Tuesday 1 December 2015

seoul day 3 -NAMI ISLAND, PETITE FRANCE, MORNING CALM ABORETUM

hallu.. hallu... hallu....
arini bangun pagi2 mandi gosok gigi, sarapan, kami nak melangkah ke nami island. tp sblum bole ke nami island kami nak bg tau step2 nya dulu la kan....
ok dari hostel kami naik subway dari station jogno 3-ga, arah tuju kita nak ke gapyeong station. tp korang kene study sket sbb kene tukar tren, yang mana kak ton x ingat tukar kat station apa.
perjalanan agak jauh semngambil masa satu jam lebih nak sampai ke gapyeong station. 
so pepandai korang la nak arrange masa nak keluar berjalan kul brape k.
sampai gapyeong station, korang keluar dari building, ada tourist info centre, tanya kat situ mcm mana nak g nami island. dia ada pakej tau. kak ton ngan cikgu nar best amik pakej yang 6000kw tuk ke nami island, petite france, dan morning calm aboretum. diorang ada bagi flyers tuk time table bas jugak. so tunggu bas tepi tu bayar kat driver dan first top ke jeti nak g nami island. sampai kat jeti ni korang kene bayar lg 8000kw utk feri dan jugak entrance fees nami island. kat sini korang lelama pun ok sbb tempat cantik tuk photoshoot kan. 
kitorang pun berangan model kat sini. hahahahaha model gemuk. tp ada AKU KESAH KE?







tgk pic ni mcm winter sonata tak?? hahahaha kang jun sang je takde. huhuhuhu mana nak cari. kitorang sewa basikal sbb nak photoshoot byk area kan, kalau jalan kaki takut x sempat. basikal ni kami amik 1jam 10000kw. jd dapat la pusing semua pulau ni.

dah siap photoshoot bagai kami naik balik feri utk ke jeti sbb tunggu bas nak ke petite france.
petite france ni aku bole gambarkan ala2 tempat lawatan kat cameron la. hahahahaha.. tempat budak2, masuk pun kene jugak 8000kw ke 9000kw x sure, huhuhuhuhu tp sbb dah pegi masuk jelah kan...
ada lah gambar2 menarik jugak la tuk photoshoot




bole bajet ala2 princess la. dekejap je kami kat sini sbb nak kejar pergi ke morning calm aboretum pulak,. kat sini lg hampeh sbb kami x masuk pun taman sbb kami pikir winter pokok bkn ada bunga rugi je masuk. hahahahaha so lepak2 kedai yang ada kat situ jelah then naik bas tuk ke station subway and amik subway nak balik hostel. hahahaha dalam subway kami jumpa 3 gadis dari malaysia, yati ain, sape tah nama lg sorang x ingat. dengan diorang ni kami berborak lancar. kahkahkahkah. sehati sejiwa kot sbb umur pun sama. share experience diorang ni bykdah travel europe la dubai la mana saja diorang tak pergi. tp mlm tu diorang nak lepak gangnam nak enjoy katanya mcm kat bukit bintang. kami pun dah tukar2 no tepon terus blah. blk bilik.. layan drama korea kat kbs. hahahahahah tu la activiti seharian ni.

seoul 2nd day- HRC - LOTTE WORLD TOWER - MAGIC ISLAND - SEOKCHON LAKEPARK

kali ni mmg kak ton rajin tulis entry semua sekali gus.. giler ko dah dekat 4 bulan aku x menaip x sentuh laptop, pc. hahahahah dah memang rasa betul2 mcm petani moden ni. heheheh
ari ke2 di seoul, kemanakah kami???
kami x follow pun itenary yang kami buat sbb rasanya malas nak ikut itenary, sbb x study. hari ni kami mengikut gerak hati bersama langkah kaki yang membawa. tp sblum tu nak cerita, breakfast pagi ni disediakan oleh hostel, roti kopi , bijirin susu mcm2 la. tp kami makan mamee chef tomyam yang dibawa dari malaysia. kami sarapan kat roof top kau. hhaa heaven, sbb tgh2 makan korang tau apa jd??? snow turun walaupun sikit2 tp mmg bole tahan sejuk la.. arini tahap kesejukan 11 darjah bawah paras beku. tangan sejuk tatau nak ckp apa. kopi buat air panas menggelegak jadi sejuk dalam 2 minit. huuhuhu tp kak ton dengan nar best ni mmg hepi sgt sbb ni la first time bg kitorang nampak snow turun depan mata. sblum ni kat nz nampak yang ada atas tanah je. uhuhuh jakun tak? sedih kan dengan kitorang ni.

