Tuesday 4 September 2018

first and second day in melbourne CBD

flight kami dr KL malam so smpai tullamarine pg subuh2 tu.. ingat kat sana 2 jam awal dari malaysia dan bln 8 winter time mmg sejuk sbb melbourne ni angin kuat. siang pendek, malam panjang.. jd mata hari terbit lambat jugak dan terbenam cepat. kul 5.30 dah maghrib weh, walhal kome2 kat malaysia br 3.30 petang br pas lunch la kata orang.  sebelum pergi korang akak pesan.. TRAVEL INSURANCE kene amik, mesti amik, sbb tatau mcmmana kita kat sana.

sesampai kat airport korang boleh la pilih sim card yang ada, byk kaunter2 jual simkad ada kat airport, client akak pilih optus simcard, aud 20 utk 15GB kot mcm tu la, akak x amik port sgt bab simcard, sbb akak roaming je, hihihihi... bkn sbb byk duit, sbb murah ok. sbb akak pengguna digi, jd charge roaming selama sebulan 5GB internet + satu jam panggilan telepon ke mana2 malaysia or australia hanyalah RM15.. murah bukan??tp mmg kene guna provider yang ada share ngan digi la.. so kat Aussie provider dia telstra. so far alhamdulillah 2 minggu cukup 5GB.. cukup sejam telefon akak sempat call pru bsn, pusrawi hospital, client sbb time kat sana la client akak operation pulak kat spital,,, jd kene la settlekan apa patut settle.

dah settle cari simkad, kami cari tiket sky bus utk ke CBD, tiket bas mmg ada jual kat airport. sehala aud 18. so kami naik la bas sampai SCS ( southern cross station)perjalanan smooth. turun je dari bas, kami berjalan mengahala ke hostel, hostel yang kami pilih adalah All nation Nomad BAckpackers. senang berdekatan dngan station, dekat dengan flinder street dan jugak DFO, cuma jauh sket dari Queen victoria market. hostel ni terletak di spancer street, bersebelahan dengan 7eleven. jadi senang la idup kan????? hahahhaa

gambar dr depan hostel


alhamdulillah kami sampai pg di hostel, tp tak boleh cek in lagi sbb cek in jam 2 petang.. cuma kami boleh letak lugguage dibilik storage yang disediakan. lepas settle semua urusan lugguage, kami terus keluar dalam sejuk pada suhu 9 degree tu untuk ke victoria market. perut pun lapar elok sgt la makan.. so akak jalan kaki ikut map yang mmg ambil dihostel.. sbb nak exercise. korang semua kalau penat tak perlu pun jalan kaki kerana semua tram adalah percuma di CBD area.. mmg ada free tram zone, naik tram  free kecuali destination korang tu luar de zone percuma.  rasanya dulu kali pertama pergi melbourne takde free tram ni.. dulu kalau nak free mmg naik tram city circle yang oldschool tu. tp kini semua tram tu percuma.

ini map utk free tram zone.. jd boleh jimat duit untuk shopping :)

akak ke VIC market jaan kaki dalm 4-5km la.. sbb nak ambil udara sejuk.. jalan time sejuk tak rasa penat. muka pun rasa cantik je.. tp tak gigihla nak bakai boots.. kali ni akak tibai sport shoes je. victoria market ni sgt menarik, murah dan boleh bargain. dari t shirt, sourvenier, buah2an, sayuran2, daging, makanan laut semua ada jual disini.. salah satu tempat wajib pergi bila sampai melbourne.

ini semua tangkapan dr vic market. murah kan? anggur 80 sen je yang.

kalau datang kat sini jgn lupa beli oyster.. makan raw oyster dengan perahan lemon. pergh!! sedap. jgn lupa cuba ya. sekitar vic market pun byk kedai2 jual makanan halal.. turki, arab apa je semua ada.. akak beli kebab aud 12 boleh makan 2 kali.. half pagi half petang..

