Tuesday 1 December 2015

ke korea kah kita??? plastic surgery? cosmetic?- seoul day 1

assalammualaikum kawan2, korang sihat tak? hehehee introduction macam tulis surat zaman kanak2 kan. harini tepat jam 12.16 pm kak ton dan nar best di jeju island, specificnya di SUM guest house. hari ni malas nak jalan2, nak relax je kat hostel, petang sikit br nak kuar photoshoot kat ladang oren.
nak citer kat korang pengalaman kitorang di seoul,
flight kak ton bersama bff pada 25/11/2015 boarding pada 12.40am and fly pada 1.00am, dalam flight biasa la dah tengah malam kan. naik je aeroplane, belum sempat nak terbang pun lagi kami berdua dah tertido nasib baik tak berdengkur, mlm ni ramai jugak kak ton tgk orang melayu dengan family and anak2 kecik nak g bercuti mungkin di hujung tahun juga cuti skolah ni. tp anak2 diorang baik xde pun baby menangis dalam flight. nak citernya sampai di incheon airport jam 8.30am. waktu di seoul ni awal sejam dr malaysia.
oleh kerana kami dah booking guest house dari malaysia using booking.com, maka skarang kami perlu tanya orang mcm mana nak g guesthouse tu.
jadi kami pergi kaunter airport bus, tunjuk nama guesthouse dan alamat. dia pun bg tau nak berenti kat mana. so far kami booking CHLOE GUESTHOUSE. bayaran airport bas 10000kw/pax.. gadis tu bg tau kene berenti kat jogno 3(sam)-ga station.. orang kat sini mmg penuh budaya kot.. korang bayangkan naik bas, driver bas tunduk kat kita, sblum jalan tunduk lg. siap bukak topi pastu baru drive. kak ton rasa segan sendiri bila teringat budaya kita kat malaysia yang ganas2. huhuhuh
alhamdulillah dah sampai kat station , tp mana nak hala tuju ni? erk... apa lagi misi tanya
orang yang lalu lalang... kami pilih orang yang ensem je nak tanya. hahahaha gedik tak. mungkin seoul ni terlalu besar, kak ton pun takde idea sebenarnya seoul ni besar mana sbb x sempat study peta korea peta seoul. trip kali ni trip rileks utk org separa usia mcm kak ton dan cikgu nar best. ini bukan lg trip kejar masa semua tempat nak pergi mcm kami zaman muda dolu2. penat dah terkejar2. ok nak bg tau setiap orang yang kami tanya tu jugak tatau kat mana hostel kami nak hinggap. tp diorang gigih tolong siap bukak gps. hhahaha sampai la kat satu mamat ni, dia siap suruh follow dia, memandangkan ini korea negara selamat kami pun follow dia, dia siap hantar kami sampai depan pintu hostel. mmg gigih la dia. salute kat brother ni,. check in pukul 3ptg tp kami check in tinggal barang pastu guna wifi cek tempat mana sekitar yang ada. so bila cek2 namdaemun market kalau jalan kaki dalam lebih kurang 20 minit kami turun balik tanya orang mcm mana nak g namdaemun market kalau jalan kaki. hahahaha ada sorang gadis korea yang sangat cantik tu ckp jauh kalau nak jalan kaki tp kami ckp balik "tak!!!!! dekat je 21minit" hahaha compiden tak? sape korea pun kak ton tatau ni.
akhirnya sampai kat namdaemun market, ramai jugak muka melayu, tp biasalah senyum angkat kening je. hahahaha'.. pergh orang kata murah barang2. kak ton kata sini sangat mahal. round habis dah satu benda pun x beli. tp sumpah cuaca arini sejuk giler. realfeel -5 degree. nasib baik sekitar market tu ada shopping complex. jadi masuk dalam tu panaskan badan 5-10 minit then kuar balik. opppssss nak bg tau info namdaemun market ni close every SUNDAY. kat sini susah jugak semuanya tulisan korea, sepatah haram aku tatau. yang kak ton tau orang seoul ni semua lawa2, handsome2. dah siap window shopping yang x beli apa2 tu kak ton dan nar best pun jalan la kaki balik ke hostel, singgah kat 7E beli nasi onigiri yang patut. kat sini benda alah tu je yang murah.
sampai kat hostel apa lg masak megi pulak. then tgk tv tah citer apa2 n kami pun tido menunggu hari esok.



ni pic otw nak g namdaemun market. amik pic sbb jakun pokok lawa kat blakang tu



No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...