Thursday 7 August 2014

South of NZ (day 4)

6 Jun 2014 Jumaat (day 4)

Harini bangun agak lambat, dalam pukul 9am. Sebab aku nak buat bungee jumping. Kalau bangun awal kang tak bukak lagi plak AJ hacking tu kang. Sebelum gerak, isi minyak lu NZD 40. Risau takut sepanjang perjalanan takde petrol station plak..Nak buat bungee jumping kena bayar NZD180+NZD45 (photo). Total NZD225(RM675). Tapi tak de hal la, sekali seumur hidup dan pergi NZ pun 31 tahun sekali. Ok la ka, pengalaman tu penting. Di ketinggian 45m , lompat ke sungai yang cantik giler. Cool kan? Kalau ikut zaman buat bangunan dulu, 45m ni macam 13tingkat rumah flat la..cukup tinggi dah tu untuk aku yang pendek ni. Kikikiki. Dia ada 3 perasaan buat bungee jumping ni. Sebelum, semasa dan selepas. Ok, perasaan aku seperti berikut:

Sebelum: rilex+tak sabar+dah pikir aksi terjun camno nak bagi gambar elok
Semasa:perghhh debar, nak terjun tu 3kali mamat orang putih tu counting baru aku boleh terjun. Bodo laaa..kahkahkah. Terjun, dah rasa gugur jantung ,bila dah swing ke bawah baru rasa syok dan jerit memang kaw kaw punya lah. Rasa power sket la kan...

Selepas: rasa syok habis dan rasa hero gile babi 

Buat bungee jumping dapat cert +1 helai t shirt putih. Cool gak la kan..





Lepas buat bungee jumping , kitorang tak tau nak pergi ke tak nak ke Glenochi. Sebab masa siap bungee tu dah pukul 1. Sebab hari ni, sepatutnya pergi ke Te Anau. Kalau pergi Glenochi, dah 70km. Pergi balik dah 140km. Jalan sini, tau je la. Paling lajupun boleh bawak 100km/hour. Tu pun , risau takut ada polis kejar lagi. Pastu tambah lagi perjalanan ke Te Anau 150km. Mau tengah malam baru sampai kang. So, sebulat suara keputusan mesyuarat memutuskan tak payah pergi ke Glenochi. Jadi, kami terus ke Te Anau. Tadi, singgah di Lake Wakatipu. cantik!! 





Sepanjang perjalanan ke Te Anau memakan masa 4jam dan sepanjang perjalanan ditemani kambing, lembu dan rusa. Kambing kat sini beribu-ribu ekor. Kalau rembat memang tak perasan. Dalam beribu kambing, nak cari dua orang manusia pun payah . Wohooo kaya woo orang sini. Kambing saja dah berapa ribu. Tu tak kira hasil yang dapat dari kambing lagi. Bulu boleh buat baju, daging boleh makan dan susu boleh eksport. Tu pun , nak saman aku lagi. Duit dah tak habis dah tu. 

Dari pemerhatian kitorang, dekat south NZ ni susah sangat nak jumpa manusia dalam kampung-kampung. Kadang-kadang terasa macam ni bukan tempat manusia, tapi tempat kambing. Memang pun kambing ramai..Tapi, nak cakap ketua kampung, cikgu-cikgu, kerani dan pegawai semua terdiri dari kambing itu sendiri. Sebab nak menggambarkan manusia lagi sikit dari kambing. 

Oklah, tu pasal kambing. Ni nak cerita pasal kami plak. Kami sampai dekat Te Anau dalam pukul 5lebih. Dekat sini, terus check in dekat Kiwi Parks, yang menelan belanja NZD36 untuk dua orang. Ok, puas hati sebab cantik, depan lake dan dapat internet free sejam. 

Lepas check in, kitorang bincang kejap samada nak pergi ke Millford Sound drive sendiri or pakej. Sebab risau cuaca tidak mengizinkan kalau drive sendiri, risiko tinggi  nak bawak campervan yang panjang tu. humaiii ahhh...pikir-pikir, kitorang decide nak drive sendiri je la. So, isi minyak dulu siap-siap dalam NZD50. Esok pagi senang terus gerak je. Ok, tu je la untuk harini. Oh, sebelum balik van, kitorang buat photoshoot sikit dekat lake depan campsite  ni...




No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...