brekfast at rooftop
ok... arini kami nak beli pesanan kawan si eric ngan ptd utk bj hard rock. so bukak buku panduan hard rock cafe kat seoul ni terletak dalam lotte wold tower. so kalau naik subway kene berenti kat station jamsil. tanya adik hensem kat reception hostel dia suh naik dari station eujiro 3(sam)ga. actually hostel kami ni berdekatan denagn station eujiro3-ga ni dan juga station jogno 3 ga.

ni line subway kat seoul
turun kat station jamsil korang bole lalu direct bawah tanah tu ke lotte tower.. hard rock kat level 5F.
sblum ke hard rock kami cuci2 mata la dulu dalam mall tu.. pergh, semuanya mahal x mampu mak nak beli walau sehelai. mungkin sbb currency kita turun atau apa bangsat pun kak ton tatau.
tp lepas beli barang kat hard rock peryt rasa lapar. terus masuk dlm HRC tu makan. sbb tgk dia ada set lunch ( meal+ soup of the day+ salad+ soft drink) with 16900kw. mahal jugakkan. tp ni la trip pertama kami makan kat HRC slalu makan megi ataupun nasi impit masak sendiri ataupun spegeti masak sendiri jugak. hahahaha'

ni je yang seafood, shrimp spegatti

lepas makan kami keluar dari mall sbb nampak satu park depan mall tuk photo shoot. tp apa kami dapat? snow turun skali lg. kali ni snow flake agak besar dan banyak di tambah pulak angin kuat mmg menggila kesejukan la kitorang. tp yang pelik kan kat sini perempuan2 korea mmg bergaya pakai mini skirt time winter.x pakai glove. ko mampu???? hhahahaha kami mampu tgk je.
ni pic snow flake kat glove kak ton
pastu kami jalan kemana tah lagi buat photo shoot rasanya ke magic world, seokchon lake park. ni area2 mall je kat station jamsil tu. kali ni xleh lama, sumpah sejuk. gambar pun x banyak amik sbb kami menggigil kesejukkan disamping air hidung sentiasa meleleh dari pagi. perut kak ton pun krem. hahahaa. balik awal kami petang tu dalam kul 6ptang tp da malam la jugak sbb winter ni kul 5.30 pm da maghrib dah.

berlatarbelakangkan magic island

ni dlm lotte world. kalau bawak anak2 bole masuk. kitorang x masuk sbb kat aquaria klcc pun x penah masuk.

otw ke seokchon lake park

otw balik biasala singgah 7E cari makanan. makan terus kat dlam tu.. 

ni dinner kami malam ni. korang kene cari yang based tuna atau shrimp, yang lain based daging takut x halal
naik2 bilik.. kak ton dapat satu email dr traveller blogger nama dia nota perempuan backpacker. dalam email beliau menyatakan sangat suka travel pada musim sejuk. dan ada pesanan 15 barang penting utk travel musim sejuk. kak ton pun bacalah email dan entry beliau. huhuhuhuhu rupanya hot pack ni sangat penting. padan la kak ton tgk orang korea ni x pakai glove sbb dalam poket diorang ada hot pack yang buatkan jari tangan korang sentiasa warm. dalam kasut pun boleh letak tuk kaki. kitorang x sabar nak keluar esok tuk cr hot pack dan pergi ke nami island.














