Saturday 4 April 2015

Perginya Jamaluddin Jarjis berjumpa tuhannya

Al fatihah untuk Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Datuk Azlin Alias dan rakan-rakan yang lain atas nahas helikopter terhempas . Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..amin..

Terpanggil untuk menulis sebab terlalu banyak sangat komen-komen negatif bila orang politik macam ni bila meninggal. Kalau betul lah, dia jahat ke apa ke masa hidup, bahagian dia dah lepas. Kita siapa nak tentukan dia zalim atau jahat..bahagian kita belum tentu macam mana.

Bagi aku kan, betul lah kita berhak nak sokong siapa yang kita suka, sanjung orang yang kita sayang. Tapi tak elok aku rasa kalau kita burukkan orang yang kita tak sokong, semua yang dia buat semua kita anggap salah padahal ada jugak yang betul, kan? Contoh najib..korang tengok najib n rosmah selamba turun hutan selepas nahas ..muka pun sedih.


Bagi aku(aku tak cakap aku penyokong tegar najib tau, aku sekarang menulis sebagai aku tak sokong mana-mana parti politik) anggap najib tu bukan PM dan letak najib tu bapak saudara aku je. Korang rasa , aku boleh terima tak lepas kawan dia datang kenduri anak dia pastu kawan dia accident dan meninggal. Sedih tak? Dan terpaksa tinggalkan majlis pergi ke hutan sebab nak tengok sendiri nahas. Dengan rasa sedih, rasa bersalah semua bercampur baur. Dengan majlis lagi yang belum selesai. Sedih kau faham tak?

Sekarang, aku tulis Najib tu sebagai PM plak. Bagi aku kan, banyak gila dugaan dia. Dari mula-mula jadi PM orang kutuk bini dia tak pakai tudung (sekali lagi, aku tekankan aku tak tulis sebab aku sokong najib tapi sebagai pemerhati dan letak sekejap diri kita dekat tempat dia). Lepas tu pasal bunuh altantuya, lepas tu kes bini dia beli cincin,beli jet, shoping luar negara, dan semua lah. Aku tak pernah tengok pun Najib atau Rosmah melenting , semua diorang buat kool je. Senyum jugak. Cuba kalau kita yang kena macam tu. Mau tercabut ekor(kalau ada ekor la)..sedangkan kita orang tuduh curi tulang dekat opis ,pemalas pun kita rasa nak marah..ni kan plak tuduh macam-macam. Bertimpa-timpa. 

Zaman pemerintahan Najib aku rasa, tak sama langsung dengan zaman Dr M. Dulu Dr M takde pun media sosial macam FB, twiter bagai..takde pun pembangkang tegar contoh keadilan ke DAP atau pas. Paling kuat pembangkang pun PAS je la nak lawan Dr M. Masyarakat pun masa tu semua tak tau sangat pasal dunia luar sebab ramai yang duduk kampung belum keluar dari kepompong lagi. Nak baca blog-blog mengarut pun payah, kena pergi cc semua. Lagipun, masa Dr M , dia ada Anuar Ibrahim yang berpengaruh nak lawan semua benda. Dalam tak banyak cabaran pun, bukan main lagi orang kondem dia masa buat litar sepang ngan putrajaya.  Ada juga isu nya, cuma bila dia dah pencen ramai pulak yang rindu pemerintahan Che Det. Biasalah, manusia. Bila takde ,baru nampak kebaikan kan. Masa ada, haram nak puji..keji ada la.

Kalau aku jadi Najib, tak tau macam mana nak handle semua benda. Dengan parti pembangkang lagi,dengan kritikan Dr M lagi, dengan rakyat lagi cakap bukan-bukan. Tambah dengan tragedi MH370,QZ8501,  banjir lagi..macam-macam.Aku perasan, semua yang Najib buat serba tak kena pada mata rakyat. Sampaikan anak kawen pun jadi isu. Kaedahnya, anak perdana menteri kot weh..takkan majlis nak buat macam anak cikgu? Gaji pun dah lain, anak dia pun bukan kawen dengan anak kerani ..dengan orang kaya jugak kan? So, hak dia lah dia nak buat majlis grand, kasut 3000 pun. Betul? Tapi, mungkin betul la Najib ambik duit rakyat, siapa tahu kan? Tapi kita kena ingat jugak, gaji dia memang lagi banyak dari kita semua, keluarga dia pun dah kaya..setakat majlis kawen aku rasa takkan la makan duit rakyat kan..benci betul orang dekat najib suami isteri, sampai sanggup buat gambar rosmah jadi babi. Aku bukan nak cakap apa, cuba orang ubah gambar mak kau jadi anjing, kau rasa?

Ni aku rasa entry paling panjang yang pernah aku buat. Tapi kita fikir sejenak, kalau kita kena ujian macam Najib kena , kita boleh tak nak handle? Terus terang cakap, aku sendiri kalau ujian sikit-sikit pun aku dah rasa tuhan tak adil, ni kan plak kalau ujian bertimpa-timpa. Sama macam anuar ibrahim..ujian pun banyak sangat..tapi aku tak pernah tengok orang edit gambar azizah jadi gambar babi. 

Korang ada terfikir tak, kalau anak korang ditakdirkan pandai gila mengatasi kepandaian Dr M..dan jadi perdana menteri yang ke 18. Pastu orang buat anak korang macam babi..korang rasa macam mana perasaan tu.. Tapi, aku harap tak de lah kot, sebab jenis meroyan..kang jadi mental plak takleh terima dugaan hidup. Ye dak?


Sekian, aku rasa korang melampau sangat benci Najib, dia pun manusia biasa. Tak sempurna. Aku tak emo, cuma meluahkan. Jangan sape-sape pun cakap aku emosional ke aku penyokong tegar najib ke..sebab aku sebenarnya minat K.J..hahaha.


Nar best, 12.14am..johor.

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...