Monday 15 June 2015

hong kong 3rd day

hari ke 3 ni kami bgn lambat sikit kuar dr bilik pun rasanya dalam kul 9 pg.... pagi ni sebenarnya kami nak g ke hong kong island sbb nak pergi the peak and makan kat masjid ammar.. hari ni pun hari jumaat 29/5/15.. jadi lepas siap2 dan melantak mee segera white kari penang by my kuali (sedap menjilat jari ni) da makeup cun2 utk phhoto shoot konon kami keluar dr marridor mansion. (cun ke masalahnya?) hahahhaa arini sbleum kita naik feri melintas laut ni.. kami bergambar dulu kat area avenue of star.. hahhaaha da 3 hari arini br berkesempatan jalan2 tengok apa ada kat avenue of star.. nampak la tapak tangan nama2 artis HK. aku bkn kenal sgt pun. ada 2 3 orang je aku kenal. nama dia Jackie chan n Jetli n Bruce Lee cuci mata dulu ek
berangan.. merenung masa depan

ni sutradara baru malaysia

acah2 orang kaya diorang ni. siap baca paper. nasib baik xde oren jus

melompat kegembiraan

bruce lee
kat sini kitorang x amik masa lama pun.. sbb ramai nau pelancong dr tanah besar china mungkin. jd nak amik gambar pun rbut2. x syok ar.. settle seua kitorang g jeti feri yang ujung skali.... kat situ bole amik feri ke HK island. kebetulan hari ni Hong Kong buat free ride day jd takyah bayar tambang feri. syok ar naik free. dengan duit menipis ni semua pun syok kalau free. naik feri ni x sampai pun 10 minit da sampai hongkong island. da sampai sana destinasi kami nek ke masjid ammar tp da macam lost tatau nak g mana.. padahal nak cr tram.. ok kak ton ringkas cerita, tuk korang buat panduan. nanti korang sampai jeti belah HK island jalan je terus melintas jejantas atas tu.. pastu turun cr jalan johnstan(rasanya ;a, kalau salah korang cr la nama jalan ala2 ni. mungkin jonathan). kat jalan ni br korang bole nampaktram. skali lg tram pun free. hahhaa what a lucky day! tp kak ton da tak ingat stesen apa nak berenti masjid ammar tu.. cer korang tanya org local sbb diorng pun panggil masjid ammar. sampai kat masjid.. naik tingkat 5 k.. cantin kat tingkat 5.. hahhahahaa kiotang order makanan byk skali. mana la tau portion dia besar. siap tapau ko. kalau korang badan kerengga baik share je makanan, sbb kak ton perut tong drum pun x muat weh. lepas makan.. alang2 kami tunggu zohor sbb nak smayang jamak.. kat masjid ni ramai komuniti islam indonesia jd diorang leh ckp bahasa nusantara.. hehehehe. cuma lupa tatau la dia mazhab apa.. arini jumaat, perempuan pun da ramai kat masjid sbb nak semayang jumaat. kita kat msia jumaat lelaki je kan g masjid. tp bila kitorang kat luar tunggu si salbiah kat toilet, nampak lelaki2 semua ensem weh.. rambang mata.. ada mat saleh ada cina ada indon ada pakistan masuk masjid nak smayang. kak ton rasa kalau duk situ lama sket mau dapat jodoh aku.






lepas da settle dr masjid ammar tu, kami pun berangkat ke luar nak pergi the peak!!!! antara tujuan hari ni la.. korang kene naik tram blk. sekali lg kak ton lupa stesen apa nak berenti g the peak. tp korang jgn risau kat tram station tu ada peta laluan dia.. dia ada lukis gambar simbol the peak. tp dia x betul2 sampai depan the peak tau.. turun kat stesen berhampiran the peak tu then kene menapak sket naik bukit. ada signboard.. compem tak sesat.kalau ada masa korang bole la amik gambar kat taman waktu menapak tu, kitorang x amik gambar pun sbb x larat.

sampai2 je kat tempat korang nak naik cable car tu, kene beratur beli tiket tau. sbnarnya kat area the peak ni ada skali mdm tussauds. jadi sblum naik cable car buatpilihan nak naik atas nak g mana je.
view sini nak tgk harga tiket peak tram n skyterrace. http://www.thepeak.com.hk/en/5_5_6.asp  kalau nak g madam tussauds https://www.madametussauds.com/HongKong/en/BuyTickets/combotickets.aspx ni ada price tuk combo ticket.
kitorang x masuk pun madam tussauds sbb pikir ala kat i city pun kita xmasuk tgk patung lilin. so kitorang bli tikit skyterrace n peak tram tu je.

turun dari tram korang kene menapak sikit nak g the peak

jgn risau ada signboard


kikikikiki bergaya tak?

permandangan dari atas sky terrace

ni korang bole tulis nota cinta letak kat situ, mana tau penyanyi kun anta baca.. oppss jgn lupa letak nombor tepon skali

kak ton bersama ayah angkat

the peak tram



time turun  tu da petang dalam kul 6 la kot.. so kami xdela menapak nak amik tram blk. kat tempat jual tiket ada bus stop.. so bas yang g jeti pun ada.. korang naik je pastu dia turun sampai kat jeti betul... so sampai kat situ terus je amik feri balik kowloon.. menapak la kami sampai ke hotel tuk rehatkan badan. mlm tu mcm biasa x sedar diri lagi kami pusing2 kat area LADIES MARKET. tah apa kami cari, nak kata jamu mata ramai orang helokkkk kami ni x minat pun chinese look....... yang penting saja suka2 tgk orang meniaga kot...

No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...