ke korea kah kita??? plastic surgery? cosmetic?- seoul day 1

assalammualaikum kawan2, korang sihat tak? hehehee introduction macam tulis surat zaman kanak2 kan. harini tepat jam 12.16 pm kak ton dan nar best di jeju island, specificnya di SUM guest house. hari ni malas nak jalan2, nak relax je kat hostel, petang sikit br nak kuar photoshoot kat ladang oren.
nak citer kat korang pengalaman kitorang di seoul,
flight kak ton bersama bff pada 25/11/2015 boarding pada 12.40am and fly pada 1.00am, dalam flight biasa la dah tengah malam kan. naik je aeroplane, belum sempat nak terbang pun lagi kami berdua dah tertido nasib baik tak berdengkur, mlm ni ramai jugak kak ton tgk orang melayu dengan family and anak2 kecik nak g bercuti mungkin di hujung tahun juga cuti skolah ni. tp anak2 diorang baik xde pun baby menangis dalam flight. nak citernya sampai di incheon airport jam 8.30am. waktu di seoul ni awal sejam dr malaysia.
oleh kerana kami dah booking guest house dari malaysia using booking.com, maka skarang kami perlu tanya orang mcm mana nak g guesthouse tu.
jadi kami pergi kaunter airport bus, tunjuk nama guesthouse dan alamat. dia pun bg tau nak berenti kat mana. so far kami booking CHLOE GUESTHOUSE. bayaran airport bas 10000kw/pax.. gadis tu bg tau kene berenti kat jogno 3(sam)-ga station.. orang kat sini mmg penuh budaya kot.. korang bayangkan naik bas, driver bas tunduk kat kita, sblum jalan tunduk lg. siap bukak topi pastu baru drive. kak ton rasa segan sendiri bila teringat budaya kita kat malaysia yang ganas2. huhuhuh
alhamdulillah dah sampai kat station , tp mana nak hala tuju ni? erk... apa lagi misi tanya
orang yang lalu lalang... kami pilih orang yang ensem je nak tanya. hahahaha gedik tak. mungkin seoul ni terlalu besar, kak ton pun takde idea sebenarnya seoul ni besar mana sbb x sempat study peta korea peta seoul. trip kali ni trip rileks utk org separa usia mcm kak ton dan cikgu nar best. ini bukan lg trip kejar masa semua tempat nak pergi mcm kami zaman muda dolu2. penat dah terkejar2. ok nak bg tau setiap orang yang kami tanya tu jugak tatau kat mana hostel kami nak hinggap. tp diorang gigih tolong siap bukak gps. hhahaha sampai la kat satu mamat ni, dia siap suruh follow dia, memandangkan ini korea negara selamat kami pun follow dia, dia siap hantar kami sampai depan pintu hostel. mmg gigih la dia. salute kat brother ni,. check in pukul 3ptg tp kami check in tinggal barang pastu guna wifi cek tempat mana sekitar yang ada. so bila cek2 namdaemun market kalau jalan kaki dalam lebih kurang 20 minit kami turun balik tanya orang mcm mana nak g namdaemun market kalau jalan kaki. hahahaha ada sorang gadis korea yang sangat cantik tu ckp jauh kalau nak jalan kaki tp kami ckp balik "tak!!!!! dekat je 21minit" hahaha compiden tak? sape korea pun kak ton tatau ni.
akhirnya sampai kat namdaemun market, ramai jugak muka melayu, tp biasalah senyum angkat kening je. hahahaha'.. pergh orang kata murah barang2. kak ton kata sini sangat mahal. round habis dah satu benda pun x beli. tp sumpah cuaca arini sejuk giler. realfeel -5 degree. nasib baik sekitar market tu ada shopping complex. jadi masuk dalam tu panaskan badan 5-10 minit then kuar balik. opppssss nak bg tau info namdaemun market ni close every SUNDAY. kat sini susah jugak semuanya tulisan korea, sepatah haram aku tatau. yang kak ton tau orang seoul ni semua lawa2, handsome2. dah siap window shopping yang x beli apa2 tu kak ton dan nar best pun jalan la kaki balik ke hostel, singgah kat 7E beli nasi onigiri yang patut. kat sini benda alah tu je yang murah.
sampai kat hostel apa lg masak megi pulak. then tgk tv tah citer apa2 n kami pun tido menunggu hari esok.



