Tuesday 24 September 2019

siapa rindu kita???

hi...

Lama dah tak menulis.. tak tau nak tulis apa.... thesis kita pun tak siap lagi.. ini kan pulak nak tulis blog..tak tau nak cakap macam mana, makin berusia ni masa banyak terbuang tengok mobile phone. kalau muda dulu sempat menonton wayang.. sempat karaoke.. tp bila late 30's ni rasa semua tak sempat. tahun ni baru 2 kali akak tengok movie kat cinema.sekarang layan netflix je. karaoke rasanya dah 4-5 tahun tak pergi. nasib baik sekarang ada smule. bila di fikirkan masa tetap sama 24jam macam dulu, tapi akak tak sempat pun nak buat benda yang akak suka. my hobby??? sekarang dah tak pasti apa hobi akak. (hehehe)

Yang akak pasti cuma sekarang akak suka exercise. bagi akak, exercise ni satu terapi. kalau rajin akak buat hari- hari. satu session dalan 1 hingga 2jam sahaja.. alhamdulillah rasa lebih sihat. rasanya dah hampir sembilan bulan ni akak tak demam tak selsema. mungkin sebab mengamalkan gaya hidup sihat sedikit berbanding dulu (hahaha). bersenam ni mmg jiwa akak la. akak memang suka aktiviti dapat mengeluarkan peluh ni, bukan apa, terasa segar lepas bersenam. tidur pun lena je malam2. akak nak kata on diet tu tak la sangat. tp sbb dah lebih berat badan.. belum masuk kategori obesiti je lagi. BMI mmg cun cun atas par 30.(omg...)bila lebih berat badan ni mmg rasa cepat penat. naik tangga sikit pun mengah. jalan pun mengah. belum suruh berlari lagi tu.

pada bulan FEBRUARY 2019 aritu akak ada lah solo trip ke BALI. ni mm trip untuk rest bukan untuk terkejar2 nak melawat semua tempat. ni akak anggap trip manjakan diri lah. tapi korang... sorry sangat akak mmg tak ingat apa dah kat bali. nak letak entry tajuk bali pun tatau nak isi apa. yang penting trip solo ni akak stay kat ubud untuk 5hari 4 malam. hotel i stayed was PRAMANA WATU KURUNG booked thru booking.com . i really recommand hotel ni. bagi sesiapa honeymoon this hotel akan make sure you guys stay kat bilik je tak keuar . hahahaha.. so bila pergi sorang there is no itenary i need to follow. so from the airport i ambil supir. actually nak ambil grab. but 1 guy offer me cheaper than harga grab.so i took the transport with him. lupa nak bg tau.. ubud ni takde grab tau because diorang nak protect penduduk dia semua ada kerja dan pendapatan. jd dia mmg ada teksi. but dont worry hotel pun ada sediakan shuttle utk ke bandar ubud tu. cuma kalau nak balik atau keluar delain waktu yang ditentukan kene lah ambil teksi yang ada. but because im alone, i just using gojek je, gojek naik motosikal tu ada. once i naik gojek.. i kan peramah. make friends dengan rider gojek. so for the 2-3 days there i using the same gojek untuk hantar i ke destinasi yang i nak pergi. kiranya mcm i ambil supir la tp ni naik motor je... naik motor kat ubud mmg feel abis.. sebab ubud ni tanah tinggi jadi udara mmg segar nyaman sejuk.... rindu pulak ubud. orang bali memang baik sangat. major loveeeee sgt dengan bali.. ok itulah serba sedikit pasal bali.

actually bukan nak cerita pun trip bali ni.nak ceritanya.. bila kat bali tu lah tersedar ya Allah besarnya aku. selama ni ingat kecik je hahaha.

gambar ni complemantary. hotel mmg ada bg satu keping gambar with pro photographer

kau tengok pinggang aku mana? mana pinggang aku? ooo sebelum tu jangan tersalah sangka baju tu mmg pendek tp aku pakai inner tebal warna kulit kat dalam.
nak jadikan cerita ini lah turning point aku untuk berubah supaya takde lagi BMI di atas garisan par. waktu ni berat adalah 83.2kg. aku makan mcm biasa je... semua makan cuma kurangkan portion, dan amalkan suku suku separuh. kalau sebelum ni asalkan aku tak sempat masak memang aku akan drive thru fast food, sekarang alhamdulillah aku makan fast food sebulan sekali dan tukarkan air gas tu keada mineral water. serta exercise seminggu 3 kali sekurang- kurangnya. 7 bulan berlalu.. kini berat aku 76.4kg.. alhamdulillah aku manage to reduce 7kg. nampak slow kan? tapi mmg slow pun dik. hahahaha banyak sngat kekangan musim raya, raya haji, musim durian.. ehh banyak lg musim boleh jadikan alasan. hahaha

aku mmg amalkan diet seimbang dan amalkan diet penurunan berat badan dengan calori intake..
contonya kalau BMR aku boleh burn 1400kcal sehari. i will make sure yang aku takkan ambil lebih dari 1400kcal. tapi kadang-kadang tersasar jugak. bohongla kalau tak tersasar. tp sendiri mau ingatlah kan. takkan nak maintain dengan BMI 30 berat 83kg dengan tinggi 165cm.. ohh thats a BIG NO.

dari situlah mulanya aku start control apa aku makan. kalau nak tanya pendapat aku.. aku  tak percaya sgt atkins2 ke keto ke... sbb bagi aku kita semua perlu nutrien seimbang. jadi kenapa kita tak boleh makan carbo and gula.. and aku tak percaya jenis diet macam ni kalau tak execise lagi sedangkan kita memang tau exercise bagus untuk kesihatan. turun berat badan tak bemakna yang berkurang itu lemak. ia mungkin kurang muscle kurang air. so aku mmg ortodok sikit bab2 macam ni... jadi mcm mana nak bakar lemak? cari sendiri ok jawapan dia.

ni gambar aku bulan januari (kiri) dan july (kanan). masih lagi in progress. ada lg 11kg kene drop nak maintain bmi ideal


so marilah kita sama-sama  menuju kearah hidup sihat. bukan apa.. sebab dah semakn berusia ni penyakit senang datang singgah.. kalau singgah dan pergi takpe kalau singgah tak nak balik- balik.. susah tu.. mintak dijauhkan.. semoga kita semua sentiasa sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan baik.

ooo lupa nak bagi tau, siapa yang stay area shah alam dan klang. ada satu fitness center nama GO FIT tau akan di pukan dalam i central i city.. rm 89 je monthly uollsss.. i can consider maybe cheaper than other fitness centre lain. maybe korang boleh usha-usha atau google info pasal GO FIT ni. same investor yang invest untuk FF, celebrity fitness, chi fitness, sekarang semua bawah satu bumbung and GO FIT are the newest..
akak mmg suka pergi gym sebab dia ada sediakan kelas and boleh pergi seorang, tak perlu tunggu kawan. kalau tunggu kawan macam akak baru ni. aah2 semua kawan dah pakat nak main badminton. court pun akak dah booking. last2 yang datang cuma 2 orang. nasib baik lah tak pishang kan.. susah kalau nak exercise tunggu orang ni. kalau orang ke laut kita pun kelaut. i tu pasal gerak solo lg senang.

abis dah bebel jumapa next entry ok.


No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...