ni map utk vic market.. besar half day pun x abis pusing


lepas settle di vic market.. (akak x beli souvenir pun sbb fridge magnet dah bayak kat umah :)
bg sesiapa nak ke queen vic market ni mohon tgk jadual dia ye ada hari dia tutup.. cek kat sini k https://qvm.com.au/visitor-information/

 apa yang akak mmg nak cari adalah kedai chemist warehouse. sbb apa mmg plan nak cari parfume dan supplement. di samping tu akak mmg jd personal shopper utk yang cari supplement dan parfume.. kat ausssie ni parfume dia supplement dia murah berkali ganda dari malaysia.. wajib singgah dan beli. akak mmg borong habis2 nok.. duit mmg dah diperuntukan tetap kat sini. yang paling dekat dengan vic market di elizabeth street.. tp chemist warehouse agak kecik, dan ramai sgt peanggan.. tp tu je yang paling dekat, jadi singgah kat situ je. actually chemist warehouse ni byk outlet. salah satunya di SCS mall. besar dan tak terlalu ramai orang. utk tak buang masa korang boleh check website chemistwarehouse ni.. utk tgk barang apa nak beli, harga berapa, jd budget dah boleh buat awal2 k.. jap akak bg link ke website dia https://www.chemistwarehouse.com.au/ 

ni shemist warehouse di SCS.. tgk dia susun parfume berderet mcm tu. akak suka sgt!!:)

ni sebahagian dr supplemet. murah kan??? byk lg weh balckmores semua pun murah

seriously kalau duduk dlm kedai ni half day pun x terasa, yang penting ongkosnya dan juga lugguge nak bawak balik. hehehe settle semua jam dah kul 3 petang.. jadi kami pun naik tram berhuhu ke hostel.. utk mandi solat dan merehatkan badan...

dlm lepas maghrib kami pun keluar balik tau kemana? akak teman kawan akak yang cina ni ke crown.. kasino.. akak mmg la tak main.. dr kalah berpuluh dollar baik aku shopping.. lg pun bkn byk duit akak, nak cari duit pun susah weh... mmg idok la.. tp akak suka la sbb bangunan kasino kan lawa architecture dia, interior pun lawa. lepak2 tgk orang judi jelah..samping amik2 gambor kat sekitar bangunan. hahahahaha


second day kat cbd ni xde apa sgt buat, bgn pun lambat bermalas malasan, arini mmg nak ke DFO, dfo ni tempat jual barang2 mcm JPO tula.. murah, dlm ni ada FILA, skechers mmg murah, Champion pun murah.. tp akak ni dah tua tak gamak nak shopping barang2 gitu.. takde interest dah ke barang2 mcm tu. just teman kawan akak budak muda ni shopping jela..ha tp kan jeng jeng jeng.. victoria secret buat sales yang 50% semua barang... gila x rembat.. terus i bukak order kat fb sape nak.. alang2 kan.. kita bukan amik untung sgt, tp suka alang2 dapat peluang boleh tolong kawan2 beli pada harga berpatutan, apasalahnya.
tu harga belm discount tau. ramai yang order, yang husband beli untuk wife, pun ada.
mungkin shopping ni faktor usia, sedar tak sedar dah kul 2 lebih kau.. jadi nya lepas shopping bagai, kitorang duduk satu cafe ni sambil layan hot choclate, kawan akak layan kopi... waktu sejuk suhu 5 degree minum air panas, mengadap yarra river pulak. mmg terbaik. seriuosly i have no more request! akak x makan pun sbb sblum keluar td akak dah tibai 2 bungkus mamee chef hihihi mlm ni kitorang nak pergi winter night market. so makan kat situ jelah.. kali ni kat cbd mmg akak tak photoshoot byk, sbb ni kali ke 2 dan badan pun dah montel. xde mood nak amik gambar. hahahahahah

mcm biasalah dah malam kitorang tunggu tram nak g victoria market sbb winter night market tu dia buat kat situ.

ni flinder station.. iconic building la kot...


kat bawah ni ada pic winter market..

winter market ni seasonal je tau... dia mmg time winter je ada.. basically mcm pasar malam la.. omputih an xde pasar malam jd diorang rasa ni best la... tp makanan mmg best cuma pricey sket la.. pasar malam kat tempat kita lg best cuma tak bestnya peluh2 jela.. so settle la 2 hari kat cbd kami...







No comments:

Post a Comment

3 hari 2 malam di Banda Aceh Indonesia

assalammualaikum... rindu kami tak? hhehehhee saja tanya kalau tak rindu pun takpe la. sob..sob...sob nak cakap akak baru je balik bercu...