ni pic otw nak g namdaemun market. amik pic sbb jakun pokok lawa kat blakang tu



Monday 13 July 2015

Hongkong 4th day

halluuu... hallu hallu.... selamat berpuasa.. lagi 4 hari kita nak sambut aidilfitri.... berkurun lama kan nak update blog. sampai x berapa ingat dah apa kak ton n the gang buat pada hai ke mpat di hong kong.

yang kak ton ingat pg tu sally cantik pergi beli nasi lemak kat kedai mmak... tp x sesedap nasi lemak kat malaysia la... dalam lebih kurang kul 9 kami pun meninggalkan hotel. kali ni kemana kah kita????
destinasi seterusnya kita ke disneyland. ingat lagi tak disney land ni letak kat mana?????? hahahahhaa lantau island la.. sepulau ngan epot. kali ni kami x naik bas.. kami naik mtr je g sana... mcm mana nak naik mtr?? ha jap kak ton letak peta mtr kat sini



dari tsim tsa sui  - laiking (tukar line Tun Cung) - sunny bay- disney land.. dari sunny bay ke disney land tu mmg mantap la metro dia.. gambo disney ko... hahahahaha rasa kembali zaman kecik2 dulu..

apa dua budak besar ni buat?????

tatau nak pandang camera mana satu
ni kira dah sampai stesen disneyland la.... mari kita bergembira disini.... tempat mainan budak2 ni tatau nak ckp mcm mana.. tp korang layan feel la... tgk gambar k




korang tau, da gembira2 aku siap pakai cekak rambut minnie mouse ni ada pulak kawan kia hilang ocyopus card. kau rasa??? menggelabah weh.. choi la..puas kitorang cari luar dalam disneyland tp bukan rezeki la nak jumpa... oleh keranan mmg kitorang da masuk kat tempat tunngu train maka nar best tak dibenarkan beli tiket oneway... customer service kata naik je sampai tempat dituju br ckp kad ilang. destinasi kita seterusnya skarang nak g ngong ping.. naik kete kabel. tp aku rasa muka nar best bersinar sbb berkat dhuha... orang kat metro ngongping tu ckp dia xyah bayar malah dpat kad octopus baru. kau rasa??????? hahahahaha sia2 kami menggelabah t cari kad octopus.

Monday 15 June 2015

hong kong 3rd day

hari ke 3 ni kami bgn lambat sikit kuar dr bilik pun rasanya dalam kul 9 pg.... pagi ni sebenarnya kami nak g ke hong kong island sbb nak pergi the peak and makan kat masjid ammar.. hari ni pun hari jumaat 29/5/15.. jadi lepas siap2 dan melantak mee segera white kari penang by my kuali (sedap menjilat jari ni) da makeup cun2 utk phhoto shoot konon kami keluar dr marridor mansion. (cun ke masalahnya?) hahahhaa arini sbleum kita naik feri melintas laut ni.. kami bergambar dulu kat area avenue of star.. hahhaaha da 3 hari arini br berkesempatan jalan2 tengok apa ada kat avenue of star.. nampak la tapak tangan nama2 artis HK. aku bkn kenal sgt pun. ada 2 3 orang je aku kenal. nama dia Jackie chan n Jetli n Bruce Lee cuci mata dulu ek
berangan.. merenung masa depan

