Thursday 7 August 2014

South NZ (day 6)

8 Jun 2014 Ahad ( NZ day 6)

Menu breakfast pagi ini di Te Anau ialah roti dengan tuna dan telur. Lokasi penggambaran hari ini ialah sepanjang perjalanan dari Te Anau ke Dunedin. Ha, ada satu tasik yang kitorang singgah memang superb lawa! Memang walah ! Siap ada permainan dalam tasik tu. Tengok gambar eh betapa cantiknya tasik tu. macam mirror lake pun ada. Nama tasik tu Lake Waihola. Jarak Te Anau ke Dunedin lebih kurang 280km. Jauh kan? Sampai Dunaden dah petang..sampai je kami terus ke Cadbury World. Tempat wat cadbury tu la. Kat sini coklat murah la. Cadbury yang besar tu dia jual 4 =nzd10 je. Lepas tu , photoshoot sekitar Dunedin je. 

Dunedin ni bandar kedua terbesar dekat South Nz, selepas Chrischurch. Bangunan dekat Duneidin ni giler klasik, dan cantik bagi aku. Bangunan lama, nak photoshoot memang cara sangat. Tapi masa kitorang sampai, dah malam dan tambah sejuk ketar lagi. Dengan campervan susah plak nak parking dekat bandar besar ni. 







Ok, sedikit pasal Dunedin.. Benda paling rare dekat Dunedin ialah keretapi dia. Kalau naik, memang amazing la view dia baq hang..kalau korang datang, korang naik. Kitorang tak naik sebab tak sempat n xde bajet dah..

Dekat Dunedin , kiorang duduk dekat campsite under Kiwi jugak.. Sebab Kiwi antara yang murah jugak la. Standard harga dalam nzd 18-19 je per head. Dekat Dunedin punye campsite ni, ada beach . Ramai gak budak-budak skul lepak sini. Sebab beach ni and mungkin sebab senang kat sini dekat ngan vandar kot. So, banyak aktiviti boleh dijalankan gamaknya. 

Maghrib renbang tu kitorang jalan-jalan sekitar beach dia. Lawa gak. Siap ada rumah tepi pantai tu. Orang kaya la tu kot kan..sebab nak view cantek buat rumah tepi pantai. Gamak aku la..Malam seperti biasa masak. Tapi, kali ni masak ala-ala kampung. Siap ada labu masak lemak, ikan goreng dan sotong goreng. Sekian, kisah di Dunedin..

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...