Friday 28 April 2017

seoul day 4 - hanbok, bukchon hanok village, muree restaurant, dongdaemun market

hi, berjumpa kita sekali lagi dalam entry kali ni.. rindu kak ton dan cikgu nar best tak? hahha verangan sgt ada org rindu. entry day 4 in seoul ni kitorng nak cerita sket pasal kitorang g kemana...
satu malam kami usha mana tempat nak pakai hanbok , ala baju trdisi korea yang lawa tu... usha punya usha kitorang pun dapat la satu tempat ni... kat area insadong. jd pagi tu lepas mandi makan semua, xdela pagi sgt.. kami keluar bilik dalam kul 11pagi rasanya.. sebab lambat bangun. mlm td bukan main layan drama korea. tu yang kesiangan.
tujuan pagi ni ialah kita nak try hanbok.. sebenarnya ada banyak tempat korang bole cuba pakai hanbok ni ada yang free ada yang kene bayar, tp kitorang pilih ni tempat kene bayar. acah2 kaya kan. hahhaha.. sbenarnya tempat yang kitorang pilih ni berdekatan dengan tempat beli cenderamata dan jugak tempat photoshoot.
ok dr tempat kami stay kami naik tren dari jogno 3ga station menuju ke anguk station. tp sumpah kak ton x ingat korang kene kuar exit brape. maybe korang bole tanya orang lalu lalang kat mana tourist info centre. sbb tu key point dia. kalau korang exit je exit yang betul korang toleh kanan blakang nampak balai polis, sederet ngan korang ada gerai jual bj murah2. kalau ye betul la tu, jalan kedepan sikit korang da boleh jumpa tourist info, sampai kat tourist info centre tu korang ckp korang nak pakai hanbok, nanti oppa ensem dalam tu bagi map, suh korang pergi kat Insadong PR centre dekat je dlam 5 minit jalan kaki. sampai je kat situ korang bole masuk bayar 3000won dan korang ada 20 minit tuk bergaya ala2 princess prince jugak. hahhaha korang siap bole bergambar kat luar tau dia ada mcm taman kecik so bole berangan2.  korang tgk kak ton berangan kat bawah.

nampak tak cikgu nar best ni mcm puteri lindungan bulan




dah lepas2 amik gambar tu terlebih 20 minit weh sampai kene sound dengan petugas kat situ, kata your time is up.. gigihkan punya excited nak amik gambar.
sekitar insadong tourist information centre tu ada byk kedai2 yang menjual sourvenir yang agak murah berbanding tempat lain. insadong street kot namanya, so korang bole shopping kat situ atau setakat window shopping je mcm kami. kalau korang bernasib baik bole tengok persembahan kebudayaan lg. dan pada hari ini kami mmg bernasib baik.



tadaaaa......,
























No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...