ni sutradara baru malaysia

acah2 orang kaya diorang ni. siap baca paper. nasib baik xde oren jus

melompat kegembiraan

bruce lee
kat sini kitorang x amik masa lama pun.. sbb ramai nau pelancong dr tanah besar china mungkin. jd nak amik gambar pun rbut2. x syok ar.. settle seua kitorang g jeti feri yang ujung skali.... kat situ bole amik feri ke HK island. kebetulan hari ni Hong Kong buat free ride day jd takyah bayar tambang feri. syok ar naik free. dengan duit menipis ni semua pun syok kalau free. naik feri ni x sampai pun 10 minit da sampai hongkong island. da sampai sana destinasi kami nek ke masjid ammar tp da macam lost tatau nak g mana.. padahal nak cr tram.. ok kak ton ringkas cerita, tuk korang buat panduan. nanti korang sampai jeti belah HK island jalan je terus melintas jejantas atas tu.. pastu turun cr jalan johnstan(rasanya ;a, kalau salah korang cr la nama jalan ala2 ni. mungkin jonathan). kat jalan ni br korang bole nampaktram. skali lg tram pun free. hahhaa what a lucky day! tp kak ton da tak ingat stesen apa nak berenti masjid ammar tu.. cer korang tanya org local sbb diorng pun panggil masjid ammar. sampai kat masjid.. naik tingkat 5 k.. cantin kat tingkat 5.. hahhahahaa kiotang order makanan byk skali. mana la tau portion dia besar. siap tapau ko. kalau korang badan kerengga baik share je makanan, sbb kak ton perut tong drum pun x muat weh. lepas makan.. alang2 kami tunggu zohor sbb nak smayang jamak.. kat masjid ni ramai komuniti islam indonesia jd diorang leh ckp bahasa nusantara.. hehehehe. cuma lupa tatau la dia mazhab apa.. arini jumaat, perempuan pun da ramai kat masjid sbb nak semayang jumaat. kita kat msia jumaat lelaki je kan g masjid. tp bila kitorang kat luar tunggu si salbiah kat toilet, nampak lelaki2 semua ensem weh.. rambang mata.. ada mat saleh ada cina ada indon ada pakistan masuk masjid nak smayang. kak ton rasa kalau duk situ lama sket mau dapat jodoh aku.






lepas da settle dr masjid ammar tu, kami pun berangkat ke luar nak pergi the peak!!!! antara tujuan hari ni la.. korang kene naik tram blk. sekali lg kak ton lupa stesen apa nak berenti g the peak. tp korang jgn risau kat tram station tu ada peta laluan dia.. dia ada lukis gambar simbol the peak. tp dia x betul2 sampai depan the peak tau.. turun kat stesen berhampiran the peak tu then kene menapak sket naik bukit. ada signboard.. compem tak sesat.kalau ada masa korang bole la amik gambar kat taman waktu menapak tu, kitorang x amik gambar pun sbb x larat.

sampai2 je kat tempat korang nak naik cable car tu, kene beratur beli tiket tau. sbnarnya kat area the peak ni ada skali mdm tussauds. jadi sblum naik cable car buatpilihan nak naik atas nak g mana je.
view sini nak tgk harga tiket peak tram n skyterrace. http://www.thepeak.com.hk/en/5_5_6.asp  kalau nak g madam tussauds https://www.madametussauds.com/HongKong/en/BuyTickets/combotickets.aspx ni ada price tuk combo ticket.
kitorang x masuk pun madam tussauds sbb pikir ala kat i city pun kita xmasuk tgk patung lilin. so kitorang bli tikit skyterrace n peak tram tu je.

turun dari tram korang kene menapak sikit nak g the peak

jgn risau ada signboard


kikikikiki bergaya tak?

permandangan dari atas sky terrace

ni korang bole tulis nota cinta letak kat situ, mana tau penyanyi kun anta baca.. oppss jgn lupa letak nombor tepon skali

kak ton bersama ayah angkat

the peak tram



time turun  tu da petang dalam kul 6 la kot.. so kami xdela menapak nak amik tram blk. kat tempat jual tiket ada bus stop.. so bas yang g jeti pun ada.. korang naik je pastu dia turun sampai kat jeti betul... so sampai kat situ terus je amik feri balik kowloon.. menapak la kami sampai ke hotel tuk rehatkan badan. mlm tu mcm biasa x sedar diri lagi kami pusing2 kat area LADIES MARKET. tah apa kami cari, nak kata jamu mata ramai orang helokkkk kami ni x minat pun chinese look....... yang penting saja suka2 tgk orang meniaga kot...

