Thursday 7 August 2014

Melbourne (day 2)

1 June 2014/4 Syaaban (Ahad)-->13darjah celcius

Morning Melbourne! Harini kitorang bangun pukul 5am! Sebab nak masak nasi himpit dan rendang ayam untuk bekalan jalan-jalan harini. Lepas breakfast,kami ke SCS. Ingat tak apa dia scs? Southern cross station la...ok , mula-mula kami akan ke Belgrave. Untuk ke sini, kami kena beli siap-siap Myky yang mana boleh digunakan untuk naik train,tram, dan bas jugak. Naik flight tak dapat la. Harga myky AUD12/day untuk weekend. Harga weekedays lain. 

Untuk ke Belgrave, kami ke platform 10,amek train ke Lilidale, exchange station dia dekat Ringwood. Daripada Lilidale ke Ringwood makan masa dalam sejam lebih. Banyak station jugak la. Dari Ringwood ke Belgrave dah jadi tak lama, train pun kosong saja.

Tiket untuk layan Puffing Billy Railway berharga AUD27.50 (return) untuk seorang. Kami just naik untuk satu station sahaja iaitu ke Menzies sebab motif ialah untuk jimatkan masa dan merasai pengalaman menaiki keretapi lama ini. Semua pekerja di Puffing Billy sudah tua ok, untuk mengekalkan tradisi dan simbolik dengan tuanya Puffing Billy. Yang menariknya, di sini sepanjang setahun dibuka kecuali satu hari, iaitu krismas.Yang penting korang jangan tatau nar best dan kak ton x paham sgt apa pakcik2 ni ckp.. mcm ckp kuar ikut idong... kak ton konpius jugak kak ton failed ke BI time spm dulu.. huhuhuh

yeayeayea da sampai... korang baca la sket ek kat sini...

kak ton dgn ayah angkat

nar best bajet anak omputih la konon...

Dari Belgrave ke Menzies ambil masa setengah jam. Disini kami sempat makan nasi dan rendang daging yang dimasak pagi tadi. Yey!!!Lepas makan, aku tiba-tiba dapat hadiah, bukan santa clause yang bagi, tapi KakTon. Thank you bestfriend!and, i love you so much. Speechless..later i will update about this awesome surprise.Yep, today is my birthday. Happy birthday to me (3x).----blushing----

happy besday nar best

lawa tak pemandangan.. subhanallah mmg rasa nak pegi naik lagi keretapi ni!!!

model topi tengah tunggu next tren!! ticket please..

pengalaman membaca x sama dengan pengalaman merasai sendiri.. kalau pegi melbourne jgn lupa naik puffing billy.

verangan jd model.. ada egensi modelling nak amik kak ton x??

Ok, next destination, return to findler station, turun kat sini kitorang pun jalan2 kat elizabeth street cr air mineral n parfume. Haaa.. Kat sini air mineral mural sket dalam AUD2.65 pastu jalan je sket lg da ternampak tempat dituju MYCHEMIST. kami singgah kedai My Chemist untuk ushar perfume. Murah weh, dalam AUD19 sajok. So aku rembat 2 botol , habis dalam (aud19+aud14=aud 23). Yes!! Dah borong 2 bijik parfum aku ngan kak ton pun menyambung lg aktiviti menapak ke bourke street utk naik tram ke St Kilda Beach. Walaupun ada myki tp kami menapak sbb nak posing2 amik gambar. Bangunan lawa kat sini. Bila lg nak perasan model ye tak???

baca tram pye laluan... serabut gak kak ton masa tu... sbb nak pegi st kilda beach

konon2 model baju jenama apa ni??? bunga tu rasa nak cabut masuk dlm beg bawak blk msia. cantik sgt uollss!!!

tu dia muka gembira shopping parfum.. murah byk dr singapore tanah jajahan.. kalau banding ngan msia mcm langit dengan bumi.


sambung mai la cerita.. dr bourke street kami nak ke st kilda... berpandukan map tram kami naik la tram ke st kilda...da naik tu kan dengan selamba berborak2.. kat sini berdasarkan sistem kepercayaan tau sbb xde conductor... ada je kami tgk org x guna myki x touch pun myki tp kami takut so kami touch la.. lagi pun da beli daypass apa adahal guna jela.. nak jd kan cerita sblum sampai kat st kilda station ada satu station nama luna park station kot.. ramai orang turun station ni.. tp sbb buat kepala otak kami n tatau nak tanya sape kami buat derk je.. hahah konon power ar nak turun kat st kilda( last station). bila da sampai nak turun eehhh... ni pekan.. mana pulak pantai nak mandi bogel ni?? kak ton bertanya dalam hati.. merayau punya merayau mmg xde pandai.. ha camno???? menapak la blk ke luna park station nasib baik x jaih sgt.. tp sbb pakai boots heel rasa nak berguling la jugak..rupanya pantai belakang luna park je.. sejuk weh... menggigil kak ton...tp erang elok kat sini selamba je jogging pakai suar pendek.. kulit buaya ke diorang ni? siap main ngan anjing2 lg tepi pantai.. gggrrrrr...( x tahan sejuk kami cr port baik nak makan bekal nasi impit) melayu katanya.. da makan posing2 amik gambar.. usha orang jogging.. kami pun nak chow dah..

ni la st kilda beach.. abaikan model vouge itteewwwwww

luna park ni la dia.... jumpa bangunan ni blakang dia pantai tau

Hari pun dah malam(pukul 6pm je baru) tapi di sini dah macam gelap sangat and banyak kedai tutup. Sebelum pulang ke ganggang, kami layan hot choclate dulu dan sempatla berFB setengah jam bagi lepas gian kata orang. 

Malam, seperti biasa aktiviti masak memasak dijalankan untuk memenuhi perut sendiri. Dan, kami jumpa 2 mamat, pun dari Malaysia. Sorang nama abang Aroi dan sorang lagi tak tau nama apa, tak ingat. Lepak dan sembang sampai la pukul 10pm, dan kitorang dah tak tau nak buat apa, jadi kami berempat pergi jalan-jalan sekitar bandar. Lepak minum dekat Hungry Jack,kopi-kopi. Semua air harga AUD1.50 sajok sempena winter. Promotion kataaanya.. Sampai pukul 1la jugak kami melepak dan balik tidur...esok langkah kami masih panjang....Jumpa di next entry.

ni la mamat kuantan 2 orang jd geng kat sana.. cikgu aroii n cikgu lan

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...