Wednesday 26 April 2017

incredible india (new delhi-jaipur-kashmir- agra)- persediaan

assalammualaikum...

            kali ni akak nak cerita tentang pengalaman travel ke india dan sedikit info yang ingat la..
actually kali ni trip akak tak bersama cikgu nar sbb bukan cuti sekolah.. maka tiket flight beliau burn begitu sahaja.so far utk trip kali ni date yang dipilih pada 14/4/2017 - 24/4/2017.
trip ni tak rancang pun pada mulanya... kebetulan tahun lepas 2016 sewaktu air asia ada open flight murah, akak usha BBM group kat FB nampakla ada sorang budak perempuan nama anis ni cari travel partner lagi beberapa orang utk trip ni. so kami dengan yakinnya terus beli tiket ke delhi return... harga dalam rm700+ /pax untuk seorang termasuk lugguage 20kg. dalam hampir setahun ni hingga betul2 sebulan sebelum berangkat mmg xbuat apa2 pun. sebab yakin kita travel dengan budak2 BBM yng power2.
           setelah ditimbang tapis dari beberapa orang tu ada 6 orang je yang boleh pergi termasuk hakak yang comel, anis, chey chen, fahmi, ayie dan wife beliau. sebulan dua sebelum berangkat kami usha air asia tiket dari new delhi ke srinagar. alhamdulillah ada promo.. harga dalam rm400 all in return ticket include lugguage 20kg and meal. so rasa lega bila dah settle semua tiket. sbb tiket tu yang paling penting.. kalau setakat nak tido kat stesen ketapi pun boleh tido takde hal la..
            bila bahagi kerja sama rata anis kene usha tiket utk (delhi-jaipur return) dan (delhi agra return), jugak ushakan driver kat kashmir nanti, chey chen kene usha hotel or hostel utk kami stay.. yang lain2??? xde kerja termasuklah aku.. kami just cari sikit2 maklumat je tempat mana nak pergi.. seronokkan travel in group semua orang ada tugas masing2 jd x bykla kerja kita..
           korang yang nak travel ke INDIA ni kene buat visa tau... hari tu akak buat visa dalam bulan march 2017.. harga visa tu  RM189.56..tak ramai orang tulis pasal visa india ni.. ni aku nak cerita mcm mana nak buat visa india..

apa yang korang kene buat
1. korang kene isi borang online.. jap aku cari link https://indianvisaonline.gov.in/visa/index.html
ha korang kene isi borang kat sini, dah siap isi print dan kene submit kat india visa centre.
2. kalau kat KL india visa centre ni ada kat lebuh pasar, penang n jb pun ada.. aku bg link address nanti korang bukak link dpt tgk address http://www.indianhighcommission.com.my/fake-visa-malay.html
3. payment rm 189.56 tu kene buat time submit document.
4. visa akan siap dalam tempoh 3hari bekerja.. dan waktu amik visa hanya dr jam 4.00petang ke atas.
5. Lupa akak nak bg tau korang kene bawak ptocopy ic, pasport, tiket pergi n balik..

aku nak bg tau apa yang perlu kene 2 keping gambar poskad background putih, pastu aku nak bg tau jugak.. borang tu korang kene isi hati2.. kalau nama mcm aku shafiza binti jaafar
SURNAME: JAAFAR
GIVEN NAME: SHAFIZA BINTI
amaran keras kat korang jgn pandai2 nak buang binti tu jd bte, bt or takde binti terus... korang buat mcm tu mmg buang masa buang duit je nanti. lagi satu akak nak pesan, dalam form visa tu jgn gatal2 ckp nak g kashmir k.. korang sebut la nama tempat apa pun kecuali kashmir sbb restricted/ protected area... so far kalau visa korang lepas dah boleh travel dah ke india. visa ni bg aku mahal la sbb tuk 6 bulan je.dia ada jugak online visa evisa kot.. tp akak kan dah tua.. mmg kampung. manual lebih senang.. dlm group kali ni anis je buat e-visa tu. nanti akak cerita apa buruk baik visa/ evisa.
Lagi satu akak nak pesan korang jangan lupa amik insurans or takaful perjalanan... sbb korang tau jela keadaan kat india dengan panas, haze, kebersihan makanan dan minumam. Jadi lebih baik kita berhati2. Sediakan payung sebelum hujan

NI ATTACHEMENT KORANG KENE BAWAK SEKALI

CONTOH MCM MANA NAK ISI BORANG

CONTOH NAK ISI BORANG



Comelkan gambar passport akak mcm nak makan orang je mata tu









1 comment:

  1. Nak tanya pasal given name. Kalau given name saya tak sama dengan flight ticket tak ada binti macam mana. Flight ticket pun kena attach sekali kan?

    ReplyDelete

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...