Wednesday 10 June 2015

Hong Kong 2nd day

apa kita buat hari ke dua ek??? x ingat sgt ni....

ermmm ooo sebelum tu nak bg tau.. time kitorang g bln 5 ni adalah musim panas. ha mcm omputih tak??? ada SUMMER HOLIDAY! kikikiki jd kat sini 5 hari yang sangat panas.peluh menitik kat badan boleh rasa k.. siang panjang ok.. kat sini 5.30pagi tu da subuh gajah dah sbb subuh masuk kul 5.00am. maghrib dia lebih kurang sama ngan msia, dlm kul 7 ptg. time pi negara orang ni la kak ton teringat cikgu Ayob ajar geografi dulu. berguna jugak subjek ni kan.

bilik kat hotel ni dpat wifi.. jd syok la dapat tgk hapdet semasa rakan2 di malaysia. so semalam sebelum tido tertengok la status Travelog Mr Traveller bercuti kat hong kong. kebetulan kak ton mmg nak beli buku dia yang menceritakan pengalaman mengembara di eropah menaiki keretapi. jd kak ton pun dah janji dengan mr traveller nak jumpa. rupanya dia duk kat chungkin mansion je. maka pg ni dalam kul 7.30 kak ton ngan nar best tunggu la mr traveller kat bawah chungkin mansion nak jumpa beli buku. Alhamdulillah siap ada otograf.. cikgu nar best pun beli 1. borak punya borak sambil selfie..kak ton tanya apa plan dia.. dia kata dia ngan famili nak masuk Macau arini. terus kitorang nak ikut. sepatutnya kami nak masuk macau hari ke3.  Tapi the more the marrier kan. janji la nak gerak dlm kul 8.30...  jadi dalam pukul 8.30pg tu kami turun untuk gerak ke china feri China (HK) Feri Terminal terletak di Harbour City kat kowloon ni.. ok dr marridor mansion ni korang jalan kaki ke arah masjid kowloon. ada exit sebelum masjid kowloon korang masuk exit ke kowloon park. jalan terus nanti akan ada ke horbour city.  alhamdulillah dapat jumpa hampir semua family Mr Traveller. mak, ayah dan 2 adik dia. mak & pak dia sporting abih wei.. guru penolong kanan ok. Kak Mas. (kami panggil mak dia) Pak dia pensyarah muzik kat Maktab perguruan.  masa nak beli tiket. korang bole pilih byk kaunter jual tiket feri g macau. *berhati2 ulat tiket pun banyak. aku ingat ulat tiket ni kalau kat msia ni musim raya byk la.. ni kat HK pun bersepah. pilih punya pilih kitorang sepakat nak amik turbo jet je.. harga tiket??? tgk sini. link kat bawah ni k..
http://www.turbojet.com.hk/en/routing-sailing-schedule/kowloon-macau/sailing-schedule-fares.aspx

kitorang dapat tiket kul 10.30 pg.. dr Macau kul 5.30 petang. ramai giler cina2 aso. aku yakin diorang bawak duit bekepuk nak berjudi! kalau rompak dalam feri ni mesti Hakak Kayo!!!!! perjalanan mengambil masa lebih kurang !jam tuk sampai.. jd sementara nak sampai ke macau korang layan gambar dulu k.. kikikikiki

ni harga tiket dr kowloon ke Macau

tu da dapat buku baru!!! yeayeayea

tiket blk dr Macau ke kowloon

sally cantik!!!

