Wednesday 5 September 2018

day 4 to mt buller


bangun pagi2 tapi ni mmg tak masak apa sebab hotel bukan hostel takde dapur, so pagi2 kita makan megi je dulu, dan bawak bekal roti bersama peanut butter, buat air milo panas simpan dalam thermos.. cuaca pagi tepi pantai mmg sejuk.. angin kuat.. cuma tatau macam mana ada matsaleh boleh joging pagi2 macam tu..  jauh jugak perjalanan hari ni dalam 270+km nak ke mt buller. tp kami bukanlah semata mata nak ke mt buller.. sbb kami bukan nak skiing pun.. hahahaa tak sanggup nak jatuh tergolek atas salji. perjalanan kami sebenarnya nak breakfast kat redwood forest, ( tempat picnic ng photoshoot la kononnya. dalam 100km++ jugak.. dalam hati mmg dah bayangkan dah mesti cantik tempat dia  mcm gambar kat bawah.. mmg teringin kot nak amik gambar kat tempat mcm ni..



ni gambar ihsan google

huhuhu tp apakan daya otw ke warbutton nak redwood forest ni ada pokok tumbang, dan kerja2 penyelenggaraan sedang di dijalankan.. kalau tunggu takut tak sempat pulak akak nak ke mt buller nanti.. so kitorang pun patah balik.. berhenti kat tepi jalan je breakfat. frust jugak.. tp Allah tak sengaja turunkan hujan di waktu panas melainkan nak kita lhat cantiknya pelangi. ewah ewah, bermadah pulak akak.. 

otw ke redwood forest.. cantikkan hutan dia

akak sempat posing ni.. hahaha breakfast tepi jalan

lookout point, sangat cantik.. abislah sepuntung rokok :) amik angin sampai kembung


berenti tepi jalan amik gambar landskap


lepas breakfast photo shoot kami singgah tepi yarra river, mcm boleh picnic, ada sorang gadis duduk baca buku area ni sambil main2 dengan itik.. kalau akak mesti siap dengan bj ala2 princess kan?  


semuanya pagi ni cantik2 pemandangan walaupun tempat yang nak di tuju tak sampai... next time pergi mmg ak jugak pergi kat rewood forest tu..dah selesai semua, kitorang pun bergerak naik kereta menuju ke mt buller. ada lebih kurang 3 jam perjalanan nak kesana.. belum lagi slow2 nak naik gunung tu kang.. so kitorang x buang masa.. eh tp time otw tu view cantiknya la hai.. dari jauh dah nampak gunung dengan salji penuh kat puncak. tp camera akak kamera henpon je dik x dpt capture gambar cantik mcm tu. sambil menyanyi lagu calum scott dlm kete, tgk ada port ni boleh acah2 model.. kitorang pun berenti tei jalan dan posing la sket.. hasil mcm kat bawah ni.. hahahahha



sepanjang perjalanan duk kira brape ekor kambing lembu yang ada, berangan byk duit ni kalau sehari dapat curi sekor. kakakaa



apa yang ko buat tu shafiza??

sebelum nak sampai ke mt buller tu akan lalu satu pekan nama mansfield. kat situ la byk kedai2 menyewa peralatan utk ski or main tobbogan.. kalau nak sewa jaket ke pun boleh, tp glove kene beli.. sebabkan kitorang dah bawak semua glove dan jacket kalis air, maka kitorang tak singgah pun di kedai2..lagi pulak tanak main ski or tobbogan.. sbb tak larat dah weh.. seronok main tobbogan ni.. tp sbb salji begini akak dah rasa masa kat gulmarg kashmir, makanya takdela rasa excited sgt.. just memenuhi impian kawan akak si Maxx tu jelah. actually hotel kitorang booked pun di area mansfield ni. dari mansfield ni dekat je dah nak sampai mt buller.

bagi yang ada duit extra boleh je bermalam di mt buller. tp kitorang mmg xde budget nak tido kat mt buller ni. huhuhu.. sblum pergi kitorang dah usha blog orang lain yang kata kereta sekali masuk $44 untuk day parking.. tp nila sampai sana sebenarnya dah $55 utk day parking sebiji kereta.. kalau beli online ticket br dapat $44au per car.. sesiapa nak usha mt buller tu boleh ke website ni  https://www.mtbuller.com.au/Winter/plan-your-visit/getting-here/driving-private-transfers utk yang nak bermalam mmg kene ada snow chain... yang day park mcm kami takperlu ada.. tp nak ckp jalan kecik, bas coach banyak jugak. kene hati2 drive sebab jalan licin. ais byk.. kitorang siap nampak kereta yang diseliputi ais jugak tp tak tergerak hati pulak nak amik gambar. mungkin sbb gigih nak fokus driving kot.

ni antara gambar nak naik ke puncak gunung.. nak cari parking
gambar kitorang ada kat sini kalau nak tgk la.... hehehe
ni view kat atas




sejuk weh tak sanggup nak buat snowman.. angin kuat lg


 selesai main salji, buat snowman tak jadi... ambil gambar... kami pun turun ke parking area.. oo lupa nak bg tau, dr parking area ke tempat main saljini kita akan naik shuttle bus ( free) return.. sampai kat kereta, kami pun panaskan enjin kereta dan nak turun.. sbb dah jam 4.30 petang.. kami taknak turun hari dah gelap sbb takut tak nampak jalan, takut tayar kereta keluar dari landasan jd, jam 4.30 tu cun sgt dah kalau nak turun. dah turun dr mt buller akak terus drive ke mansfield utk cek in hotel. hotel yang kami booked untuk malam ni ialah delatite hotel... hotel 3 bintang.. kami pilih kerana ia betul betul berada di tengah pekan....alhamdulillah bilik selesa, toilet sgt selesa tp satu je keburukan hotel ni dia xde sediakan bottle water kat bilik, maahan kettle jug cawan semua xde kat bilik.. sengsara ko. nasib bekalan air mineral masih ada. tp nak masak megi pn tak boleh. aka rasa ni strategy diorang la suruh semua penghuni hotel ni makan kat bar dia kat tingkat bawah.. dlm keadaan kebulur mcm ni stress tau takde makanan.

selesai mandi semua, akak pusingla pekan ni jalan kaki je 4 penjuru jalan semua shoplot. jalan semua tu takde satu pun kedai halal, ini lg bikin stress, nampak banyak kedai jual fish and chips tp bila tgk menu lain ada jual burger jugak steak, pork.. mmg tak lalu nak makan pikir mesti guna cooking equipment dan minyak goreng yang sama..cuaca sgt sejuk, makanan xde aku rasa nak pengsan pun ye jugak.. jalan lg sblah hotel ada kedai india... kedai punjab la jual kari2 ni.. tgk dia xde serve pork.. so akak masuk je kedai ni... order nasi putih dengan kari ikan.. air drinking water.. ko tau tau portion mmg besar boleh makan 2 orang, tp sbb lapar aku habis makan sorang je weh.. dia bagi air dalam jug kaca putih mcm jug orang kawen tu.. hhahahhaa habis jugak aku minum. korang bayangkan betapa besar tangki aku... dah kenyang kita blk bilik la nak tido, sbb esok kee bangun awal lagi nak teruskan perjalanan..
 kat bawah ni gambar mansfield yang aku sempat snap dr tingkat atas hotel tempat aku menginap.. secara keseluruhannya aku rasa ia mcm satu kota klasik zaman dulu


pejabat pos opposite hotel



No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...