tapi, geng ni memang best di dunia.

adik..kiblat mane eh....



Tahun berikutnya, 2010 kitorang bawak family datang cameron. Masa ni syok jugak sebab dapat menyatukan dua keluarga kawan yang baik. Gitew!walaupun ayat agak poyo, tapi memang betul la niat kami membawa keluarga tercenta menikmati keindahan alaaaaaam di Cameron tercinta ni. Masa ni semua orang muka budak..kehkehkeh . Ini gebang !


family narbest n sheffyanggun bergabung

Kemudian, tahun 2013 pergi lagi. Kali ni pergi dengan family Kak Ton saja sebab aku dari Johor payah nak balik terengganu ambik mak. Tapi ok jugak, tak de hal sebab cameron tempat yang best bagi kami.

cameron di hati



Yang latest pergi, tahun ni iaitu tahun 2014. Yang ni memang kerja gila sikit la. Pasal gerak tengah malam dari Klang,sampai Cameron pukul 4pagi tidur kejap kat hotel pastu seharian tour Cameron pastu malm baru balik Klang ,tidur kejap dekat Klang pagi subuh sepiie gerak balik johor. Ni menulis pun dah penat,apa lagi membuat kerja gila ini.
terjumpa plak acu dekat camern kannn

Apa yang best sangat cameron? Sebab cantik, sejuk, ada pasar malam yang jual banyak buah best banyak strawberi ,ada jugak strawberi cekelat. Semua tu membuat kami rasa cute(sila muntah sampai sumbing bibir sekarang). Pastu dalam sejuk-sejuk tu dapat plak kena teh ngan kek coklat. Fuhhh ni memang heaven ni!! Feel lain macam bila lepak minum teh kat atas ladang teh. Korang apa tau?

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...