family mr traveler

ok da start nak tido dah.. jumpa lg lepas 1 jam. mabuk weh
sampai je kat macau feri terminal, korang keluar dr building, mmg nampak byk bas2 shuttle percuma, yang bole bawak korang ke pusat2 judi, hotel, jd korang xyah amik teksi. destinasi kami semua ialah ke venetian. kenapa venetian sbb orang kata lawa.so mai naik shuttle bas percuma tu. berenti betul2 depan venetian. korang nak tau apa kak ton rasa pertama kali jejak kaki kat macau?? kak ton rasa WOW!!!! gilerla building dia. canggih!architecture dia mmg mantop. bangunan pelik2. agaknya Las Vegas mesti camni kan. sayangnya tak tido kat macau kalau tak mesti lg wow view malam.,
so far masuk venetian ni mcm ko masuk genting tau. kat indoor kan byk kedai2 tp bila ko naik tingkat atas. fuhhh!!!!! aku rasa menggeletis. WOW! mcm ada kat dunia lain weh. giler ni buatan manusia.. tp ko dongak atas kalau tgk dia buat langit dan awan. Ya Allah ko rasa lawanya rasa luas sgt bangunan. kat sini je tatau amik gambar berapa ratus kali x puas guna tepon guna sjcam cik sally x cukup lg guna go pro plak.  kak ton blanja plak la gambar bg korang nikmati apa kitorang nikmati

ni bf baru kak ton...

romantik tak pasangan ni??? 

cik sally cantik

ni dalam building k

bergaya tak mereka??? overshadow kak ton



langit tu buatan manusia tau!

bff 4eva


mcm model dah diorang ni
kitorang ni sebenarnya kejar masa tapi sbb nak dapatkan shoot terbaik.. kitorang pun melambat2kan keadaan lepas lepak venetian ni kitorang pergi city of dream!!!! city of dream kata kau.. ngan hard rock cafe kat macau. sbb ada pesanan dr senah ptd nak beli tshirt... jalan kaki je keluar dr venetian. da bole nampak building hotel hard rock. pas tu apa lagi mulakan langkah berjalan lintas jalan.. masuk tunnel... nak tgk gambar tak?

kat sini pun jadi amik gambar

luar venetian

posing jgn x posing!!!

tgk bos shopping

tunnel nak g city of dream


cun!!!

sempat lompat lg
dari city of dream, selepas da  posing2 amik gambar, kak ton n the gang berhajat nak g tgk RUIN OF ST. PAUL's. kat macau ni kalau korang tanya rakyat dia diorang x paham sgt. sbb diorang pronounce  as st. baolo. dr city of dream ni korang naik shuttle bas yang free tu ke town la. pusat bandar kata kau.. turun kat sana aku pun ingat2 lupa direction dia, turun2 bas korang kene jalan sampai kat senado square.. dr senado square tu dia ada lorong2 yang kiri kanan ada shoplot.. kat area situ da ada sign board nak ke st.paul's.. sampai kat situ je ada tangga2 kitorang lepak amik gambar sambil makan mee sedap. sebelum kuar bilik td mmg da bawak bekal mee sedap kriuk2 ayam.. susah nok nak cr makan halal.. jd instant mee jela yang ado. sambil tu bawak air mineral + air kotak milo.. si cantik sally bawak roti gardenia sambal bilis. semua habis kotrang melantak.lapar nau.

mereka mesti rasa cantik tu sibuk pegang pipi background ruin of st.paul's


inila shoplot kak ton cakap tu..






ni senado square
sedar tak sedar lepas sia makan semua jam da pukul lima 4.45pm apa lg terkejar2la weh nak g kat feri terminal. jalan kaki cr shuttle bus xde.. takkan nak tunggu lg. so kitorang tahan je teksi. alhamdulillah teksi tu macam paham je kitorang nak cepat. dia bawak laju abaq hang. 5.15pm sampai kat terminal.. nasib sempat.. syukur.. teksi tu kami kene HKD 46. ok la kan dr tertinggal feri. seperti biasa satu jam tu kak ton mmg membuta je dalam feri.. si cantik sally n si mata hazel nar best tatau buat apa tah. lantak diorang la.. lpas turun feri dalam kul 6.30. cun arr kitorang tunggu sunset la tgk dr feri terminal kowloon tu sambil photo shoot sket walaupun muka berminyak

fuhh.. ni kalau tinggi sket ni aku kompem celcom amik jd model iklan dia

lawakan background!!!

kakakakaka, xde keje

korang ni dah kenapa woiiii???





3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...